Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

18 May 2013

Wajah Wanita Jepun Ini Di Penuhi Lipas



Assalamualaikum w.b.t

Banyak yang menilai bahawa lipas itu menjijikkan.  Bahkan ada orang yang hanya mendengar kata 'lipas' sahaja sudah muntah-muntah. Sebenarnya kenapa lipas dianggap menjijikkan? Padahal kecoa juga termasuk serangga seperti kupu-kupu yang disukai banyak orang. Saya pun tidak tahu, apakah kerana bentuknya atau tempat tinggalnya, atau yang lain?Nah, apabila banyak orang yang menganggap lipas adalah serangga yang menjijikkan dan tidak mahu mendekatinya, maka berbeza dengan wanita yang pertama ini.

Ia bahkan menyayangi lipas layaknya binatang peliharaannya. Unik kan?Shoko nagawa yang dikenali juga sebagai Shokotan adalah seorang wanita dari negara maju, Jepun. Ia muncul di salah satu saluran tempatan dengan menunjukkan kelebihan yang tidak biasa. Ia mengejutkan para penggemarnya dengan kepala yang ditutupi oleh lipas.










P/S : credit gambar kat tabekpuang.blogspot.com


23 April 2013

Ramainya Dia Berpoligami !! Ada 39 Isteri!



Assalamualaikum w.b.t

Keluarga ini bukan di negara China, mereka tinggal di utara india yang hampir dengan negara China. China ada polisi 1 keluarga 1 anak. Tak boleh lebih-lebih nanti anak kena bunuh.Si suami , Ziona Chan mempunyai 39 isteri, 94 orang anak dan 33cucu. Mereka sekeluarga tinggal bersama dalam rumah yang bentuknya tak ubah seperti asrama. 




21 April 2013

20 Tanda Seorang Lelaki Itu Dicintai Jin Betina




Ada beberapa tanda atau simtom menunjukkan seseorang lelaki itu dicintai oleh Jin betina atau disebut oleh perawat Islam sebagai jin asyik. Mari kita bersama-sama mendapatkan kefahaman tentang perkara ini.


1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.

2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.

3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya).

4. Anda suka bersendirian berjalan malam.

5. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.

6. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.

7. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.

8. Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga. Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…

9. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.

10. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata. Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya. Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.

11. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.

12. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.

13. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan. Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.

14. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.

15. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.

16. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda. Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.

17. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.

18. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya. Soalnya, selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.

19. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman. Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.

20. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki.…dan sebagainya…


Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat. Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda. (Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)

Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina. Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.

Cara terbaik untuk menghindari dari dicintai dan dipengaruhi oleh jin betina atau jin asyik ini ialah dengan memperbanyakkan amalan agama, tidak tinggal solat, rajin membaca al Quran, sentiasa berzikir dan sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Elakkan dari memyimpan atau menggunakan benda2 pelik seperti barang-barang lama, cincin yang dijampi serapah, mempercayai perkara khurafat, melakukan amalan syirik dan jauhi perkara-perkara yang ditegah oleh agama.


17 April 2013

Tradisi Kecantikan Paling Menyiksakan



Assalamualaikum w.b.t

Beauty is pain. Istilah bahawa menjadi cantik itu menyakitkan mungkin tak berlebihan. Menilik sejarah, amalan-amalan ekstrim telah terakam dalam tradisi kecantikan di pelbagai belahan dunia.

Ini beberapa amalan ekstrim di dunia kecantikan tradisional, seperti dipetik dari laman roadtickle.com:

1. MENGECILKAN KAKI

Tradisi ini diamalkan sejumlah wanita kelas pertengahan dan atas di China sebelum abad ke-20. Sejak usia 5-8 tahun, mereka mengikat empat jari kaki, kecuali ibu jari, ke bawah telapak kaki. Kain yang digunakan untuk mengikat kemudian dijahit untuk mencegah pertumbuhan empat jari tersebut dan membiarkannya menyatu dengan telapak kaki.

Dalam budaya mereka, bentuk kaki kecil adalah lambang kecantikan wanita. Bahkan, boleh meningkatkan ghairah seksual lelaki. Demi mendapat kehormatan di tengah-tengah masyarakat, mereka rela mengalami patah tulang dan jangkitan semasa proses pengikatan.


2. MEMANJANGKAN LEHER

Bagi suku pedalaman di Paudang, Thailand, memiliki leher panjang akan terlihat anggun dan cantik. Atas nama kecantikan, mereka nekat melakukan hal ekstrem dengan mengenakan kumparan logam di leher. Seiring pertambahan usia, kumparan ditambah sehingga tulang leher bertambah panjang alami.



3. PEREGANGAN BIBIR

Bagi suku Mursi di Ethiopia, lambang kecantikan bukan leher panjang, melainkan bibir lebar. Tradisi yang dikenali dengan istilah ‘Labret’ ini dilakukan dengan cara membuat lubang di bahagian bawah bibir semacam tindik selebar 1-2 sentimeter. Lalu, meletakkan seperti piring bulat di dalamnya.

Setiap dua hingga tiga minggu, mereka mengganti piringan dengan diameter lebih besar. Ini berlangsung hingga dia bibir mencapai 15-25 sentimeter. Tradisi ini biasanya dilakukan para wanita sejak usia 13-16 tahun, atau menjelang perkahwinan



4. KORSET EKSTRIM

Penggunaan korset jangka panjang yang superketat boleh menghasilkan pinggang kecil. Penggunaan korset ini bahkan boleh mengurangkan ukuran pinggang wanita sebanyak 7-10 inci secara semula jadi. 

Kaum wanita pada abad ke-19 dan 20 banyak yang melakukan teknik meratakan perut dengan cara ini. Padahal cara ini sangat berisiko menyebabkan rusuk retak, kerosakan organ, dan masalah pernafasan.

P/S : Macam-macam betul adat budaya di luar sana :-)


Remaja Perempuan Sebelum Dan Selepas Menjadi Kurus



Assalamualaikum w.b.t

Emma Day (18) ialah seorang gadis remaja yang berasal dari Dewsbury England. Sejak berumur 13 tahun beliau mempunyai masalah berat badan yang pernah mencecah 90 kilogram. Tetapi selepas mengubah tabiat pemakanan, Emma kini berjaya menurunkan berat badan beliau ke 50 kilogram. Beliau kini bercadang memasuki pertandingan Miss Teen Queen UK.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



P/S : Perghhh terus cantik tu. Hihihi. Betul2 diet nie.


13 April 2013

Belut Masuk Ke Dalam Dubur Dan Bergerak Di Dalam Perut





Assalamualaikum w.b.y

IMEJ sinar-X menunjukkan belut dalam perut lelaki itu.

Guangdong : Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat. Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno.

Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: “Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya.” Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.


“Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.

“Lelaki itu bertindak ***** dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam,” kata anggota pasukan perubatan itu.

“Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan,” kata jurucakap polis. - Daily Mail

P/S : Eeee gay! geli geleman.


10 April 2013

Bahaya Jilatan Serigala



Assalamualaikum w.b.t

Di Guizhou China, seorang lelaki berusia 64 tahun kelihatan mempunyai gigi seperti tumbuh diluar bibirnya malah bahagian bibir atasnya juga kelihatan hilang. Berdasarkan kisahnya, lelaki tersebut pernah mendaki gunung ketika berusia 11 tahun dan terserempak dengan seekor serigala. Serigala tersebut tidak menjadikannya makanan tetapi hanya menjilat bibirnya. 

Atas insiden itu, dia dipercayai terkena jangkitan penyakit dan terpaksa mendapatkan rawatan. Kesannya adalah seperti mana yang berlaku padanya hari ini. Keadaan mulutnya yang sebegitu menyukarkan kehidupan sehariannya seperti untuk makan atau bercakap dengan orang ramai.




P/S : Kat china nie banyak betul benda pelik nie.


09 April 2013

Kisah Benar 20 Tahun Merana Diganggu Dan Dirogol Oleh Jin



Assalamualaikum w.b.t

Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan oranglain), atau atas faktor keturunan.

Seorang guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak) kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal).

Khabarnya semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan itu agak menyukarkan juga. Petik suis lampu tidak menyala, terdengar bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentum dan bergegar.

Hal itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam).

Di waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur. ‘Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling’

“SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup ‘mengorbankan’ keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam.”

Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:

Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.
Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.

Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.

Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.
Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.
Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.

Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.

Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.
Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.

Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.
Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.
Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada ‘belaan’ keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah.

Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.
Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.

Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk – selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.
Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:
“Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai ‘wali’ ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan ‘khadam’ untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

“Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

“Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah,” katanya.
Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.
Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.

Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang ‘ia’ sudah mati dan hendak memeluk saya.
Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.

Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.
Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.

Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.
Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.

Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi ‘amalannya’ diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.
Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu.
Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.

Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.

Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat dan perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.
Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.

P/S : Seram baca.