23 July 2013

Peserta Islam Nekad Tanding Ratu Cantik




Assalamualaikum w.b.t

Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik. 

“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam. 


Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia. 

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya. 
Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.

P/S : Melayu oh melayu. Syukur Malaysia aman.


19 orang komen:

Paly said...

pfft... kesal bile org berilmu agama larang.. melayu oh melayu -_-

Qienah said...

di mana la nilai islam pd dri mereka kan..

ZaridaIshak said...

nak jadi wakil wanita melayu la sangat.... tak payah susah-susah

Kisah Si Dairy said...

tak fikir sensitivity melayu islam la tu..apa nak jadi

Anonymous said...

Kalau brebut nak btanding tadarus al quran tu xpe la. Ni beria nk msuk ratu ctk..xde keje!

Cik Nor said...

buat malu melayu jer..huhu

Anonymous said...

Kalau org islam sendiri dah tahu hukum dan langgar hukum...trang2 hina agama sendiri.
Jgn salahkan plk org bukan islam yg hina islam

cik ketenangan said...

tau x boleh tapi nak buat jgak..

Sukma said...

nama pun dah kacukan...cantik sangat ler tu..

Fais-SKA said...

erkkk..dah kta xboleh tu..ttp xboleh..ish3..degil noh

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

tak hengin aku ko wakil org melayu.. masuk mcm dpt je kan..

Maria Firdz said...

Hadoii... Memalukan... Tahu hukum tapi buat juga..maka tggung lah dosa.. Nk kata x tgur siap kuar fatwa lagi... Hmmm..

zakieazid said...

kalau berpegang pada melayu...mmg la...kita kena pegang kepada ISLAM

nurains said...

macam macam zaman sekarang ni. btw, header awak cantik lah !

Amalina Lee said...

Inilah jadi bila ilmu agama Islam cetek. Nauzubillah, harap dorg x join :(

Adie Zaff said...

speechless..xtau nk cakap ape...
apabila ssuatu fatwa sahih dikluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan...adie jd no komen walaupun adie stuju dgn ape yg diperkatakan oleh salah sorg dari peserta tersebut...hoho
p/s : nnt try ler join dewi remaja ker ape ker....hihih

shazillahsani.com said...

cantik orangnya...hopefully sedar akan kesilapan..^^

Anonymous said...

org melayu x mintak wakil nak jadi ratu cantik....x yah guna nama melayu...lepas nie kalo kena rogol kat mana2, x yah buat issue, sendiri nak tunjuk body kan....

Cik Fie said...

astaghfirullah ! :(