ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Aku tetiba rasa nak bercerita kat dalam blog ni macam mana mula2 aku boleh terjebak dalam bidang blog dan bisnes. Aku mulakan dengan bidang blog dulu k!
Okay aku dulu study kat Politeknik buat diploma enginering. Pastu masa semester dua, ada la lecturer ni ajaq kami satu kelas. Nama Encik Sujairi kalau x silap aku. Ajaq punya ajaq, macamana dia boleh pi masuk bab blog ni pon aku taktaw. Seingat aku lah, dia ada sebut pasai google adsense time tu. Normal lah sebagai student, dengaq pasai duit2 ni, mula lah berangan. Dia kata dia dapat beratus gak lah dalam sebulan hasil dari dia buat blog tu. Then dia bagi link blog dia. Aku pon dah lupa apa blog dia. Abaikan.
Then aku pon dah semester 3, wajib bebudak Politeknik akan pi Latihan Industri kat company mana2. Aku ingat lagi, time tu Jun 2009. Aku buat praktikal kat satu company repair computer yang agak kedekut dari segi duit elaun. Sekupang pon aku x dapat. Tapi dapat gak ilmu2 dari staf dalam tu. So kat situ, aku xdak la buat apa sangat pon. keja pon x banyak. Memang menghadap laptop lah kejanya. Masa tu plak mak aku belikan aku laptop. 1st laptop aku lah kiranya. Hampa belek2 lah entry dulu2 aku. Nanti jumpa lah entry2 tu. Aku pon dah x ingat.
Masa tu lah aku mula berjinak buat blog ni. Dulu blog aku ni nama mp3spark.blogspot.com. Konon berangan nak buat mcm lectrer aku tu lah. Bila orang klik, masuk duit. Itu yang aku paham. Aku pon buat lah google adsense bagai tu padahal haram apa aku xpaham. Aku buat konsep orang download mp3 dalam blog, aku dapat duit. Apa ke bodoh time tu. Masuk duit celah mana ntah. Hahaha. Then aku suh la membe aku try klik google adsense yang duk kat sidebar tu. Perghhh masuk 0.02 sen bro. Gila bapak. Sonok gila time tu. Terus berangan sebulan dapat RM100 ke RM200 ke tapi sayang, setahun baru 0.06 sen. Kah3. Lepas abes praktikal, aku terus stop main blog. Bersawang setahunnnnnnn...
Aku kembali berblog pulak pada tahun 2010 kalau x silap aku. Aku x ingat.Hujung tahun 2010 atau 2011 rasanya. Time tu aku pon dah abes belajaq. Angan2 nak sambung belajaq lah kononnya. Degree. Tapi disebabkan aku ni agak pemalas nak hafal2 buku ni, aku pon tetapkan niat nak cari kerja. Tapi aku x start lagi buat blog ni. Cari punya cari kerja, xdapat. Masa yang sama, bapak aku ada bukak kedai makan. Aku kerja kat situ dulu sementara dapat kerja lain. Macam biasa, dulu bila aku cuti, aku mesti akan balik kampung jumpa sepupu2 aku.
Kat kampung, aku tengok sepupu aku nama Fasiha, asyik bebenor dia menghadap laptop duk hias2 blog dia. Duk coding2 bagai. Aku paham lah sikit2 coding2 tu sebab aku belajaq dulu. Then dia duk asyik bukak blog lyssasecret ngan wan hazel. Aku pon syok bebnor tgk benda2 comey mcm blog wan hazel tu. Tutorial lak banyak boleh belajaq kat blog lyssasecret. Sepupu aku cakap, wan hazel ni amik upah buat2 katoon ni. Topup rm5 ke, rm10 ke. Haa aku pon memang memerlukan duit, aku pon nak try juga lah buat blog.
Aku pon search balik aku punya email n pasword blog aku ni. Yela, bertahun tak bukak kan. Lepas bukak, mula lah, asyik nak menghadap ja lah blog. Hias sana, hiasa sini, letak lagu, letak video bagai. Memang menyemak gila beb. Tapi hampa jangan ingat masa ni aku reti guna Adobe Photoshop. Aku LANGSUNG TAK RETI GUNA PHOTOSHOP. Software tu pon x wujud dalam laptop. Masa di poli, memang minat. Mintak kawan ajarkan. Tapi dia ajar pon nak tak nak jer. Biasa lah kan. Manusia. Hahahhaa. Then aku mula belajar sikit2 lepas install Photshop. Belajar dalam blog wan hazel. Sumpah! memang susah beb. Nak buat muka orang, jadi muka rosmah. Tak boleh jadi ni!
Di sinilah aku bermula.........
Aku macam best tengok orang edit2 bagai ni, aku pon terjumpa dalam satu forum (aku dulu suka baca2 forum nie) terjumpa satu DVD Top Secret Adobe Photoshop. Beginner to Expert. Aku pon beli lah DVD ni. Kat sini lah aku belajar function2 dalam photoshop nie. Tapi just hobi time tu. Lama2 aku pandai lah sikit2. Aku banyak buat manipulation dulunya. Pergi kerja, xda customer mai, duk mengedit lah kerja aku. Sampai menu kedai makan bapak aku dulu pon aku yang edit. Tapi edit guna software apa ntah. Bukan photoshop. Then pada satu hari, awek aku (dah jadi isteri sekarang ni) mengeluh sebab duit x da nak buat lesen. Jenis aku plak x leh dgr kalau orang ada masalah. Tambah2 lagi orang yang aku sayang, mula lah pikir nak bt camna. Aku pon cukup2 makan time tu. Yela, kerja pon xda. Duit upah kerja ngan bapak aku habuan topup jer. Hoho.
Aku mula belajar buat kartun bodo. Katoon bodo lah aku panggil sebab mata pon senget. hahaha. Tapi ada juga yang suka dengan hasil kerja aku. Aku pon mula jual dengan harga RM5 utk satu katun. Akaun bank pon xda, so aku suh depa topup jer lah. HAHAHAA. Lama2 aku mcm dah pandai sikit, aku terus beralih dari mencari kerja bahagian engineering electronic, terus mencari kerja dalam bidang graphic designer. Satu habuk company xmau amik aku. HAMPEH. Sebabnya, aku xdak sijil dalam bidang tu,. FUCK! Sabo ja lah.
Kalau nak taw, aku dulu hampir 15 company aku pi interview, tapi semua xdapat. Company terakhir aku pergi, aku dah nekad, kalau x dapat jugak, memang aku x kan cari kerja lagi smpai bila2. Frust menonggeng lah kiranya. Si isteri tersayang iaitu awek pada masa tu suh sabaq. Takdak rezeki lagi katanya. Tension aku, dah la takleh tolong awek aku, sekali ngan aku xdak kerja. Aiyaaaa.
Hari demi hari aku terus berblog. Daripada follower aku 37orang sampailah sekarang... Aku sentiasa update blog aku dulu. Dan blog aku start dikenali bila Osama bin Laden kononya Amerika cakap depa dah berjaya bunuh dia. Pastu keluar papaer bagai. Aku tengok betul2, macam gambar edit. Aku pon kaji kaji dan kaji. Dan terbukti gambar edit. Aku pon buat artikel editing Amerika kat entry tu. Perghh meletup bog aku waktu tu. Sampai tv3 pon amik gambar2 aku buat contoh dalam tu siarkan di tv. Bangga lah kejap kan. Tapi xda la bagi credit bagai. Haa time ni banyak lah follower aku satu persatu follow blog dan banyak komen2 di blog. Best dapat komen kot!
Aku pon mula hias blog aku lawa2 dan terus menukar domain www.fizgraphic.com hasil pendapat dan pandangan serta pertolongan Puan bee. Blog aku hari demi hari dikenali oleh orang. Aku mula cari satu idea utk orang senang buka blog aku. Aku mula mengajar orang tentang ilmu photoshop. BASIC. Aku siang malam buat tutorial photoshop. Sambutan memang menggalakkan. Hepi giler time tu. Ada macam2 request aku terima dari follower aku..
Start dari itu aku mula menjana duit dari Nuffnang dan Churp-Churp.. Beratus-ratus aku dapa colect. Tapi itu dulu, sekarang aku dah x letak apa2 jenis iklan dalam blog aku. Aku anggap duit dari iklan2 tu semua macam x yakin jer nak amik. Sebabnya kadang2 tu keluar iklan artis freehair promote syampuu lah. Bukan artis luar, tapi artis kita wey. Eee insaf2. Lupakan bab tu. Itu pendapat aku. So setahun lebih gak lah aku buat tutorial photoshop, freebies kartun..tutorial blog, macam2 lah.
Dan macam mana pula aku boleh berkecimpung dalam bidang pernaiagaan sekarang nie? Macamana aku mulakan...??
BERSAMBUNGG....
6 orang komen:
Seronok tgok apit buat bisnes..mcm2 ad...nk join tp x pandai nk mula..heheh...
semoga terus berjaya.. :)
Rezeki datang dengan usaha..alhamdulillah
perhh...ak rasa macam da lama giler x nampak ko menulis kat blog nihh....busy ngan business sokmo...thus ak xtau ko da kawen dude...n yup ak stuju ngan cara ko...ak dedulu pun x reti gak photoshop/css/html/coding bagai ni sebab bukan bidang ak..tny mber cam nak x nak je ajar...n last skali google/youtube/fb group...nahh itu laa cikgu nk belajarnya...yg penting niat nk blajar n x putus asa ye dak...keep it up bro...
belajar dari bawah. begitu la kan.. sekarang dah berjaya.. 1 hari dapat jana lebih 100+++ ... good luck apit..
bersemangat semula bila baca entry ni. saya ni dah create berapa blog ntah, semua berhenti tgh jalan.. GST nak naik ni kenalah betul2 tekad nak setup blog.. anyway, terima kasih di atas perkongsian en.fiz
Post a Comment