11 August 2013

Kerani Sekolah Maut Di Bom




Assalamualaikum w.b.t

Seorang kerani sekolah maut selepas bungkusan dipercayai bahan letupan yang diambil di atas bumbung Naza Citra milik abang iparnya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, kampung periuk, di sini, kira-kira11 pagi tadi.

Mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32 dari Kampung Kenor, Kuala Krai putus kedua-dua pergelangan tangan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dilakukan mengenai bungkusan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

sumber --> TEKAN


P/S : Tembak dan bom letupan sudah biasa di Malaysia sejak akhir2 ini. Kes adalah terpencil selagi tak kena kepada pemimpin dan orang2 penting. Nyawa dah xda nilai sekarang. :-( 

mereka : Syukur malaysia masih aman xdak peluru berpandu dan kereta kebal.