09 September 2016

Bitcoin tu apa??




ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Anda akan mengenali apakah itu bitcoin melalui artikel ini. Jadi selepas ini, anda akan betul-betul faham tentang Bitcoin dan kelebihannya.

Di dalam artikel ini, saya tidak mahu membuat anda pening kepala dengan segala terma dan bahasa yang berbelit-belit. Secara dasarnya, anda perlu memahami apakah Bitcoin :

• Bitcoin adalah emas digital atau matawang.
• Matawang dan emas adalah berbeza sifat.
• Bitcoin tidak dimiliki oleh mana-mana negara atau syarikat.
• Konsep bagi duit adalah ia boleh dicetak tetapi konsep bagi emas dan bitcoin adalah sama iaitu tidak boleh dicetak dan ia hanya boleh dilombong.
• Bitcoin dilombong secara digital.
• Bitcoin sudah semakin diterima oleh kebanyakan syarikat bermula dari syarikat kecil hinggalah kepada syarikat gergasi seperti Microsoft, Virgin Airlines dan Expedia (membeli tiket penerbangan dan tempahan hotel), Sony, Mitsubishi, dan lain-lain lagi.


• Sekiranya anda obses mengenai pelaburan emas dan betapa memikirkan bahawa emas suatu hari akan naik lebih dari 1000%, janganlah anda terkejut apabila mengetahui

Tahun 2011, 1 unit Bitcoin = RM59.11
Hari ini (9/9/2016) 1 unit Bitcoin = RM2,547

(melebihi 1000% dalam waktu 5 tahun) dan nilai ini akan terus menaik.
boleh rujuk harga semasa www.xe.com

• Perniagaan menggunakan emas telah dipraktikkan sejak azali lagi. Sekarang adalah masa untuk menggantikan wang kertas dengan bitcoin yang menggunakan konsep yang sama dengan emas.
• Kesedaran mengenai bitcoin masih sangat minimum bukan sahaja di dalam negara tetapi secara global.
• Di dalam post yang seterusnya, kami di Bitcoin Malaysia akan mengulas dengan lebih lanjut tentang kelebihan Bitcoin berbanding dengan wang kertas, bentuk-bentuk Bitcoin (anda pasti terkejut nanti) selain berbentuk digital, bagaimana untuk membeli dan menjual Bitcoin serta bagaimana untuk menyimpan Bitcoin.


Kebaikan Menggunakan Bitcoin :

1. Tidak perlu membuat transaksi melalui bank.
Sekiranya sesuatu transaksi dibuat melalui bank, anda akan dikenakan caj dari bank, sama ada kadar tetap atau peratus daripada jumlah transaksi anda. Ipay 88 mengenakan caj sebanyak 3% daripada jumlah transaksi anda. Sekiranya anda membuat transaksi sebanyak RM 1000.00 , anda harus membayar caj sebanyak RM 30.00. Dengan menggunakan Bitcoin, kita dapat mengelak daripada dikenakan caj seperti ini.


2. Mudah, cepat dan senang untuk membelanjakan wang di seluruh dunia.
Konsep yang digunakan ialah “cashless expenditure” iaitu membuat pembelian menggunakan kaedah elektronik. Bitcoin diterima di seluruh dunia. US Dollar pun tidak diterima di seluruh dunia. Sekiranya seseorang itu pergi ke luar negara, dia boleh menggunakan Bitcoin sebagai matawang elektronik supaya tidak perlu menukar matawang untuk membeli belah.


3. Boleh dikeluarkan di ATM yang terpilih.
Bitcoin boleh dibeli ataupun dijual di mana mana ATM di negara- negara yang menyediakan perkhidmatan ini. Di Malaysia, buat masa sekarang terdapat 2 tempat yang menyediakan perkhidmatan ini, iaitu di Gurney Plaza dan Bangsar Shopping Centre. Pengguna Bitcoin boleh membeli dan menjual Bitcoin dengan lebih mudah dengan menggunakan Bitcoin ATM.


4. Tiada mana-mana pihak yang boleh mengawal aliran wang anda.
Pengguna Bitcoin mempunyai hak penuh ke atas Bitcoin yang dimiliki oleh pengguna itu sendiri. Sekiranya di akaun bank anda terdapat RM10,000 , adakah semua RM 10,000.00 duit anda? Menurut laporan, hanya 8% adalah duit anda. Maksudnya hanya RM 800.00 adalah duit anda , yang selebihnya digunakan oleh bank untuk memberi pinjaman kepada peminjam bank


5. Boleh mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik.
Dunia akan menjadi tempat yang lebih aman dan selamat kerana tiada transaksi wang, semuanya secara elektronik dengan menggunakan Bitcoin. Bitcoin dapat menjamin keselamatan seseorang daripada dirompak atau dicederakan . 


6. Boleh digunakan di mana-mana tempat termasuk pusat beli-belah dan sebagainya.
Bitcoin boleh digunakan semasa membeli belah dengan lebih mudah kerana amaun yang perlu dibayar boleh dibayar dengan menggunakan Bitcoin. Bitcoin juga boleh digunakan semasa berurusan dengan Expedia, Microsoft, Apple dan lain lain lagi.


7. Anda tidak perlu menyerahkan maklumat peribadi dan kami menjamin hak peribadi anda terpelihara.
Dengan menggunakan Bitcoin, hak peribadi anda tidak akan didedahkan kepada pihak bank sepertimana yang dibuat sekiranya anda mempunyai kad kredit. Anda akan “remain anonymous”. Sekiranya anda mempunyai kad kredit atau kad debit, maklumat peribadi anda akan disimpan oleh pihak bank. Ada kemungkinan akaun anda boleh digodam, menyebabkan akaun anda kehilangan duit atau kad kredit anda dimanipulasi oleh pihak atau individu tertentu.


KEUNTUNGAN :
1. Dunia akan menggantikan wang kertas dengan Bitcoin
Adalah dijangkakan pada tahun 2025, semua transaksi yang dibuat akan menggunakan Bitcoin sebagai medium transaksi. Pada masa itu, matawang yang digunakan sekarang tidak akan ada nilainya. Oleh itu, segeralah anda menjadi seorang pemilik dan pengguna bitcoin.


2. Lebih dari 100 ribu perniagaan di Amerika Syarikat. menggunakan Bitcoin sebagai matawang utama.
Buat masa sekarang, sudah lebih daripada seratus ribu perniagaan di Amerika Syarikat termasuk nama – nama besar seperti Expedia, Microsoft, Apple, dan Intel mengutamakan Bitcoin sebagai medium transaksi mereka. Jumlah perniagaan yang menggunakan Bitcoin kian meningkat saban hari.


Sok aku ajaq camna nak register wallet BITCOIN sendiri.


1 orang komen:

matdin said...

pernah dengar.. tapi tak faham sangat.. hehe...


jom jenguk sini ya.. hehe