Assalamualaikum w.b.t
Lagi satu omputih duk buat gila. Pernah hampa berangan nak dengaq lagu selepas mati? Hahahaha. Macam-macam omputih nie buat. Nie ada satu ciptaan yang depa buat iaitu CataCoffin. CataCoffin nie sebuah keranda yang mempunyai sistem audionya tersendiri dari sweden. Dengan hanya USD 35000 (RM 107 800) anda boleh mendapatkan sistem audio CataCoffin yang terdiri dari keranda dengan speaker 2.1 dan batu nisan dengan skrin sesentuh LCD. Batu nisan akan dilengkapi sistem internet dan cakera keras yang menempatkan playlist lagu yang boleh dipilih untuk dimainkan di dalam keranda. Kerana ianya sentiasa di atas talian rakan hampa yang boleh memilih lagu yang boleh hampa dengar di liang lahad. Hahahahahaha.
P/S : Takda keja Mat Saleh nie. Selalu buat benda sia-sia. Aku rasa tak sempat depa nak bukak lagu Linkin Park, Malaikat Mungkar dan Nangkir terus datang menyoal. Hahahaha.



































