01 July 2013

Natasha Hudson Tukar Nama Anak


Assalamualaikum w.b.t

Model dan pelakon jelita, Natasha Hudson telah menukar nama puteri keduanya dari Naeema Taqiyyah kepada Naeema Kalila.

Sebelum ini, Natasha dan suaminya Carleed Khaza ingin menamakan anak mereka dengan nama Naeema Taqiyyah kerana ia memberi maksud memudahkan, keberkatan, ketenangan, soleh serta bertakwa.

Namun, setelah mengetahui 'Taqiyyah' mempunyai makna yang kurang elok serta melibatkan pengikut ajaran Syiah, dia mengambil keputusan menamakan bayi comelnya itu kepada Naeema Kalila.

"Dalam bahasa arab, maksudnya masih lagi merujuk kepada perkataan bertaqwa. Akan tetapi kami tidak tahu ianya ada makna lain yang lebih besar dalam pengikut Syiah, sehinggalah kami menyertai sebuah sesi usrah. Melalui majlis tersebut kami telah merujuk perkara ini dan dapatkan nasihat daripada ulama Islam serta mufti. Kini nama bayi saya telah ditukar kepada Naeema Kalila dan bukan lagi Taqiyyah," katanya.

Natasha Hudson dan Carleed telah berkahwin pada April 2012 dan merupakan perkahwinan ketiga buat aktres tersebut.

Hasil perkongsian hidupnya dengan suami yang terdahulu, Natasha Hudson telah dikurniakan seorang anak perempuan, Nessa Helena yang kini berumur lima tahun.

P/S : Walaupun artis, tetap menitik beratkan hal agama. Takda la terpinga-pinga bila ditanya apa itu sunni/syiah. Aku minat Natasha nie. huhu.


8 orang komen:

zainatul abu bakar said...

Bagusla mcm tu..sy pun minat natasha yg skrg :)

Cik Nor said...

alhamdulillah...

nora razalli said...

so tukar ic jgkla ni?
ok la tu.
nama kan melambangkan seseorang.
kalau nama xelok dikhutiri akan membentuk peribadi yg tidak elok pd si penama.

:)

Unknown said...

bagus2...tukar jgn xtukar

khairulsyarafi said...

fi pun nk tukar nama jadi john statham...ahaha :P

Cik Fie said...

alhamdulillah . nasib baik dah tukar nama anak :)

Sukma said...

berubah pada yang lebih baik.....

Nadia Johari said...

alhamdullilah..sedikit sebanyak dia tau