26 August 2012

Wahh!! Tak Sabar Nak Tengok Drama Adam & Hawa

 Korang pernah baca tak Novel Adam & Hawa dari penulis Aisya Sofea nie? Hahaha. Apit pernah baca taw Novel nie. Haa jangan ingat laki muka ganas tak pernah nak baca novel cinta cintun nie. Nie 1st dan terakhir pernah baca novel. Gila tacing kot kisah Novel Adam & Hawa nie. Menyentuh jiwa. Hahaha. Dah lama dah baca Novel tue. Dalam 5tahun lepas rasanya. Time tue baru habes SPM, then tengah tunggu result sambung belajar, rembat la Novel kak apit, then baca. Ooo patut pompuan suka baca Novel, memang nice lah. Macam kita masuk alam novel tue ja rasa. Hihihi. Jom baca Sinopsis Novel nie.

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakakAdam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi. Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela. Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami. (mcm gemersik kalbu pulak). Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.

Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam. Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut. Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan. Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain.

Kini Novel Adam & Hawa telah bertukar menjadi drama yang akan disiarkan di Astro Mustika (HD). Tak sabar neh nak tengok. Lakonan oleh Hafizzy Aziz Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani. Drama ini akan mula ditayangkan pada besok hari iaitu 27 Ogos 2012 jam 9 mlm setiap Isnin hingga Khamis di Astro Mustika (HD)


Kalau korang nak tonton online Episod 1 hingga Episod 4 korang boleh tengok di Laman Web Astro Gempak! Layari www.astrogempak.com.my pada 27 hingga 30 Ogos ini jam 10 malam di SINI
Lihat Juga Di --> TEKAN

37 orang komen:

Aimacomel said...

memang xsabar nk tunggu tengok drama ni.. dlm novel jln ceritanya sgt menyentuh hati, best sampai mengalir airmata.. :)

Unknown said...

best novel adam dan hawa ni..
nti nak tengok versi lakonan la plak.. :)

misZ eEhan said...

untungla org ad astro .. kita xda astro ,.. :(

Flavnesz said...

terkejut kejap bila tau apit bace novel...

fiqah hamed said...

Ala..tak ada astro tak dapat tengok..=(

Aliha said...

Lya baru sedar tau kt rumah lya ada sampai 2 buah novel Adam & Hawa. Btw, Lya tak terkejut sgt org laki baca novel sbb dah kwn laki Lya yg minat novel ;)

K O R I E said...

asyik2 aaron aziz, dah xda llki lain ke kat malasysia neh -__-

Fatimah Nabila said...

kenapa novel ni slalu jadi novel pertama bgi owg laki yg nk berjinak2 ngn novel ehh..crita ni sweettttttttttttt!!!!!!!!!!!!

missina said...

mcm penah baca je novel ni,,wahhh ada Aaron Aziz tu,,mesti romantik,,;)

AzielahRahim said...

kenapa prlu aaron aziz yng sllu pgang watak hero dalm setiap filem yng diaptasi dri novel?

Unknown said...

Btulx3 ....kdg2 bosan jgk org yg sama ja. Ni msti akibat drpd filem ombak rndu ni..huhu

Unknown said...

cerita ni besttt.. coz da bace novel dye.. memang sweettttt... hahah..

MalizaMah said...

1. memang nak puji awesome lah header awak.. pergh masyuk sih....
2. puji entri sbb cakap pasal novel adam hawa.
3. rupanya mahu dijadikan drama erk...

Beiby Yatie said...

hehe.. best kan novel nie?? tp tak tak dapat la nak tgk ceta nie dekat tv. kita takda mustika HD :(

Fienazzuki said...

Ala!!!!!!!
Tak dak ASTRO!!!!!

FIZGRAPHIC said...

ololo. g tgk kedai mamak lah camtue. xpa, episod 1 - 4 leh tgk on9. :-)

FIZGRAPHIC said...

Hahaahaha. 1st novel dan terakhir.

FIZGRAPHIC said...

ololo. cian dia. :-(

FIZGRAPHIC said...

waahhh! 2 terus. nak satu leh? hihihi.

FIZGRAPHIC said...

haah. tue la pasal amik la Hafizzy Aziz nie lak kan. aishh. huhu.

FIZGRAPHIC said...

oh yeke. bnyak laki starting suka novel sbb novel nie dulu eyh? baru taw. hahaha.

FIZGRAPHIC said...

abg ketul berlakon. abes la semua pompuan cair. hihi.

FIZGRAPHIC said...

kenapa bukan Hafizzy Aziz kan? hihi.

FIZGRAPHIC said...

Hihihi. thanks. puas memikir header tue taw.

FIZGRAPHIC said...

ololo. langgan lah. berapa RM yek? hihi

H I said...

nak tengok adam mukhriz gellespie, :D

*saya suka nadiya nissa ni, dia berlakon bestt!

Shida Radzuan said...

kena langgan mustika la plak ^_^

~AiMi SyAhiRAh~ said...

Saya pun dah lama nantikan drama ni tapi kat uma takde Astro. huhu. Salam Aidilfitri! Buat para blogger di luar sana!! Jom join contest ini! 3 pemenang bertuah akan mendapat duit raya EDISI TERHAD sampul wajah saya!!;) Klik http://www.aimisyahirah.com/2012/08/contest-nak-duit-raya-cik-misya.html untuk maklumat lanjut.

Cendol said...

ohhhcite ni..ade nmpk novel ni.mase tu buddies sume duk kecoh kate cite ni suwiit lah ape lah.aq malas nak bace sebab aq mmg malas baca melainkn bnde2 yg aq perlu tahu.haha
tak payah tengok weh cite ni..nanti hapy ending jgk.haha memandai je aq

Mia Liana said...

hmmmm... kak mia takde astro.. kat jb ni asyik tengok channerl singapore dan indon je...huhuhu

maszull said...

assalamualaikum hafizzi....selamat hari raya mama dtg singgah beraya kat sini yer...:)

Nazifa Mazni said...

huhu...tak de mustika...tak dapet nan nengok...patutnyer astro kasi free channel mutsika kat sayer hari ni..hari ni birthday saya.

Mummy MM said...

wah, cntk dh blog.. shuke :)

nursuriani said...

mmg tak sabar nak tgok pun huhuhuhu

TeTerBanG said...

oh my god!!!! mcm x prcaya jaaa cta adam ngan hawa akn ada drama. tp..... awt dekat astro pulak?? Alaa...dh laa x dak astro. ok.. dont worry ar. bley tgk kat website malaymoviefull. hehhe~~

MANZARINA said...

kalo adaptasi filem mesti aaron heronya kan.... tp mmg sesuai laaaaa.... cuma sape plak pelakon wanita tu? tak penah nmpk pun....

Anonymous said...

I'll immediately grab your rss as I can not in finding your e-mail subscription hyperlink or e-newsletter service. Do you've any?
Please let me recognise so that I may just subscribe.
Thanks.
Also see my site :: silver clutch bag