Assalamualaikum w.b.t
Okay, aku asa dah genap setahun kot aku x menaip kat blog ni. Yelah, aku banyak update pasal artwork-artwork aku ja kan. Aku kan designer, bukan penulis novel atau penulis skrip filem Hantu Kak Limah. Hohoho. Okay sapa yang follow aku di facebook, mesti dah taw pasai pernikahan aku 4hb June tempoh hari. Hari ni genap sebulan aku dah bernikah. :-)
Sejak berbini ni, memang lain bebenor rasanya. Yelah dulu pi mana pon sorang ja kan. Lepak buat kerja pon sorang2 dalam bilik. Nak kuaq pi mana pon sorang. Sekarang ni semua berdua. Hahahaha. Pengantin baru lah katakan. Makan berdua, jalan-jalan berdua, design pon ada orang temankan. Inilah nikmat pernikahan. Alhamdulillah aku dah bernikah pada umur 24 tahun (sebenarnya 25, tapi besday lom sampai). Apa-apa pon aku berkahwin sempena dengan umur 25 tahun Nabi Muhammad berkahwin.
Tanggungjawab seorang suami memang besaq. Semua nak kena aku uruskan. Tempat tinggal isteri, makan dia, pakaian dia semua aku kena uruskan. Itulah tanggungjawab seorang suami untuk menyediakan itu semua. Alhamdulillah aku mampu lagi untuk sediakan tu semua. Pada orang muda, jangan takut nak berkahwin muda, best ooo. Jangan takut bab duit x cukup ka apa, rezeki akan datang setelah pernikahan. Dun wory. Serius aku cakap.
Setelah 3 minggu bergelar suami isteri, pastu bos besar bersuara mcm ada yang tak kena dengan badan dia. Terasa loya, pening2 kepala. Aku dah macam boleh agak. Tapi takpa, boh panadol. Lena. Then pada hari ke-3 berpuasa, lepas dari kami berbuka, pukul 10 malam, bini aku ajak kuaq makan angin sebab katanya pening kepala duk dalam rumah. Aku pon xkan nak biar ja kan, amik kunci, start kereta, bawak ja lah jalan2 makan angin.
Dalam kereta kami pon bersembang :
Aku : Satgi b singgah 7e, try beli tester yang pregnant tu, kot dah ada rezeki ka"
Bini : "Ish b ni, ada ka orang baru kawen teruih dah ada, orang pening kepala sebab banyak keja td"
Aku : Laaa awat plak xdak, tu la orang panggil bunting pelamin. Dulu kak2 b camtu lah.
Bini : Haa xpa, singgah ja lah satgi, tapi b turun beli.
Aku : Ish xmau lah, baby turun beli la. B segan la. Nak cakap apa nak beli tu.
Bini : Orang lagi la segan.
Aku : B laki, mana nak reti cakap nak beli camna menatang tu.
Bini : Ha orang beli. Satgi behenti. Tapi orang takut laa..
Aku : Takut pa xtaw. Beli2. (Dub dab dub dab)
Lepas beli, kami balik umah. Aku pon suh la pi test terus. Dia xmau. Esok katanya. Eeeee menguji kesabaran betul. Last2 dia pi check, then tetiba dia pangil..
ALHAMDULILLAH..betul ke ni aku nak jadi ayah dah. Wahhhh...Baby boy baby girl. Hohoho. Tak sabar tak sabar. Cepat betul ALLAH bagi rezeki anak kat kami. Aku terus peluk isteri tersayang. Menitis air mata dia. :-) Aku terus sujud syukur kepada ALLAH.
20 orang komen:
Assalamualaikum fizz. alhamdullilah murah rezeki awak.. syukur..jaga emosi isteri sepanjang kehamilan dia ye. hehehe
Tumpang seronok..Tahniah! ^____^
Tahniah apit..tu namanya rezeki..ada orang bertahun-tahun menunggu tau..hehe..sama macam kita jugak..
tahniah untuk keduanya. Alhamdulillah rezeki Allah bagi awal :) jaga isteri dan kandungan.
:D x tahu plak abg apit dh kawen. btw, double congratz :D
Tahniah apit..rezeki bulan puasa
alhamdulillah.. rezeki tu.. tahniah :)
nak jadik ayah dah..tahniah..
lama xmenjengahikut n ikut berita fiz. tup2 dah kahwin n bakal jd suami dah. haha tahniah2. :)
Tahniah Apit, sat ja noh ang nk jadi ayah dah..hehe..
semoga allah murahkan lagi rezeki ang apit. :)
rezeki bulan ramadan... tahniah...
Tahniah apit n wife.bestnya nak jadi mummy daddy :)
Alhamdululillah...murah rezeki...
Tahniah bro ;)
Tahniah apit.. semoga menjadi ayah yang baik mendidik anak yg soleh
Tahniah bro.. Rezeki di bulan Ramadhan.. alhamdulillah..
Alhamdulillah tahniah apit.. terharu dengar.. allah nak bagi cepat kan..:)
Congrats Apit ^^
wahh ! congratulation apit..
Tahun ni Dayah SPM , kira tahun ni tamai melawat sini pun . Hari ni , pagi ni , saat ni tetba nak melawat mai sini . Buka3, tgk header . Aik ada 2 doodle , laki perempuan . Dah ada marka ka ? scroll bawah . tgk sidebar tu "We Married". Har ? Suprised apa ni? Haha! Congrats! Semoga berbahagia di alam perkhawinan . N' Congrats dapat baby! Hope comel mcm pak ngn mak dia ^^
Post a Comment