Showing posts with label Logo Kemerdekaan 2012. Show all posts
Showing posts with label Logo Kemerdekaan 2012. Show all posts

27 July 2012

Lagu Tema Merdeka 2012 Macam Lagu Politik Jer




Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selesai sudah menunaikan kewajipan berpuasa pada hari ke-7. Syukur dengan rezeki yang ALLAH bagi. Amin. Tak lama lagi kita nak masuk ke bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan bagi negara Malaysia yang tercinta. Tetapi sejak dua menjak nie kecoh kontroversi pasal logo kemerdekaan tahun 2012 nie. Apit dah buat entry pasal Logo Merdeka 2012 sebelum nie. Sekarang heboh pulak di youtube pasal lagu tema Hari Kemerdekaan Tahun 2012. Korang boleh dengar di bawah nie. Dengar setiap lirik2nya.


Macam malam ikut siang
macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji APa? Janji 1Malaysia
Janji Siapa? Janji kita
Janji Apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
BR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

Hari tue kecoh kontroversi pasal slogan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 ‘Janji Ditepati’ yang didakwa hanya untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional (BN) iaitu kerajaan sekarang, kini lagu temanya turut menimbulkan persoalan yang sama. Lagu ‘Janji Ditepati’ yang dimuat naik dalam laman video sosial YouTube mengandungi lirik ‘Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi’ (awalnya berkempen). Lirik lagu 3:35 minit itu turut memuatkan baris ayat ‘Ini janji kita BR1M 1Malaysia’, ‘Kata kita dikota‘, dan ‘Kedai 1Malaysia’.
TEKAN JUGA SINI
Lagu tema merdeka bukan menaikkan semangat patriotik kepada rakyat Malaysia tetapi menjadikan rakyat menyampah dengan lagu tema tahun nie. Hari kemerdekaan adalah hari bagi seluruh rakyat malaysia untuk meraikannya, bukan hanya untuk sebelah parti politik mempromosi atau berkempen untuk parti mereka. Tak kiralah kerajaan atau pembangkang, hari merdeka adalah untuk semua rakyat malaysia. Slogan "Janji Ditepati" sebelum nie pown sudah mendapat reaksi negatif dari rakyat. Ia seperti tema untuk parti politik, dan bukan untuk lagu kemerdekaan.


Lagu Tema Hari Kemerdekaan Dari Arwah Sudirman Haji Arshad Tetap Menjadi Pilihan Hati
p/s : Kecewa dengan sikap segelintir pihak tertinggi yang hanya mementingkan diri sendiri :-(

24 July 2012

Hampehnya Logo Kemerdekaan Malaysia Ke-55! Patriotik Atau Politik?



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selamat sudah puasa kita hari ke 4. Skang nie heboh pasal logo merdeka tahun nie yang rasa2 nya sangat2 kreatif dan bijaksana. Wahhh! Aku sebagai freeleance designer berasa agak tercabar dengan logo merdeka negara kita tahun nie. Gila kentang hebat wey! Ehh kejap. mesti korang tak sabar kan nak tengok logo merdeka tahun nie. Kejap2, kita usha-usha dulu logo-logo merdeka yang lepas.


Cantik2 kan logo-logo merdeka yang dulu. Kreatif dan patriotik. Semangat jer dulu nak sambut Hari Merdeka negara Malaysia yang sangat ku cintai nie. Chewah! Bersemangat nie..tapi semangat terus hilang start dari logo merdeka telah dijadikan seperti logo parti politik. Ia bermula dengan pemerintahan Najib Razak. Korang tengok lah logo mereka yang start dari pemerintahan Najib pada tahun 2009.


Logo kemerdekaan dari 2009 mula dipolitikkan. Oh yeahh. Tak sabar dah ke nak tengok logo kemerdekaan tahun 2012 nie? Okay2 jangan terkejut taw. Sebab memang superb lah. Terbaik design nie. Sampai aku pown taktaw camna nak design logo nie. Eh logo ke nie? Paham tak maksud logo wahai pencipta benda yang aku taktaw nak pangil apa nie. Yang pasti, tak sesuai dipanggil logo. 

Tadaaaaaaaaaaa...........
Aku bagi sekali dengan maksud2 pecahan "logo" tue sekali.

Nie logo ke menatang apa? Tampal2 jer design? Ish3. teroknya. Macam artwork budak tadika. Kalau lah betul ini dijadikan logo merdeka tahun nie, alahai, aku hanya mampu tepuk dahi saja lah. Berat mata memandang, berat lagi bahu aku nak memikulnya. Apabila imej perayaan kebangsaan merendahkan taraf reka bentuk di Malaysia. Kami menerima seadanya logo merdeka terdahulu. Penuh dengan makna perpaduan, nasionalisma , perpaduan dan kesatuan. Tetapi yang ini, tidak sama sekali seandainya ia benar-benar gambaran logo merdeka negara tahun 2012. Memperlekehkan perayaan kebangsaan dengan imej rekaan yang memalukan.
Bagaimana hendak design Logo Merdeka 2012 di MICROSOFT WORD?
Pakai Microsoft office pun boleh bukan? Sekarang, semua orang boleh menjadi pereka logo, simple. Tidak perlu berfikir atau memerah otak untuk menghasilkan logo.
Bukan ke komputer designer kerajaan beriban2. Software canggih2. Tahap nie jer ke graphic designer kerajaan. Alahai. Memalukan betul graphic designer kat luar sana. Aku sendiri pown malu. Alahai. Malaysia oh tanah airku. Kuang3. Berita dibawah baru diterima tadi.
Lihat sini Juga --> http://bit.ly/T2TynB

Sumber dari : SINI

Contoh Artwork Logo dari salah seorang rakyat Malaysia
Gambar dari SINI

P/S : Tema kemerdekaan tahun nie pown rakyat dah boleh nilai sendiri. Ntah apa2. HARI KEMERDEKAAN adalah untuk rakyat malaysia. Jangan dipolitikkan pasal hari merdeka. Pembangkang ke, Kerajaan ke, semua rakyat malaysia. Mohon sila creatif dan inovatif dalam buat logo merdeka dan pohon sila tukar logo yang baru. Dari rakyat malaysia yang miskin lagi hina. Sekian.