Last updated!

03 July 2013

Televisyen Britain Siar Azan Ketika Ramadan




Assalamualaikum w.b.t

London: Stesen televisyen Britain, Channel 4 mengumumkan langkah menyiarkan azan subuh sepanjang Ramadan termasuk di laman webnya, keputusan yang dipuji dan dikritik pihak yang memberi reaksi. 

Ketua Program Channel 4, Ralph Lee (gambar kecil) menolak mereka yang mengkritik dengan berkata, siaran itu sejajar dengan ikrar stesen berkenaan untuk membantu ‘suara golongan yang kurang diwakili’ sambil menyifatkan agama Islam diterima baik di Britain. 
Seperti juga sasaran penonton Channel 4, pengikut agama itu kebanyakannya orang muda. Baru-baru ini, ada laporan mengatakan separuh warga Islam Britain berusia bawah 25 tahun” Ralph Lee, Ketua Program Channel 4

Semakin disambut baik 

Ramadan di Britain dijangka bermula pada 9 Julai depan.

Dalam satu mesej kepada Radio Times, Lee berkata: “Channel 4 sudah pasti akan dikritik kerana memberi tumpuan kepada agama minoriti penduduk tetapi itulah sebabnya kami ada di sini iaitu memberi ruang kepada pihak satu lagi yang kurang diwakili.

“Jangan lupa, agama Islam antara yang paling cepat meningkat khususnya di Britain.

“Seperti juga sasaran penonton Channel 4, pengikut agama itu kebanyakannya orang muda. Baru-baru ini, ada laporan mengatakan separuh warga Islam Britain berusia bawah 25 tahun.”

Beliau kemudian membandingkan kadar pembabitan orang Islam ketika Ramadan di Britain kepada tumpuan media tempatan kepada adat resam tempatan.

“Hampir lima peratus penduduk (Islam Britain) akan terbabit dengan aktif dengan atur cara ketika Ramadan, sedangkan tumpun lebih rendah kepada majlis tempatan yang diberi liputan besar-besaran media termasuk ulang tahun ratu naik takhta,” katanya lagi.

Komitmen Channel 4 untuk menyiarkan azan subuh itu disambut baik oleh Majlis Islam Britain.

“Ramadan masa yang istimewa bagi orang Islam dan pengiktirafannya oleh sebuah stesen televisyen arus perdana akan membantu menunjukkan keadaan Islam dan pengikutnya yang lebih munasabah.”

Pergerakan berhaluan kanan, Parti Kemerdekaan Britain (UKIP), bagaimanapun, mengkritik Channel 4.

“Stesen itu tahu keputusan mereka akan menimbulkan kemarahan dan tidak akan membantu menjernihkan hubungan antara masyarakat. Orang Islam tidak perlukan siaran itu untuk mengingatkan mereka supaya berpuasa.”

P/S : Lain pula ceritanya di Malaysia. Negara islam tetapi melarang tazkirah di masjid pada bulan ramadhan. Kadang-kadang aku pon pelik ngan malaysia. 


6 orang comel komen:

Normi Nieza said...

..:)

Shakirah Rosli said...

bagus diteruskan ^^

S.K.A said...

Alhamdulillah..smoga berkembanglah penganut islam di dunia ni..

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

Blogger, jom ramai2 meriahkan! Segmen : Sebulan Berblog By Shakira

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/segmen-sebulan-berblog-by-shakira.html

Rosmiza Ali said...

Good! Semoga keberkatan Ramadhan makin terasa dengan laungan Azan di sana.. =)

Sukma Haron said...

Alhamdulillah....terasa agama Islam dihargai di sana..