Showing posts with label Payment Dari Churp-Churp. Show all posts
Showing posts with label Payment Dari Churp-Churp. Show all posts

14 February 2013

Cek Nuffnang Dan Churp-Churp Dah Sampai

Assalamualaikum w.b.t

Fuhh lama jugak aku tunggu cek dari Nuffnang dengan Churp-Churp nie. Makan masa sebulan setengah jugak lah nak dapat cheque dari mereka. Tapi alhamdulillah. Sampai jugak akhirnya. Lagipon Nuffnang dengan Churp-churp tak pernah tak bayar bayaran kat client depa. Aku pernah cashout dulu kat SINI. Cuma kena tunggu sebulan lebih lah kalau hampa cashout duit tu hujung bulan. Memang dalam perjanjian camtu. Selepas cashout, hampa tunggu sebulan, hampa akan dapat dulu email dari pihak bnak HSBC. Haa kalau dapat email tu, maknanya cek sudah terbang ke rumah lah. Contoh email dari HSBC



Lepas hampa dapat ja email dari HSBC tue, boleh la mula tersenyum sebab tu maknanya cek akan sampai tak lama lagi. Sepatutnya lepas dapat email dari HSBC, dlm 2 hari akan sampai cek ke rumah tapi memandangkan hari raya cina, cuti panjang plak kan, so posmen pon nak gak berehat ngan anak bini. Hahaha. Sampai lambat lah. Cek Nuffnang dan Churp-Churp aku pernah dapat dah dulu di SINI. Thanks abang posmen sebab hantaq dengan selamat cek aku. Cek di bawah. Besok baru nak p maybank untuk clearkan cek nie. Syukur2. :-)


Syukur dah banyak ni pon. Aku pon dah takmau men Nuffnang dah rasanya. Sebab nak try pakai komli pulak. Sapa-sapa nak taw benda apa komli tue dan cara nak daftar komli, hampa boleh tengok SINI. Blogger tue pernah buat tuto. Tapi kalau pasang komli nanti, Nuffnang hampa dah tak jadi Gliterati lah. Aku pasang pon dah x jadi Gliterati dah. Lantak lah. Nuffnang dah kedekut sekarang. Bukan sekarang ja, dah setahun lebih dah bersabar. Hihihi. Tengok plak Komli camna gaya. 

Kalau nak cepat simpan duit poket lagi, aku syorkan hampa daftar Says. Lagi masyukk dari churp-churp dan Nuffnang. Tapi kena rajin lah promote iklan dalam tue. Aku main says, tiap2 bulan jugak lah cashout. Alhamdulillah lepas duit topup ngan rokok. Okay, tu ja kot. Jangan lupa join GA okay SINI. Salam.


10 June 2012

Payment Churp-Churp Yang Ke-3.. Alhamdulillah..

Sory korang. Tak updated blog semalam. Hihihi. Malas bebenor plak semalam nak updated. Sebab petang tue kuar g shopping sikit ngan my kazen, adik dan mak. Beli barang-barang dapur apa semua. Dalam kereta ada tanya mak pasal cek churp-churp nie "Posmen tak mai ka hari nie mak?" Mak pown jawab tak. Hmm pelik, invois bank dah dapat kat email, tapi cek lom sampai rumah. Takkan posmen tak jumpa rumah kot kan. Ke anjing umah sebelah halau posmen tue. Hmm. So biarkan jer lah dulu. Nie cashout yang ketiga. Yang keempat still pending. 


Before nie, ada dah anta kat pihak churp-churp tanya pasal status cek tue, tapi diorang tak reply lagi lah. Lepas shopping apa semua, terus drive balik. Balik rumah pown nak dekat maghrib gak la, masuk2 bilik, check email jap, churp-churp tak reply gak email. Pastue dengar walid ketuk pintu. Aik! Cek dah sampai dah. Hahaha. Panjang umur abang posmen tue petang tadi. Kelakar lak rasa. Hihihi. 

Daftar Churp-Churp Percuma di SINI
Nie merupakan cek yang ketiga oleh churp-churp. Semuanya dibayar oleh churp-churp. Hmm hari nie nak pergi clear cek nie kat ATM Deposit Cheque. Memang jumlah tak banyak mcm orang lain dapat, tapi sikit2 menabung, lama2 jadi Gunung Jerai (promote Kedah) jugak kan. Hohoho. Kalau korang nak join jugak, korang boleh join kat SINI okay. Daftar dulu, pastue ikut jer step2 dalam tue. Kalau tak faham, tengok tutorial yang apit sediakn kat bawah nie ha. 
Hmm tapi kalau nak buat duit online a.k.a duit poket nie, korang kena lah banyak2 bersabar. Jangan la bila duit sesen pown xdapat, korang terus nak stop, pastue perli aku "Apit takpa la femes, ramai orang klik" wakluu la femes..hahaha. Apit nak dapatkan 1 klik pown jenoh mintak kawan2 klikkan. Peace. Usaha kena ada beb. Jangan korang cepat nak putus asa. 20sen tue kalau lama2 simpan, beribu2 leh dapat taw. Contohnya mcm Says apit. Baru jer cashout RM500. ---> http://bit.ly/KT6UTt Skang nie baki akaun mcm kat bawah nie dah.

Daftar Says.my Percuma di SINI
Kalau korang nak main ngan benda nie, korang kena lah bersabar sikit. Jangan la cepat nak melenting bila duit tak masuk. Pastue mula lah nak rasa meluat lah, tipu lah. Tipu apanya, kena sabar sikit lah. Korang buat camnie ha --> http://bit.ly/KT6UTt Tak percaya, tanya Jutawan Klik kat Malaysia nie. Pergi beli buku Jutawan Klik. Banyak tips. Hihihi. Hmm okay lah. Merapu meraban banyak dah nie. See u next entry plak. Salam. Assalamualaikum. Peace.

p/s : Tahniah buat penyokong German sebab menang, nantikan Spain plak ye. :-)