28 July 2012

Betul Ke Lagu Nie Diciplak Untuk Dijadikan Lagu Tema Merdeka 2012?



Assalamualaikum w.b.t

Entry apit tak habes2 dengan merdeka kan? Bermula dengan Logo Kemerdekaan 2012 sampai lah ke lagu Tema Kemerdekaan. Memang hangat diperbualkan oleh rakyat sekarang nie. Rmai yang memberi impak negatif dari positif. Logo dan lagu tema tidak langsung memberi semangat patriotik dikalangan rakyat. Logo yang seakan2 didesign oleh budak dan membuatkan designer2 amateur di luar berasa malu dengan gubahan logo tersebut. Cakap banyak di sini taknak pasal logo sebab korang boleh baca kat SINI terus pasal logo merdeka tue. 
Saja nak bergurau ngan korang Jangan marah. :-)
Berkenaan pulak dengan lagu officail kemedekaan tahun 2012 nie. Penuh lagi dengan kontroversi yang menampakkan kerajaan sekarang begitu terdesak sehingga terpaksa berkempen pada hari bersejarah untuk SEMUA rakyat Malaysia. Not kepada orang2 kerajaan. Hari bersejarah nie disambut oleh semua golongan, bangsa dan rakyat semua tak kiralah dia tue pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Come on la. Jangan campur adukkan hal politik dengan patriotik. Kesian kot budak2 sekolah nak nyanyi lagu nie. Takdak langsung Merdekanya. Baca Lagi di SINI pasal lagu tema kemerdekaan malaysia 2012.

Now! Baru tadi dapat info di facebook dan youtube pasal lagu Tema Kemerdekaan Malaysia nie adalah lagu Indon. Laaa indon plak dah. Macam-macam sungguh aih. Hihihi. Korang cuba dengar melody dan tempo untuk lagu di bawah nie. Cuba korang pejam mata, dengar melody dia. Macam sama kan? Jangan nak feel teruk-teruk lak. dengar melody saja dan bandingkan dengan lagu tema merdeka kita tahun nie.

Melody seolah-olah sama dan tempo dikurangkan volume sedikit dan lirik ditukar.
Dah dengar? Korang bandingkan dengan lagu Tema Merdeka kita taw. Bukan nak cakap 100% sama tapi starting tue pown melody dah sama. Adakah kebetulan. Yaa maybe lah kan. Nak cakap lebih-lebih, takda bukti yang kukuh ye tak. Cuma nak korang pikir jer lah. Apit bukan nak laga-laga kan pihak-pihak tertentu. Juz info saja. Lagu ini  asalnya adalah dari Indonesia. Mengikut info yang diperolehi, pengulpoad video ini memberitahu video ini dirakamkan di bandung dan dipercayai ia dicipta oleh orang2 sana. Dah dengar? Lagu neh sebenarnya lagu ketuhanan bagi penganut kristian. Dan IMPORTANT! Jangan kita bincangkan hal-hal yang lari daripada tajuk. Jangan mainkan isu agama di sini. Fokus pada topik iaitu Adakah lagu nie DICIPLAK oleh Mereka Untuk Dijadikan Lagu Tema Kemerdekaan 2012 nie?

Sebenarnya tak aneh pun jika wujud persamaan melodi pada mana2 lagu. Tapi kalau macam obvious sangat jadi pelik pula. Apa pun aku takmo tuduh2. Sebab ia babitkan ciptaan dan kreativiti seseorang. Benda belum terbukti so susah nak cakap lebih2. Mungkin juga persamaan tersebut wujud disebabkan penggunaan alat musikal yang sama. Tak siapa yang tahu. Hanya mereka2 yang pakar dalam bidang neh jek bole ulas details. Dan aku benar2 berharap memang itu lah jawapan nya. Kita sudah ada logo yang teruk, kita sudah ada lirik yang teruk dan aku tak hadap melodi kita juga rupanya teruk sebab versi copypaste. 

P/S : Kalau betul ciplak dari lagu nie, kenapa nak buat camtue? Lagu Kristian kan. Kita negara ISLAM. Harap nie tak betul lah. Kenapa tak ciplak lagu Raihan ke? Kan lagi sedap. :-)

7 orang komen:

Blog walker said...

kalau tak puas hati, buatlah lagu sendiri. banyak songeh plak -__- pergilah carik negara yang lagu dia best sangat, pastu pasal logo kemerdekaan tu pon, kau buatlah pastu hantar kat sapa2, kalau kau rasa bagus sangat v^.^v

FIZGRAPHIC said...

marah nampak bang. hihi.
logo? err g la usha kukubesi punya album. err.
rais yatim ke nie? kikiki.

Aliff Haikal said...

pheh melodi dia sama bhaii !

aduh Najib ni memang main kasar beb ^^

MalizaMah said...

ciplak ciplak ker ni??? hmmmmmmmm

Anonymous said...

yg sakit mata melihat 2 ad slogan 'janji ditepati'.. eh2.. nie tuk hari kemerdekaan ke atau tuk pilihanraya? konfius skjap..

Anonymous said...

mcm rais yatim piatu jadian jerr...

Anonymous said...

ngok ngek . kalau kau kutuk pm kite , same lah kau ktuk ayah dia . pe jadah eh nak heboh pasal benda nie . bukan pm kite yang buat lagu tu , orang-2 yang tertentu kan ? . asal nak sabitkan PM kite ? tak masuk akal doh ! kalau tak suka cara PM , berambus dari malaysia . buad negara kau sendiri . takyah sebok KAT MALAYSIA ...