Last updated!

24 August 2012

Jom Sertai Jamuan Amal Persatuan Sindrom Down Kedah

 Korang tahu apa itu Sindrom Down? Sindrom Down merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. TEKAN SINI untuk keterangan lanjut lagi. Kasihan sama kanak-kanak yang mengidap kecacatan camnie. Syurga lah tempat diorang insyaallah. Sapa kat sini yang menetap di Kedah angkat tangan. Hihihi. Nak ajak korang meriahkan Jamuan amal nie. Korang tengok dulu poster dari pihak penganjur. :-)


Jamuan amal nie terbuka kepada orang ramai. Marilah kita ramai2 menghulurkan bantuan pada mereka yang sindrom down ini. Kita bernasib baik sebabada gak peluang hidup normal, boleh berblog, facebook, skype bagai..tapi mereka? Ada kita pikir apa yang diorang rasa. Mereka ada juga perasaan. Kita sebagai manusia yang normal sihat walafiat nie lah membantu mereka untuk buatkan mereka bahagia dan buatkan mereka x jauh dengan kita kan. Jamuan amal ini dianjurkan oleh Persatuan Sindrom Down Kedah. 
Sebarang pembelian tiket korang boleh hubungi Cik Fara di poster tue. Siap no tepon dia lagi. Kalau tak boleh nak hadir, korang boleh menderma untuk persatuan ini. Nasib mereka camnie, nasib kita masa depan camna lak? Mana tahu kot2 la anak-anak kita pula ada kecacatan camnie? Kita memerlukan bantuan orang lain pula kan. Minta dijauhkan tapi itu semua kerja Allah S.W.T. Marilah kita menderma untuk mereka. 
Al-Baqarah [177 ]…. kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang musafir, orang yang meminta-minta..
Saba [39] Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.

2 orang comel komen:

Aisyah Pinky's Story said...

salam,,thanks sbb kongsi yeww..ayah Aisyah Timbln.Presiden Persatuan Sindrom Down Kedah..Aisyah ada adik sorang Sindrom Down..terharu..memang sedih bila tengok adik saya..diorang x bleh berfikir dngn baik..cepat ikut pergerakan/tingkah laku kengkawan diorang..boleh tengok gambarnya di sini..http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/p206x206/402903_250087298395851_1751145560_n.jpg.. awak pergi kew??..maaf yew..tulis panjang lebar sangat..

Hafizzi Aziz said...

wsalam. welcome.

Ohh Ayah aisyah timblan ye. hmm apit kalau xda pa2 halangan, pegi kot. :-)