09 July 2013

Pengiraan Bayaran Fidyah



Assalamualaikum w.b.t

Yeaa besok bulan yang paling banyak berat dah menjlenag tiba. Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun nie. So besok dah puasa, ada jugak yang masih tidak ganti puasa pada tahun lepas. Allah dah bagi banyak masa untuk ganti puasa, tapi apa la yang dilakukan sampai tak boleh ganti 6-7 hari. Itulah manusia. :-) Okay lupakan bab tu, meh kita kita belajar camna pengiraan untuk membayar fidyah. 


Pengiraan Bayaran Fidyah Puasa Secara Ringkas
Pengertian Fidyah 

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib. 
Kadar Fidyah 

1 hari dendanya 1 cupak beras 
1 cupak = 1 mud 
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4 

RM............./4 = RM............. 


Fidyah Tanpa Gandaan 

Tidak wajib qada puasa dan wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. Contohnya orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa, orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya. 


Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan 

Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya : 

15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan) 
x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa) 
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa) 
x 1/4 = RM 140.63 

Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Tanpa Gandaan) 


Fidyah Dengan Gandaan 

Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya : 

Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja. 
Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya. 

Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan 

Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya : 

15 (Jumlah puasa ditinggalkan) 
x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun) 
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa) 
x 1/4 = RM 421.90 

Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Dengan Gandaan) 



Jadual Kiraan Gandaan Fidyah Puasa 



9 orang komen:

NaZiRaH @ Ezyra said...

INFO YANG SANGAT2 MENARIK...

nice header..;-)

fatin said...

Macam mana kalau someone tu tak sempat nak bayar fidyah atas sebab-sebab tertentu ? Boleh ke nak bayar dalam tempoh sebulan ramadhan/selepas ramadhan atau kena digandakan bayaran fidyah tu ?

NURUL FILZAH said...

selamat beruasa bang :)

Cik Nor said...

good info..

Cik Fie said...

nice ;)

Maria Firdz said...

Nice info... Selamaat berpuasa.. :-)

Sukma said...

nice info...Selamat berpuasa.....

mated said...

bila nak mula byr fidyah..cth tertinggal puasa ramadhan 2013..byr setelah masuk ramadhan 2014 atau slepas 1 syawal 2014

mated said...

bila jk mula byr...bulan ramadhan atau slepas ramadhan