Baca Entry Latest Nie Jugak!

28 July 2013

Tangan Bayi Tersepit Di Mesin Pengadun Kuih


Assalamualaikum w.b.t

Seorang bayi berusia 13 bulan nyaris maut apabila tangan kirinya tersepit pada mesin pengadun kuih di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, Mohd Uqshah Iman Ramli dipercayai bermain bersendirian berhampiran mesin pengadun yang berada di atas lantai.

Ketika kejadian, ibunya Maznah Osman, 37, yang juga pekerja kilang itu membancuh adunan kuih di kawasan berhampiran selepas berpesan kepada Mohd Uqshah supaya jangan menghampiri mesin.

Maznah berkata, pada mulanya dia melihat Mohd Uqshah bermain jauh daripada mesin itu sebelum terdengar jeritan kuat disusuli tangisan anaknya.

“Saya bergegas mendapatkan Mohd Uqshah dan mendapati tangan kirinya tersepit pada mesin yang masih berputar.

“Badannya turut bergerak sama dengan mesin itu, ia mengakibatkan tangannya bengkak selain mulutnya berdarah akibat terhantuk.

“Bagaimanapun, seorang pekerja segera menutup suis mesin,” katanya.

Menurutnya, walaupun suis dimatikan, tangan kiri Mohd Uqshah yang tersepit di antara tempat meletak bekas tepung dan badan mesin gagal ditarik keluar.
“Pengurusan kilang meminta bantuan bomba dan penyelamat, dan mereka terpaksa membuka skru untuk mengeluarkan bekas kuih itu terlebih dulu.

“Selepas hampir 20 minit, akhirnya tangan Mohd Uqshah Iman dapat dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, pemilik kilang Norhadidah Harun, 43, berkata, ketika kejadian dia di tingkat atas sebelum terdengar jeritan bayi.

Katanya, mujur seorang pekerjanya pantas menutup suis mesin itu kerana jika sebaliknya, bayi berkenaan mungkin berdepan keadaan lebih buruk.

“Mohd Uqshah Iman yang bengkak di tangan kiri serta mengalami pendarahan di mulut dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan,” katanya.

P/S : Baru setahun dah bawak g tempat keja. Bahaya. Hope semua selamat.


11 orang comel komen:

NJihe.am said...

Salam singgah. Bahayalah bawa budak di tempat macam tu. Harap adik Iman sembuh daripada kecelakaan itu.

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Ya Allah.....inilah yg dikatakan berpantang maut sebelum ajal...
Kesian anak tu...kecil lagi...
as a perent...nak buat apa pun mmg kna igt yg kita tak boleh lalai dgn anak2 kita...diaorg tak tahu apa2 pun lagi...Semoga baby Uqshah selamat... dan keadaan kembali pulih...

Syuhada Nasya said...

subhanallah. mcm mna laa boleh tersepit tu hmmm lalai mak dea kot

cik amal said...

bahaya sangat2

Harith Iskandar said...

mak dia bengong, pesan kat budak2 mn dia reti.lagi larang lg dia buat...mmm :/

Norma NML said...

Rasanya tak wajar ank sekecil itu dibawa ke tmpt kerja. Baru setahun lebih, kalau dilarang lagi la dia nak buat. Semoga para ibu lebih berhati2 kerana sedikit kecuaian boleh membawa penyesalan seumur hidup.

Normi Nieza said...

apasal bawak anak g tempat kerja??huhu

Brilliant Marjan said...

baby dan budak belum adil akal lagi..makin dilarang dia akan buat..sepatutnya tak perlu bawa lansung.mesin tu pun xboleh letak kat lantai..bahaya

Sukma Haron said...

tak sanggup tengok..kesian budak kecik tu...

Cik Fie said...

bahaya tu :(

Nadia Johari said...

kesiannya..mesti kat rumah takda sape nak jaga..tu pasai dia bwk p keje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...