Showing posts with label Contoh Cheque Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Contoh Cheque Nuffnang. Show all posts

14 February 2013

Cek Nuffnang Dan Churp-Churp Dah Sampai

Assalamualaikum w.b.t

Fuhh lama jugak aku tunggu cek dari Nuffnang dengan Churp-Churp nie. Makan masa sebulan setengah jugak lah nak dapat cheque dari mereka. Tapi alhamdulillah. Sampai jugak akhirnya. Lagipon Nuffnang dengan Churp-churp tak pernah tak bayar bayaran kat client depa. Aku pernah cashout dulu kat SINI. Cuma kena tunggu sebulan lebih lah kalau hampa cashout duit tu hujung bulan. Memang dalam perjanjian camtu. Selepas cashout, hampa tunggu sebulan, hampa akan dapat dulu email dari pihak bnak HSBC. Haa kalau dapat email tu, maknanya cek sudah terbang ke rumah lah. Contoh email dari HSBC



Lepas hampa dapat ja email dari HSBC tue, boleh la mula tersenyum sebab tu maknanya cek akan sampai tak lama lagi. Sepatutnya lepas dapat email dari HSBC, dlm 2 hari akan sampai cek ke rumah tapi memandangkan hari raya cina, cuti panjang plak kan, so posmen pon nak gak berehat ngan anak bini. Hahaha. Sampai lambat lah. Cek Nuffnang dan Churp-Churp aku pernah dapat dah dulu di SINI. Thanks abang posmen sebab hantaq dengan selamat cek aku. Cek di bawah. Besok baru nak p maybank untuk clearkan cek nie. Syukur2. :-)


Syukur dah banyak ni pon. Aku pon dah takmau men Nuffnang dah rasanya. Sebab nak try pakai komli pulak. Sapa-sapa nak taw benda apa komli tue dan cara nak daftar komli, hampa boleh tengok SINI. Blogger tue pernah buat tuto. Tapi kalau pasang komli nanti, Nuffnang hampa dah tak jadi Gliterati lah. Aku pasang pon dah x jadi Gliterati dah. Lantak lah. Nuffnang dah kedekut sekarang. Bukan sekarang ja, dah setahun lebih dah bersabar. Hihihi. Tengok plak Komli camna gaya. 

Kalau nak cepat simpan duit poket lagi, aku syorkan hampa daftar Says. Lagi masyukk dari churp-churp dan Nuffnang. Tapi kena rajin lah promote iklan dalam tue. Aku main says, tiap2 bulan jugak lah cashout. Alhamdulillah lepas duit topup ngan rokok. Okay, tu ja kot. Jangan lupa join GA okay SINI. Salam.


30 December 2012

Cara Cashout Nuffnang

Semalam entry aku pasal aku cashout Nuffnang, Churp-Churp ngan Says kan. So hari nie aku nak ajar plak camna nak cashout Nuffnang. Cara dia mudah ja hampa nak cashout duit Nuffnang tue. Tapi mesti la earning nuffnang hampa dah matang dalam tue melebihi RM50. Kalau RM49, still xleh kuarkan lagi. Okay takmau cakap banyak-banyak, meh ikut tutorial nie okay.

1. Bukak akaun Nuffnang hampalah kan. Pastue tekan bahagian earning kat tepi tue, ada button Cashout di bawah bahagian kanan. Ha tekan Button Cashout tue.

2. Then lepas tekan tue, automatik akan drop ke bawah dan keluaq maklumat pasal kita contohnya nama ngan alamat then poskod ruma kita. Benda nie penting. Sapa yang 1st cashout dari Nuffnang, sila pastikan maklumat alamat betul sebab pihak nuffnang akan hantar cek ke rumah kita. Kalau nak boh alamat aku dan nama aku pon boleh jugak. Hahahahahaha. Then tekan Confirm.

3. Sebelum tue, pihak Nuffnang akan caj RM1 taw untuk setiap proses pengeluaran duit. Alaa biasa la tue. Macam hampa guna kad maybank, p cucuk kat mesin ATM RHB, caj RM1 kan, ha camtue lah. 

4. Lepas kita tekan Confirm tadi, tunggu dalam beberapa saat, keluar benda hijau, dia tulis apa ntah. Hahaha. Dia tulis mcm kat bawah nie. Kalau tak nampak, click gambar untuk besarkan. :-)

5. So maknanya hampa kena lah tunggu 30hari kalau status nuffnang hampa Geli2, kalau tak, kena tunggu 60hari. :-) Aku kena tunggu 30hari jer. Peace. So earning hampa automatik akan menjadi 0 sen semula. Selamat menabung semula okay!
Contoh cheque dari pihak Nuffang --> TEKAN SINI
P/S : Sapa kata jadi blogger tak dapat duit? Hihihi.