01 July 2013

Mat Yo Buang Pingat Dalam Tong Sampah!


Assalamualaikum w.b.t

Bukit Jalil – Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin.

Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan.

Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan.

Marah, kecewa

Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan.

Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.

Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu.

Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring. – Berita Harian

P/S : Mat Yo Buang Pingat Dalam Tong Sampah akibat kalah dengan kelantan. Tak merasa nak naik Audi kot. Rilex. Kemana semangat kesukanan hang. Tengok CR, siap jual kasut emas dia sebab tolong Palestin.. x sedih pon.. Kalah menang memang adat game pon. Apa2 pon JDT - Johor Dah Tewas. Please try again. Huhuhu.


9 orang komen:

Student Kecik said...

dah tak ada rezeki nak wat camana lagi. sabaq jela :(

LOVE CARE NURSERIES said...

kalah skali bkn kalah selamanya...JDT tetap hebat....

cik ketenangan said...

adat permainan..ada yang menang,ada yang kalah

Unknown said...

HAHA. bengang gler mke dy hritu.

Fais-SKA said...

ha3, marah btol 2 :) btol la, adat la 2 kalah menang..

Cik Nor said...

gomo klate gomo..:)

Unknown said...

xd rezeki la tu. kemenangan msih milik KELANTAN. Yea!

Cik Fie said...

dah xde rezeki . buat camne kan ? :)

Sukma said...

cuba lagi next year.....