10 June 2009

Selsema Babi (H1N1)


Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam, itik dan babi, terutama mereka dengan dedahan langsung, mempunyai risiko meningkat pada jangkitan zoonotik dengan virus influenza endemik pada haiwan tersebut, dan membentuk populasi hos manusia dalam mana zoonosis dan penyusunan semula boleh berlaku serentak. Transmission of influenza from swine to humans who work with swine was documented in a small surveillance study performed in 2004 at the University of Iowa. Kajian ini antara lain mencadangkan mereka yang bekerja mengendali ayam, itik dan babi mesti dipantau bagi kesihatan awam. Wabak selesema babi 2009 kelihatannya penyusunan semula beberapa strain virus influenza A subjenis H1N1, termasuk jenis influenza manusia dan dua jenis wabak pada babi, dan juga influenza burung.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa simptom dan penyebaran selesema babi dari manusia kepada manusia sama seperti selsama bermusim. Simptom biasa termasuk demam, lesu, kurang berselera dan batuk, dengan hidung berair, sakit tekak, mual, muntah dan cirit-birit turut dilaporkan.Ianya dipercayai bahawa penyebaran dikalangan manusia adalah melalui pesakit batuk atau bersin dan menyentuh sesuatu yang mempunyai virus sebelum menyentuh hidung dan mulut mereka sendiri. Selesema babi pada manusia adalah paling berjangkit dalam tempoh lima hari pertama penyakit sungguhpun sesetengah orang, kebanyakannya kanak-kanak, mampu kekal berjangkit sehingga selama sepuluh hari. Diagnosis boleh dilakukan dengan menghantar contoh, diambil dalam tempoh lima hari pertama, kepada CDC bagi analisa.


Spark Pesan ::: Dulu Selsema Burung,,Sekarang Selsema Babi plak..nanti Selsema Cipanzi Anak Sedara Tenuk!!

0 orang komen: