30 August 2013

Punca KL Gangster 2 (2013) Bocor






Punca KL Gangster 2 (2013) Bocor | KUALA LUMPUR - "Kejadian ini merupakan satu pengkhianatan, rompakan dan sabotaj bagi kami (Skop Production)," tegas Datuk Yusof Haslam berhubung filem terbitannya, KL Gangster 2 yang kini bocor di internet.

Filem arahan Syamsul Yusof yang dibintangi Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Zizan dan Sofie Jikan itu sepatutnya ditayangkan kepada penonton di pawagam pada Oktober depan.

Akui kecewa dan terkilan dengan insiden itu, Yusof berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Selain laporan polis, beliau turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani masalah tersebut.

"Ia bukan perkara main-main kerana hal ini sangat serius. Apatah lagi ia kali pertama berlaku dalam sejarah perfileman.

"Saya tidak akan membiarkan mereka yang membocorkan filem ini terlepas begitu saja. Saya akan pastikan mereka akan dibawa ke muka pengadilan," tegasnya.


Menurut Yusof, anaknya Syamsul juga sangat kecewa dan terkejut kerana hasil titik peluhnya selama ini hancur begitu sahaja. Sementelah lagi filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan sepenuhnya.

Meskipun ada desas-desus mengatakan 'kebocoran' filem itu didalangi oleh 'orang dalam', Yusof bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

"Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu," katanya.

Beliau berkata, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat.

Menurutnya, filem yang berbentuk digital format itu senang untuk disalin dan dimuat naik terus ke internet untuk tontonan secara percuma.

"Sekarang dunia siber, petik saja jari kita boleh mendapat apa sahaja. Saya harap perkara ini dapat dijadikan iktibar untuk semua penggiat seni.

"Jangan mempercayai orang lain 100 peratus kerana mungkin ia akan memakan diri," katanya.


11 orang komen:

Anonymous said...

untuk abg syamsul. walaupon saya rakyat singapura tapi saya menyokong filem2 abg syamsul. jangan putus asa ramai lagi yang menyokong di singapura

khairulsyarafi said...

pergh mesti abang syamsul amat dan teramat terkilan....
jemput ke blog tgk manipulasi poster untuk jamuan pula :)

Anonymous said...

kesian..

Unknown said...

4.5 juta , tak dapat pulangan langsung , kesian syamsul

Cik Fie said...

kesian syamsul :(

Sukma said...

filem yang tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.....

Anonymous said...

awak anti kerajaan tapi awak sayang negara.
i'm proud of u :)

Unknown said...

cerita ni mmg best...nk tgok nnti..inshaa Allah..

from dairistira.blogspot.com

Unknown said...

Sabar jak la....

Blog Panduan Batin Suami Isteri said...

Filem ini dah kena cetak rompak sebelum di tayang? Kejam betul. Merosakkan periuk nasi orang je. Cuba la fikir sikit susah payah orang yang buat filem tu...betul tak?

wawa said...

bnyk brsbar jhe lha abg shamsul..cmua niyh psti ada hikmahnya..moga allah blas kjahatn org tu..relaks abg shamsul..rmai org lgi yg mnyokong abg shamsul..