Assalamualaikum w.b.t
Hampa dah baca Laporan Audit Negara 2012 yang keluar beberapa hari lepas. Ya Allah Ya Tuhanku, banyaknya ketirisan duit. Memang kecewa sangat-sangat. Laporan daripada Ketua Audit Negara yang telah mendedahkan pelbagai macam perbelanjaan daripada kerajaan yang telah disifatkan memang langsung tak masuk akal dan telah memberi kesan kepada SEMUA emosi rakyat.
Aku kalau nak ikutkan memang alhamdulillah cukup apa yang aku dapat sekarang ni walaupun aku tak bekerja dan tak makan gaji ngan orang. Aku lah bos, aku jugaklah kuli. Kalau aku tak kerja, memang xdak lah duit. Diploma aku hanya disimpan di dalam file dan berhabuk. Interview sudah merata-rata tempat. Rata-ratanya gaji tidak setimpal dengan keadaan ekonomi sekarang. Lastly memang cari lubang buat kerja sendiri. Alhamdulillah setakat sekarang mampu lah juga. Tapi aku kasihan pada orang-orang susah kat luar sana. Sedih cari duit nak sara itu ini dengan keadaan Malaysia camnie. Aku ada terbaca pasal satu surat dari seorang rakyat Malaysia yang amat sedih pasal Laporan Audit Negara 2012.
Menurutnya, sebagai seorang rakyat Malaysia, beliau pernah berdepan dengan beberapa situasi sukar ekoran kekangan kewangan dan menyifatkannya sebagai perkara biasa yang sering dilalui golongan rakyat bawahan.
"Apakah Pak Menteri sedar, sebagai rakyat Malaysia aku pernah menghadapi kereta kena tunda sebab kehabisan minyak, beli minyak RON95 dengan duit syiling, beli susu anak dengan berhutang, tidurkan anak di atas plastik kerana lampin kehabisan.
"Aku juga pernah makan makanan hampir basi kerana kelaparan, berjalan kaki ke tempat kerja kerana kenderaan rosak, tidak dapat pulang berhari-raya kerana kekurangan wang dalam perjalanan, bekalan air kena potong sebab bil tertangguh dan pinjam telepon kawan kerana tiada top-up.
"Apakah pak-pak menteri sedar? Semua yang tertera di atas adalah sedikit daripada masalah yang aku hadapi kerana kekurang sumber kewangan," katanya.
Menurut beliau, walaupun kerja "macam mahu mati", pelbagai masalah lagi yang serius dihadapi oleh sebahagian rakyat negara ini kerana tekanan hidup disebabkan tidak cukup duit dan kenaikan harga barang.
Lebih menyedihkan katanya, setiap kali membaca laporan audit yang didedahkan, ketirisan dan keborosan dalam pentadbiran kerajaan mencecah jutaan ringgit.
Sedangkan katanya, wang itu jika diguna untuk bembantu rakyat tentu sekali dapat meringankan beban rakyat kebanyakan.
"Setiap kali Laporan Ketua Audit didedahkan, setiap kali itu juga kami sebagai rakyat menangis tetapi sebaliknya pak-pak menteri yang diamanahkan jaga wang negara lain pula hujah mereka.
"Menteri boleh kata “tiada pembaziran berlaku”. Aku sangat kesal dengan apa yang berlaku, Apakah pak-pak menteri sedar?
"Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi melainkan berdoa, berdoa dan berdoa," rintihnya.
Cuba hampa bayang camna perasaan rakyat yang camnie. Ada yang pandang sebelah mata hal-hal camnie sebab hanya mementingkan periuk nasi sendiri dan tidak mempedulikan nasib orang lain. Islam tak pernah ajar kita cara sedemikian. Bagi aku lah kan, rancangan bersamamu TV3 tu kena buat 3 jam sebab terlalu ramai orang susah dalam malaysia nie. Menteri hanya pandai cakap itu ini sebab bukan mereka yang merasa keperitan semua tu. Antara yang mereka cakap :
1. Harga ayam naik, jangan makan ayam, makan daging..
2. Tambas bas naik, jangan naik bas, jalan kaki.
3. Harga gula naik, jangan makan gula, nanti diabetes.
4. Harga minnyak naik, menteri cakap masih murah berbanding negara jiran.
5. Harga sayur naik, tanam sayur sendiri.
6. dan bermacam lagi yang aku menyampah nak tulis..
Alasan-alasan bodoh begini yang diguna pakai oleh Menteri yang diundi oleh rakyat. Apabila waktu pilihanraya, mereka kan berpura-pura baik. Datang rumah ke rumah untuk mengaih undi dari rakyat dan mendengar setiap keluhan kesusahan rakyat dan on teh spot membantu dan berjanji macam-macam. Selama 55 tahun merdeka, kita merdeka hanya dalam kertas tetapi minda dan fikiran masyarakat masih lagi dijajah oleh mereka yang tamak serta tidak mempedulikan nasib rakyat di bawah.
Yang paling aku menyampah apabila rakyat mula mempersoalkan kemana wang negara/rakyat hilang berjuta-juta/berbilion. Menteri hanya menyuruh rakyat diam/shut up. Perlu kah kita jadi lembu yang dicocok hidung mengikut saja apa yang kekejaman yang dilakukan oleh mereka. Apabila belia menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sistem pemerintahan, akan ditahan dan akan ditangkap. Inilah dipanggil pemrintahan diktator. Kita hanya menggunakan nama ISLAM untuk pemerintahan walhal langsung tidak mengamalkan ISLAM yang sebenar. Pemimpin joli duit rakyat sana sini. Rasuah yang tak dapat dibendung. Enjoy sana sini. Hanya melaungkan Melayu, Melayu, Melayu atas dasar bangsa semata-mata. Melayu tidak akan menggabungkan semua. ISLAM lah yang dapat menyatukan semua umat manusia di alam nie.
Apa yang aku dapat highlight pasal laporan audit negara 2012, kos untuk menyewa pesawat najib iaitu PM malaysia sahaja kos mencecah hampir RM28.8 Juta setahun. Ya Allah Ya Tuhanku. Kalau lah duit tu disalurkan dan dijimatkan, maybe rancangan bersamamu dapat dikurangkan menjadi 15minit tanpa iklan dan beransur2 rancangan tu dibubarkan. Tapi apakan daya, melayu yang nakkan begitu. melayu ditakut-takutkan dengan propaganda mereka saja. MELAYU memang senang untuk ditipu dan terlupa. Benar kata Che DEt melayu mudah lupa dan sebab itu menteri senang mempergunakan kelebihan melayu yang sering lupa.
Ketua Audit juga ada memdedahkan tentang senjata yang hilang tapi wang membeli senjata begitu banyak sekali. Kemana senjata-senjata tersebut. Wang telah digunakan, senjata tidak dapat dikesan. Ketua Polis Negara memberitahu yang kemungkinan senjata telah jatuh di dalam laut. WHAT!!! Okay kita pikir logik, peluru pon ada nombor siri. Kalau betul hilang, kemana laporan untuk senjata hilang. Bagi la report kat AUDIT!!! Where? Pegawai aset duk melangut tengok ceta korea tak buat kerja ka?? Hanya bercakap tanpa bukti. Itu lah mereka. Mereka cuma anggap rakyat bodoh dan tolol. Dan lagi satu, aku terpikir jugak, polis buat apa di laut kerap sangat sampai hilang banyak senjata nie. Polis marin kan dah tapau itu laut, lu orang apa bikin sana. Kalau TLDN yang hilang senjata dan terjatuh di laut logik lah jugak.
Dan lagi satu yang kantoi yang pasal K-Pop yang mereka memberitahu semua tajaan artis K-Pop yang datang pada tahun lepas tu adalah ditaja oleh individu dan bukan lah dari kerajaan malaysia. Langsung tidak menggunakan wang rakyat. Kepala bapak hampa. Berjuta-juta duit hampa pangggil artis K-Pop bangang mai tunjuk spenda, bukan duit kami ka. PUI!! Ludah kat muka. Cakap biar ada IQ tinggi. Dah kantoi, diam menyepi dan suruh rakyat diam. Sedih wey..sedih..
P/S : Kepada ALLAH sahaja la kita berserah. Kepada Kerajaan Malaysia, sekiranya ada 1 sen duit aku dalam penyalahgunaan korang, aku tidak halalkan dunia dan akhirat. Semoga anda semua akan dilaknat oleh ALLAH S.W.T. Amin..amin..yarabal a'lamin..
Orang Melayu tak sensitif pasal benda ni, dan mengatakan tak minat politik. Ini bukan politik lagi tapi kemanusiaan dah. Maybe orang tu spenda dan bra pon mak belikan dan boxer pon mak pilihkan nak kaler kuning ke hijau.
2 orang komen:
baca entri ni sambil on lagu Yuna. ini tidak adil..tidak adil bagi ku..
My recent post : Hanya Di Malaysia Versi Instagram Episode 8
isyh3 :(
Post a Comment