27 June 2009

Planet Seperti Bumi Ditemui !!


Baru-baru ini, sekumpulan ahli astronomi telah menemui planet seperti Bumi. Lebih menarik lagi, mereka bukan sekadar menemui satu, tetapi dua planet yang saling berjiran di dalam satu sistem bintang yang dinamakan Gliese 581. Sistem bintang Gliese 581 terletak kira-kira 20.5 tahun cahaya dari Bumi.

Kedua-dua buah planet tersebut dinamakan sebagai Gliese 581 e dan Gliese 581 d. Apa yang menarik sekali, kedua-dua buah planet tersebut merupakan exoplanet yang terkecil pernah dikesan setakat ini dan kedua-duanya juga merupakan planet jenis batuan.

Planet Gliese 581 e hanya mempunyai jisim 1.9 kali ganda berbanding Bumi. Namun begitu, kedudukannya agak hampir dengan bintangnya menjadikannya ia sebuah planet yang amat panas dan kurang sesuai bagi menampung kehidupan.

Manakala, Planet Gliese 581 d yang ditemui lebih awal terletak pada zon kehidupan berdasarkan jarak dengan bintangnya seperti Bumi dengan Matahari sekaligus berpotensi untuk menyokong kehidupan.

Menurut Michel Mayor, seorang ahli astrofizik dari Geneva University, Switzerland mengatakan bahawa Planet Gliese 581 d bukan sahaja sebuah planet batuan, ia turut dipercayai mempunyai air dan lautan yang besar dan dalam. 'Amat mustahil sesebuah planet sebesar itu dengan hanya batuan tanpa sebarang cecair' -tambahnya lagi.

Penemuan terbaru ini menjadikan jumlah exoplanet yang berjaya dikesan ialah 350 buah planet. Sebelum ini, kebanyakkan planet yang ditemui merupakan planet gas gergasi yang mempunyai saiz dan jirim 1000 kali ganda berbanding sekarang atau sekurang-kurangnya sebesar Planet Musytari. Kedua-dua buah planet tersebut dikesan di European Southern Observatory's telescope di La Silla, Chile.

SparkPesan ::: Nanti aku ingat nak g buat perumahan kos rendah la kat situ..nanti aku sewakan untuk korang k!!

0 orang komen: