Last updated!

02 July 2012

Spain Juara EURO 2012. Italy Lauk Spain!

Menepati ramalan,Sepanyol mengekalkan kejuaraan yang dimenangi 4 tahun yang lalu dengan menewaskan Italy 4-0 pada aksi perlawanan akhir bola sepak kejohanan Eufa (Euro) yang berlangsung di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine. Gol Spain hadir sepantas minit ke 14,berpunca daripada kombinasi Iniesta kepada Fabregas seterusnya hantaran tersebut ditujukan kepada David Silva sekaligus melepaskan rembatan cantik yang menewaskan Buffon

Tersentap dengan gol awal lawan Itali cuba mencari gol penyamaan,situasi disini menjelaskan jentera serangan Italy terutamanya Mario Balotelli di kawal dengan baik menyukarnya untuk selesa melakukan percubaan ke arah Casillas. Corak permainan berkumpulan yang direalisasikan oleh pemain Spain sekali lagi membuahkan hasil apabila Jordi Alba menambah gol kedua di minit ke-41 untuk meletakan Sepanyol di depan 2-0


Bersambung di babak kedua,berbekalkan jaringan 2 gol,Sepanyol bertambah keyakinan memburu kejuaraan,Fabregas nyaris lagi menambah gol,mujur diselamatkan oleh Buffon. Italy seakan tidak mampu meledakkan gol terutamanya Balotelli seperti mereka beraksi menewaskan Germany pada separuh akhir

Meskipun begitu,pujian harus diberikan kepada Casillas yang berjaya menjaga gawangnya dengan baik untuk menidakkan percubaan yang se’sekali di lakukan oleh barisan serangan Italy. Berbaki 20 minit terakhir perlawanan,corak permainan barisan serangan Italy menunjukan perubahan,mereka mula melakukan serangan,tetapi Casillas masih mengekalkan kecemerlangan bagi menyelamatkan gawang golnya daripada dibocori.
"Congrate Papa" Mungkin itulah yang cuba diluahkan oleh anak Fernando Torres, Nora.
Barisan serangan Spain diperkuatkan lagi dengan kemasukan Fernando Torres yang mengantikan Fabregas dan Pedro mengantikan David Silva. Kemasukan Torres menambahkan derita Italy dengan menambah gol ke-3 Sepanyol di minit ke-84.

23 orang comel komen:

Lyssa Faizureen said...

haha . Copy kat mana ni ? lalala~~

Aien_Aen said...

Yeayy Torres sumbat gol !! Itu jew yg diharapkan sebenarnya..Tak sia2 tengok

Hafizzi Aziz said...

Copy kat Encik Nakal.com. hihi.

Hafizzi Aziz said...

Yaa. Itu yang diharap2kan. hahaha.

Cik Anis said...

comei anak torres :) congrets spain !

Encik Zaharin said...

Yes..haha bro,aku malu nak taruk gambar sendiri berjersi spain,shy shy cat..

Rujuk : http://babaharin.blogspot.com/2012/07/paling-comel.html

ameerul ashraf said...

yeay!
haha.. puas sangat dengan keputusan ni...
SPAIN :)

Fatihah said...

congrats buat peminat spain !

IM said...

wah.. :)

Aida Omar said...

ayat bulat2 ha.. huk3. Tak sia2 je DP fb gitu eh apit? :P

Michelle Hopell said...

tahniah spain xD

eyka said...

YEssss!! Firasat kite memang kuat mengatakan yang SPAIN pasti menang.... Akhirnye,,segala teka teki telah pun terjawab....So,,sape2 yg sokong ITALY tu,,apa lagi..belanje lah...hahhaha!! :D

Alieza Dayasari said...

hmmm. Tahniah.... Hebat ...

Fakhrul Haiyin said...

yihakk! spain menang. 4-0 terrr.

rAIHan said...

hehe. raihan tak minat bola. tp dok teka gak yg spain akan menang. tak caya betul pulak. haha.

missina said...

best ye spain menang?hehee,,tq follow sy,,blog ni dah lame dah sy follow,,;)

yayahnasake said...

YEAH !!!! SPAIN JUARA !!!!!

Alynn Nyzaa said...

xminat bola tp tumpang gembira la utk abg apit..huhu~
sy BW cni ^^
boleh x mntk jasa baik undi header saya "ALYNN"? cara2 kat sini >> http://alynnnyzaa.blogspot.com/2012/06/segmen-dari-jiakreatifelt-header-dulu_27.html

plus, jom join GA best ni http://alynnnyzaa.blogspot.com/2012/06/giveaway.html

happy blogging! :D

Anis anak wong said...

keboommm! peciuw peciuw!
bola bola... fernando torres da de ank? mcm xpecaye..
done2.suda folo balek..hihi

♥ Cik Pelangi ♥ said...

suka sangat bila spain menang. memang ini yg dinantikan ) hehehe ^_^

MalaysianCareerJobs said...

Suka tengok muka Xavi Hernandes..muka baik..hehehe...terbaikkk

shida'R said...

terbaiklah..smpai tertidoq2 aku dbuatnya hahahaaa...

Solehah Shamsuddin said...

xcaye Italy kalah truk dgn Spain.habis dilanyaknye.haha tahniah utk peminat Spain.4-0 tu mmg gol yg kalah truk tu.