17 July 2012

Hanis Zalikha Heroin Filem Gangster Celop Arahan Ahmad Idham

Blogger terkenal yang juga merupakan pendatang baru dalam industri perfileman, Hanis Zalikha mengakui bimbang sekiranya dirinya terlalu dikenali ramai.
"Saya takut untuk menjadi terkenal. Saya tidak risau tentang diri sendiri kerana tahu mampu menjaga diri sendiri. Jika buat salah, tanggung sendiri. Namun apa yang merisaukan saya ialah privasi keluarga terganggu kerana mereka tidak minta untuk jadi perhatian ramai, ujar heroin filem baru arahan Ahmad Idham, "Gangster Celop" seperti dipetik dari sebuah laman portal hiburan tempatan. 
Curi gambar nie kat blog Hanis Zalikha

Walaubagaimanapun, Hanis yang sebelum ini pernah membintangi filem "Momok The Movie" teruja untuk memulakan penggambaran filem yang menampilkannya sebagai watak utama.
"Sebelum ini saya pernah melakonkan watak bunian dalam "Momok The Movie tetapi hanya untuk beberapa adegan sahaja. Oleh itu saya teruja menantikan penggambaran filem "Gangster Celop" bermula kerana ia merupakan filem pertama saya diberi kepercayaan memegang watak utama," ujar gadis yang bakal menginjak usia 22 tahun pada Oktober ini.
Hanis menempa populariti di alam maya menerusi penulisan dalam blog peribadinya, tetapi enggan masyarakat melabelkan dirinya sebagai seorang blogger semata-mata. 

"Saya mahu dikenali sebagai Hanis Zalikha iaitu seorang pelakon, pengacara dan apa jua bidang yang diceburi. Bukan sebagai seorang blogger sahaja," akhirinya. sumber - Shylah Rashid
p/s : perghhh. blogger pertama jadi heroin filem nie. Tahniah2. Hihihi. Good luck!

16 orang komen:

Noor Atikah Ramli said...

untung maaa..dh melangkah satu lgi ke depan.suka tgk dia. cantik ^^

Unknown said...

wahh ,, hebbat sangatt ! lpas nie anda plakk kan . !hebaatt laa .

Unknown said...

tahniah jg buat hanis zalikha,,,

MalizaMah said...

waaaa comel juga wanita ini. ada style.

missina said...

maju lg setapak nak jadi pelakon pulak..wow!

AisyaS said...

tak sabar nak tengok !:)

Beiby Yatie said...

wow.. blogger ke bintang filem.. nak jugaaak^^ hehe..

Iefa Ujang said...

cantik tau hanis zalikha ni . . .

Unknown said...

sape tu?

Solehah Shamsuddin said...

Hebatnya Hanis Zalikha.Tahniah ye Hanis... :)

Diari Si Froggie said...

wow dah jadi watak utama ha.. rezeki tu..

Unknown said...

Mesti best kan.. Dalam memberku hawa pun pandai mainkan watak.. :)

ziera ramli said...

waAhh, hebat2. k.hanis sgt lah cntik ! :)

Aliff Haikal said...

sy kenal dia thru blog ^^

tak sangka dia ni sebenarnya pelakon , pengacara dan model -.-

Nadhirah said...

SUPERB..~Semalam 12/9/12 tengok Hanis dalam Mad Market bersama Maria... :)

Anonymous said...

memang famousss amosss la hanis ni kan