Baca Entry Latest Nie Jugak!

31 July 2013

Template Raya Dah Siap! Mood Raya..



Assalamualaikum wb.t

Yeaa yeaa raya dah nak dekat. Hai tak sabaq dah haih nak bangun pagi2 raya makan ketupat. Hihihi. Terliuq dah aku bulan-bulan posa nie. Huh makruh. Semalam lepas sahuq aku tukaq template blog fizgraphic nie jadi mood raya. Haaa satgi aku nak tempek lagu raya plak. Baru mai mood raya tu syok. Dulunya template ramadhan yang aku highlightkan gambar masjid/rumah ALLAH yang indah tu. 


Okay sekarang nie dah bertukar terus dengan warna kehijaun. Ku lihat hijau. Tambah2 plak aku penyokong parti ISLAM iaitu PAS. Aku takmau sokong parti yang memperjuangkan bangsa semata-mata. Itu bangang namanya. :-) Marah pulak geng2 tu satgi. Hihihi. Lawa dak template baru aku la nie. Hihihi. Sejuk sikit mata memandang kehijauan nie kan. Alhamdulillah. 

Sedih rasanya nak meninggalkan bulan ramadhan nie kan. Entah tahun depan kita dapat berjumpa dengan ramadhan lagi atau tak. Moga aku dan hampa semua panjang umur dan dapat berjumpa dengan bulan ramadhan bulan yang paling mulia di sisi ISLAM. Islam adalah agama yang suci.


P/S : Kampung hampa tang mana? Share la sikit. Kampung aku kat Aloq Setaq.


29 July 2013

Jangan Beritahu Suami Saya’ Rayu Wanita Dicekup Khalwat Dengan Rakan Suaminya



* Gambar hiasan *

Assalamualaikum w.b.t

GEORGETOWN : “Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.

Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin.

Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.

Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.

Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.

Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.

Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.

“Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan,” katanya.

Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan.

Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran.

“Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap,” katanya sambil mengesat air mata.

Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.

Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.

“Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya.

“Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar,” kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa.

P/S : Mesti sedih suami dia. Kalaulah ada hudud.



28 July 2013

Tangan Bayi Tersepit Di Mesin Pengadun Kuih


Assalamualaikum w.b.t

Seorang bayi berusia 13 bulan nyaris maut apabila tangan kirinya tersepit pada mesin pengadun kuih di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, Mohd Uqshah Iman Ramli dipercayai bermain bersendirian berhampiran mesin pengadun yang berada di atas lantai.

Ketika kejadian, ibunya Maznah Osman, 37, yang juga pekerja kilang itu membancuh adunan kuih di kawasan berhampiran selepas berpesan kepada Mohd Uqshah supaya jangan menghampiri mesin.

Maznah berkata, pada mulanya dia melihat Mohd Uqshah bermain jauh daripada mesin itu sebelum terdengar jeritan kuat disusuli tangisan anaknya.

“Saya bergegas mendapatkan Mohd Uqshah dan mendapati tangan kirinya tersepit pada mesin yang masih berputar.

“Badannya turut bergerak sama dengan mesin itu, ia mengakibatkan tangannya bengkak selain mulutnya berdarah akibat terhantuk.

“Bagaimanapun, seorang pekerja segera menutup suis mesin,” katanya.

Menurutnya, walaupun suis dimatikan, tangan kiri Mohd Uqshah yang tersepit di antara tempat meletak bekas tepung dan badan mesin gagal ditarik keluar.
“Pengurusan kilang meminta bantuan bomba dan penyelamat, dan mereka terpaksa membuka skru untuk mengeluarkan bekas kuih itu terlebih dulu.

“Selepas hampir 20 minit, akhirnya tangan Mohd Uqshah Iman dapat dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, pemilik kilang Norhadidah Harun, 43, berkata, ketika kejadian dia di tingkat atas sebelum terdengar jeritan bayi.

Katanya, mujur seorang pekerjanya pantas menutup suis mesin itu kerana jika sebaliknya, bayi berkenaan mungkin berdepan keadaan lebih buruk.

“Mohd Uqshah Iman yang bengkak di tangan kiri serta mengalami pendarahan di mulut dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan,” katanya.

P/S : Baru setahun dah bawak g tempat keja. Bahaya. Hope semua selamat.


27 July 2013

Tenak Siput Babi Untuk Dijadikan Makanan



Assalamualaikum w.b.t

Siput babi adalah sejenis binatang yang berjalan sangat lambat dan berlendir. Di malaysia memang lah xda orang makan binatang nie. Tapi bukan di negara Latvia. Siput babi disana akan diternak dan akan dijadikan bahan makanan kerana di sana siput babi merupakan sejenis makanan bagi roang-orang disana. :-) Tepuk perut, tanya selera, selerakah anda? Hihi.
























P/S : Kenapa kita tak makan siput babi? siput sedut kita makan kan? Tak haram kan? Tapi dah budaya kita tak menjadikan dia sebagai bahan makanan, so tak makan lah. Islam pon x galakkan makan binatang yang kotor. Nie lebih kurang macam tikus lah. Kotor. Alaa contohnya telur lah. Kalau ikutkan kita boleh makan semua jenis telur, tapi gamak ka nak makan telur ular dan buaya. Hahahaha.


26 July 2013

Rakan Ajak Sara Amelia Tukar Agama Untuk Masuk Pertandingan Ratu Cantik


Assalamualaikum w.b.t

Sesetengah orang melakukan kesilapan kerana sudah tahu tapi mahu menegakkan benang basah manakala sesetengahnya pula, disebabkan jahil atau kurang arif tentang sesuatu perkara.

Bagi kesilapan disebabkan alasan kedua, maka peluang untuk belajar dan disedarkan harus diberi bukannya terus mengutuk atau mencaci. Apatah lagi dalam Islam, kita dianjurkan untuk menyayangi saudara seugama. Seperti firman Allah Taala:

“Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang”. (Al Hujuraat: 10)

Terdapat juga hadis dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda:

“Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya”. [HR Bukhari dan Muslim]

Maka dalam kes Ratu Cantik Malaysia yang sedang hangat diperkatakan sekarang, pendekatan berhemah seharusnya digunakan oleh masyarakat Islam negara ini setiap kalidi mana Allah Taala membuka seluas-luasnya peluang mendapat keampunan kepada memberikan komen apatah lagi di bulan Ramadan, hambaNya.

Apatah lagi dalam keadaan sekarang, keempat-empat gadis muslim yang digugurkan nama mereka daripada pertandingan Ratu Cantik Malaysia sudah tentu sedang gundah dan kecewa.

Hal ini kerana jika mereka benar-benar memahami Islam, sudah tentu dari awal mereka tidak akan memasuki pertandingan seperti ini. Malah ‘ketidaktahuan’ itu dibuktikan dengan kenyataan salah seorang mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, yang mendakwa fatwa melarang wanita muslim memasuki Ratu Cantik sudah ketinggalan zaman.

Maka sepatutnya, Sara dan 3 lagi peserta ini dipanggil oleh pihak yang sesuai, lalu diberikan penjelasan lanjut dari sudut agama mengapa wanita Islam dilarang memasuki pertandingan ratu cantik.

Maklumlah apabila isu agama diperkatakan secara umum dan berlandaskan logik semata-mata, ia sangatlah tidak kena. Bayangkan, individu yang bukan Islam (penganjur pertandingan – Datin Anna Lim) pun berani mengeluarkan kenyataan kepada orang Islam sendiri (Sara) bahawa dia akan berusaha bertemu Mufti Wilayah, Datuk Wan Zahidi bagi meminta penjelasan di bahagian mana dalam Al Quran menyatakan berdosa dan haram menyertai pertandingan ratu cantik.

Astaghfirullah, individu yang bukan Islam dan penganut Islam yang tidak dekat dengan agama pastilah akan bersandar pada logik semata-mata dalam mengulas isu agama sedangkan sesuatu yang halal dan haram di sisi agama tidak boleh dipertikaikan lagi!

Paling dibimbangi, pada saat-saat sekarang apabila sesama Islam lebih sibuk menyelar tindakan peserta ratu cantik yang seugama dengan kita ini, ada pihak luar mungkin mengambil kesempatan dari kerapuhan iman 4 wanita Islam ini. Lihatlah saja komen-komen yang dibuat rakan-rakan Sara di laman Facebooknya ini:



P/S : Semoga mereka dan kita semua mendapat hidayah-Nya. Amin. 


Design Kad Raya Bloggers



Assalamualaikum w.b.t

hai bloggers! Aku jarang nak update blog kan sekarang. Terasa macam nak stop blogging pon ada. Job design banyak sekarang. Nak handle blog pon tak sempat. Tapi setakat aku nak update pasal design-design boleh la. Nie ha aku nak tunjuk kad raya yang aku design nie. Kalau sapa yang follow facebook, mesti dia cepat ja update pasal nie. Kad raya fizgraphic tahun nie. 

Tadaaaaaa....

Aku nak bagi kat pengomen tegar blog fizgraphic. Tapi gadget pengomen tegar dah hilang. Hampa scrol la tengok kat tepi tu, dah hilang. Aku dah remove. Tapi xpa lah, aku pakai ja senarai pengomen tegar kat entry lepas2. Nasib baik hari tu ada updated. Nanti aku PM ja depa. Kepada bloggers lain. Nanti aku update entry minta alamat, hampa cepat2 alert naa kalau nak kad raya eklusif dari fizgraphic nie. :-)

PENGOMEN TEGAR SILA PM APIT
1. Link 1
2. Link 2
3. Link 3

Haa bawah nie plak kad raya bloggers femes. Alaa aku sebut nama pon mesti hampa kenai punya blogger nie. Aku designkan untuk mereka jugak. First sekali kakak bloggers nie. Sapa tak kenai kan ngan kakak kita sorang nie. Emas Putih --> TEKAN Top kot sekarang nie. Hampa nak kad dia, p mintak kat dia. Hihihi.



Kad yang bawah nie plak kad abang hensem kita blogger Syukri Tahir. Blog dia hot kot wey. Bukak nie --> TEKAN. Moh follow abg hensem tu. :-) Nak kad dia, p PM dia. Aku rembat dah sekeping sebab aku yang print. Lalalala.



Yang bawah nie plak kat Nabila Medan. Bloggers yang bagi aku sangat tegar dalam dunia blog nie. Aktif bebenar budak nie blogging. Moga terus success ye. Teruskan berblogging taw. Jangan stop. :-) Aku suka tengok header blog dia. Comel kot doodle tu. Mata comel. Tengok --> TEKAN. Tak rugi follow. Entry sangat menarik taw. :-)


p/s : Nanti ada lebih, aku publish minta alamat ye. :-)


23 July 2013

Peserta Islam Nekad Tanding Ratu Cantik




Assalamualaikum w.b.t

Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik. 

“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam. 


Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia. 

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya. 
Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.

P/S : Melayu oh melayu. Syukur Malaysia aman.


20 July 2013

Cara Untuk Mengerjakan Solat Taubat




Assalamualaikum w.b.t

Apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan ataupun dosa-dosa maka hendaklah dia segera memohon keampunan, bertaubat dan kembali kepada jalan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini telah diperintah oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana firman-Nya:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ

وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ

نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-Mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". - Al-Tahriim [66] : 8

Di antara perkara yang disyaria’tkan bagi mereka yang ingin bertaubat adalah mengerjakan solat Taubat.
DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT TAUBAT
Solat Taubat ini dikerjakan sebanyak dua rakaat dan ianya disandarkan kepada hadis daripada ‘Ali radhiallahu’ anh, dia berkata:


وَإِنَّهُ حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرٍ وَصَدَقَ أَبُو بَكْرٍ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَقُولُ: مَا مِنْ رَجُلٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا ثُمَّ يَقُومُ فَيَتَطَهَّرُ ثُمَّ يُصَلِّي ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ لَهُ

ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الْآيَةَ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ إِلَى آخِرِ الْآيَةِ.


Maksudnya: Abu Bakar telah menceritakan kepadaku (sesuatu hadis) dan Abu Bakar radhiallahu’ anh adalah seorang yang benar (al-Shiddiq), dia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidak seorang hamba pun yang telah mengerjakan sesuatu dosa, lalu dia mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, setelah itu (menyelesaikan solat tersebut) dia memohon ampun kepada Allah (atas dosanya tersebut), maka Allah akan mengampunkan dosanya. Kemudian baginda membaca ayat:


وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ

وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ


Maksudnya: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya) (Aali Imran (3) : 135). - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab Tafsir al-Qur’an, no: 2932.
WAKTU PERLAKSANAANNYA
Solat Taubat ini sebaik-baiknya dikerjakan sesegera mungkin setelah seseorang itu melakukan apa jua jenis dosa dan ingin bertaubat darinya. Ianya boleh dilaksanakan walaupun pada waktu-waktu yang diharamkan solat. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu’ al-Fatawa (jilid 23, ms. 215):

Seorang Muslim boleh sahaja mengerjakan solat Taubat pada waktu terlarang sebab taubat harus segera dilaksanakan setelah seseorang terjerumus ke dalam dosa, sementara untuk mengerjakan solat dua rakaatnya adalah hal yang disunnahkan. – rujuk Sholaatul Mu’min karya Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, ms. 317-318.
RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

P/S : I LOVE ALLAH S.WT :-) Alhamdulillah selesai bersahur. :-)


19 July 2013

Tempahan Sticker Bulat #1



Assalamualaikum w.b.t

Baru2 nie aku ada buat entry yang aku bukak tempahan sticker bulat kan. Size diameter 7 cm ngan 3.8 cm. Okay aku dah amik order dari customer-customer. So aku nak publish design lah kat sini. Sambil tu leh la promote bisnes customer nie sekali kan. :-)

Perniagaan : Shopping & Retail
200 pcs (Design + Printing + Cut Sticker + Postage)
Design : by Fizgraphic



Perniagaan : Kereta Sewa
Email : nsredcarrental.gmail.com
50 pcs (Design + Printing + Cut Sticker + Postage)
Design : by Fizgraphic



Perniagaan : Bakery
200 pcs (Design + Printing + Cut Sticker + Postage)
Design : by Fizgraphic

Untuk membuat Tempahan dan order Sticker Bulat / Custom Murah, boleh menghubungi facebook --> TEKAN untuk mendapatkan quatation harga. Atau boleh
WHATSAPP : 0135971979 

16 July 2013

Meja Yang Terapung Sendiri. Harga??



Assalamualaikum w.b.t

Serius style kot kalau ada meja nie. Unik taw. Meja nie ada keunikan tersendiri. Ia boleh terapung taw. Hahaha. Sebab yang meja nie boleh terapung sebab meja nie adalah magnet. Kan magnet bila bertemu arah yang sama, ia akan menolak satu sama lain. Haa camnie la reka bentuk magnet nie.




Info yg ada meja ni adalah A matrix of magnetized cubes. Hampa google lah sendiri cari sendiri no. Apa yang aku baca komen di forum carigold, harga dia $12 Ribu Dollar. Hahahaha. Katil pon ada gak, 1.6 million. Nak beli ka? Hahahaha. Gigit jari ler.


Tempahan Custom Sticker MURAH!



Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Okay aku bukak tempahan untuk sticker bulat plak. Sticker camnie memng sesuai untuk orang yang buat bisnes online atau offline sebab boleh lekatkan sticker di atas produk jualan kita.. Sekarang nie sesuai lah sebab nak raya kan, so dapat wish selamat hari raya kat customer dan sedikit sebanyak dapat mempromosikan produk jualan kita.

Apa saja jenis bentuk yang anda nak buat, semua boleh. Nak bentuk cake, bentuk love, scallop, bulat, betuk rambut rosmah, semua boleh buat. Anda cuma requested bentuk dan size ja. Perniagaan produk akan terus maju jika anda berusaha tetapi yang paling penting design kena menarik. KAN??








Minimum order adalah 100 pcs. Untuk quatation harga boleh email fizgraphic@yahoo.com.my atau terus ke facebook HafizzyAziz untuk kita bincang pasal harga dan kuantiti serta design yang anda mahukan.

TEMPAHAN CUSTOMER YANG LAIN
1. Design dan Printing Sticker #1
2. Design dan Printing Sticker #2
3. Design dan Printing Sticker #3
4. Design dan Printing Sticker #4
5. Design dan Printing Sticker #5
6. Design dan Printing Sticker #6
7. Design dan Printing Sticker #7
8. Design dan Printing Sticker #8
9. Design dan Printing Sticker #9
10. Design dan Printing Sticker #10
11. Design dan Printing Sticker #11
12. Design dan Printing Sticker #12
13. Design dan Printing Sticker #13
14. Design dan Printing Sticker #14
15. Design dan Printing Sticker #15
16. Design dan Printing Sticker #16
17. Design dan Printing Sticker #17
18. Design dan Printing Sticker #18
19. Design dan Printing Sticker #19
20. Design dan Printing Sticker #20
21. Design dan Printing Sticker #21
22. Design dan Printing Sticker #22
23. Design dan Printing Sticker #23
24. Design dan Printing Sticker #24
25. Design dan Printing Sticker #25
26. Design dan Printing Sticker #26
27. Design dan Printing Sticker #27
28. Design dan Printing Sticker #28
29. Design dan Printing Sticker #29
30. Design dan Printing Sticker #30
31. Design dan Printing Sticker #31
32. Design dan Printing Sticker #32
33. Design dan Printing Sticker #33
34. Design dan Printing Sticker #34
35. Design dan Printing Sticker #35
36. Design dan Printing Sticker #36
37. Design dan Printing Sticker #37
38. Design dan Printing Sticker #38
39. Design dan Printing Sticker #39
40. Design dan Printing Sticker #40
41. Design dan Printing Sticker #41
42. Design dan Printing Sticker #42
43. Design dan Printing Sticker #43
44. Design dan Printing Sticker #44
45. Design dan Printing Sticker #45
46. Design dan Printing Sticker #46
47. Design dan Printing Sticker #47
48. Design dan Printing Sticker #48
49. Design dan Printing Sticker #49

Untuk membuat Tempahan dan order Sticker Bulat / Custom Murah, boleh menghubungi facebook --> TEKAN untuk mendapatkan quatation harga. Atau boleh
WHATSAPP : 0135971979 

15 July 2013

Bongkar Rahsia Tarian Condongkan Badan Smooth Criminal Micheal Jacson



Assalamualaikum w.b.t

Hampa pernah tengok dah Michael Jackson menari yang condongkan badan dia ke depan sampai nak ke lantai. Mula2 dulu aku tengok, ish camna dia buat. Macam lawan graviti plak sebab x jatuh. Hahaha. Aku siap test buat dulu, confirm tersembam ke tanah. Ceh rupanya ada rahsia. Depa pakai kasut khas.


Cer tengok gambar bawah nie plak. Ada sorang mamat tu macam terlekat paku di kasut dia kan. Hahahaha. Kantoi di situ. :-) Apa2 pon memang terbaik lah. Hihihi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...