26 June 2013

8 Cara Mengenalpasti Lelaki Penyayang





Assalamualaikum w.b.t


1) Suka Haiwan

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.


2) Suka Kanak-Kanak

- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.


3) Berat Akan Orang Tua

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.


4) Berat Akan Adik-Adik

- kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat ***** saje bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang


5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan

-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.


6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati


7) Susah Marah

-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..


8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

-Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian.

P/S : Kalau tanya semua lelaki, mesti dia akan jawab semua ciri nie dia ada termasuk la aku. hahaha.


10 orang komen:

Unknown said...

hehehe alhamdulillah ada la jugak :)

Cik Nor said...

good sharing...

miss yatie said...

ada 2 atau 3 sikap di atas pun oklah, nak cari semua ciri tu , susahhhh...

Farah Waheda Wahid said...

alhamdulillah...suami saya penyayang orangnya...

imantizz_truper said...

lelaki ja? perempuan tak ada ke? hahaha

Amaliena Ros said...

lelaki yang sukakan kana2 dan ambil berat pd orang tua, itu yang penting..

Sukma said...

bertuah kalau pompuan sekarang dapat suami penyayayng....

Maria Firdz said...

Alhamdulillah... pasangan saya ada semua ciri di atas... hehe.. pnduan juga bg yg tgh cari suami kan.. hehe.. tapi most important IMAN dan AGAMAnya..

Unknown said...

Ad yg 1-6 ad.. tp xde 6-8 jgakm. Hmmm susahhhh

Cik Fie said...

bertuah dapat suami camni :)