03 October 2013

PERHATIAN! Dr Azizan Osman Kantoi Menipu!






Sebelum itu...kami hampir bertekak untuk berkongsi artikel PANAS INI , tapi bertekak bukan dengan pemilik @ MANGSA kepada Dr Azizan Osman ini, tetapi dengan pengurusan Kantoi Identiti sendiri.


Setelah puas diberi penjelasan .....maka dibuat persetujuan ARTIKEL INI DIKONGSI ......bukan bertujuan untuk memburukkan Imej Dr. Azizan Osman YANG TERKENAL DENGAN MINDA JUTAWANNYA itu tetapi untuk Dr. Azizan Osman dan pihak pengurusan beliau ambil TINDAKAN SEGERA untuk memulihkan imejnya.


Sudah menjadi tanggungjawab kita pula untuk berkongsi maklumat sebegini supaya JIKA BENAR ADA KERUMITAN seperti kisah dibawah ini ....kita harapkan TIADA YANG AKAN JADI MANGSA SETERUSNYA dan penulis rasa INI JUGA SATU TUJUAN PEMILIK @ MANGSA yang bernama Rohaniah Noor ini buat pendedahan sebegini kerana sudah jadi kelaziman dalam negara kita ....."BILA DAH KECOH BARU SATU SATU PERKARA ITU DIAMBIL TINDAKAN!!


Ini pendedahan Rohaniah Noor .
Panas di Facebook saya mengenai pendedahan yang saya buat berkaitan seminar Dr Azizan Osman yang dipuja ramai.


Ceritanya begini..

Pada 14 Oktober 2012 saya menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan Osman
Seminar percuma untuk 4 jam.
Boleh baca perkongsiannya DI SINI.

Seminar itu memang bagus.
Walaupun cuma 4 jam, beliau meyakinkan kita yang kita boleh menjadi pakar rujuk dalam industri masing-masing dalam masa 3 tahun sahaja.
Beliau akan tunjukkan caranya dalam seminar yang lebih advanced.
Namanya Intensif Jutawan Indusri (IJI).

Jadi, beliau telah menawarkan 3 pakej pada masa itu.
tiket VIP pada harga RM 999
tiket Diamond pada harga RM 2999
dan tiket Supreme Diamond pada harga RM 4999

Tiket VIP tu cuma untuk seminar IJI 3 hari dan tempat duduk VIP.

Tiket Diamond untuk
-seminar IJI 3 hari,
-1 hari seminar dengan Bill Walsh,
- 1 makan malam dengan Bill Walsh dan Dr Azizan (ada sesi perkongsian dengan Bill Walsh sekali),
- cd Marketing & You
- tempat duduk kedua paling hadapan
- khidmat sokongan dari Richworks seumur hidup.

Tiket Supreme Diamond akan dapat semua yang Diamond dapat dan
- tempat duduk paling depan
- 1 sesi group mentoring
- personal coaching selama 12 bulan
- sesi bergambar dengan Dr Azizan Osman
- review buku oleh Dr Azizan Osman apabila buku telah siap
- peluang penerbitan buku dengan syarikat penerbitan Dr Azizan Osman


Tertarik dengan janji manis dan teknik pemasaran beliau, saya ambil pakej Diamond.
Sebab saya fikir, bagus ada khidmat sokongan dan peluang seminar dengan Bill Walsh tu

seminar Intensif Jutawan Industri diadakan pada 23 - 25 November 2012.
26 hb pula sesi khas dengan Bill Walsh

Beberapa minggu sebelum itu, sms datang bertalu-talu
Staff Richworks tawarkan tiket general seating kepada mereka yang belum daftar IJI lagi.
Harga general seating ini adalah RM 499 sahaja tapi hanya untuk seminar 3 hari IJI ini sahajalah.
dan tempat duduk pun di belakang sekali.

tiket paling murah ini tak ditawarkan pada hari seminar percuma jutawan industri tu
jadi, saya rasa pasti siapa yang ambil pakej VIP terasa menyesal juga.
Baik ambil pakej general seating sahaja kan...
hm...

Maka, pada 23 hb november 2012 tu, saya pun hadir sebagai peserta pakej Diamond
saya ada kongsikan DI SINI

Tapi pada sesi pagi hari pertama itu, banyak kali Dr Azizan beritahu dan promosi mengenai untungnya peserta Supreme Diamond
Mereka akan menerima 12 bulan online personal coaching dari beliau sendiri
katanya sebulan sekali akan skype.
Dr akan follow up perkembangan peserta coaching ni nanti dan dia akan beri panduan

Promosi ini buat saya tertarik.
12 bulan online personal coaching dengan Dr Azizan.. peluang skype dengan dia sebulan sekali..
boleh tanya pasal nak buat seminar.. pasal macamana nak kembangkan blog..
pasal macamana nak keluarkan produk informasi seperti dvd dan ebook..
dan lain-lain yang ada dalam ajaran jutawan industri ni.
mesti syok kan..

Jadi, selepas berfikir selama beberapa jam, saya pun naiktaraf diri saya dari Diamond ke Supreme Diamod semasa rehat tengah hari
Swipe kad kredit untuk top up bayaran yuran.

Tamat sesi seminar 4 hari

Bulan Januri 2013 saya dihubungi untuk pilih tarikh untuk sesi group mentoring
saya dan kawan saya, Syahman pakat pilih 28 Januari 2013.

Dalam group mentoring tu, dia bahagikan kami kepada 3 kumpulan mengikut tahap pendapatan kami
Kemudian setiap seorang dberi peluang bertanya soalan, Dr Azizan jawab
Orang lain dengar jawapan tu.
itu sahaja.

Kemudian saya menunggu online personal coaching yang dijanjikan..
12 bulan online personal coaching ni.. mesti best.
saya bayar mahal ni.. tak apa.. pelaburan pada diri sendiri.

Tunggu punya tunggu tak ada khabar berita dari Richworks atau DAO sendiri
Senyap
Yang saya nampak di FBnya, ada banyak seminar Berani Berniaga, Berani 2013, Berani Hidup Luar Biasa, Advanced Marketing Power, IMKK dan lain-lain aktiviti
ada banyak juga percutian luar negara yang beliau dah pergi
sempat juga pergi umrah
Tapi online personal coaching masih tiada

Saya tanya Syahman.. ada tak dia dihubungi untuk sesi personal coaching ni.
takut lah saya seorang sahaja yang tertinggal nama
Kata Syahman, tak ada pun..

tunggu punya tunggu...
dari bulan November 2012 hingga Julai 2013 masih diam.
Akhirnya pada 19 julai saya hantar email kepadanya.



Diam... tak ada jawapan

Kemudian pada 22 Julai 2013, saya copy paste soalan yang sama di FB Alumni nya.
barulah dapat jawapan


'dr azizan telah bersetuju merubahnya menjadi group coaching session secara live menggantikan sesi 12 bulan tersebut'

Aik... Dr azizan je bersetuju? ada tanya tak persetujuan kami yang dah bayar ni?

Berapa kali group coaching session tu belum diketahui. adakah sebulan sekali juga? atau hanya sekali sahaja?

Kemudian saya mula menulis di FB saya mengenai hal ini.
sebab saya sangat frust.
saya upgrade dan sanggup bayar sebanyak itu kerana kononnya ada personal coaching yang beliau beriya promosi semasa seminar tu
tapi selepas 8 bulan bertanya, itu jawapannya.

Selepas status itu, saya menerima satu pm di FB
rupanya ada peserta Advanced Marketing Power yang dijanjikan personal coaching pun menerima nasib yang sama..



Sesuatu yang sangat tak kena berlaku.

Semalam pula, saya nampak di FB DAO, beliau nak buat smeinar Jutawan Industri 2013 pula.
Haihhh... personal coaching pada peserta jutawan industri 2012 pun belum terlaksana, nak jual minyak angin lagi?

Maka itulah semalam saya naikkan amaran ini.



Lewat petangnya, tuan Zaidi Ismail ada update status tentang rakyat Malaysia yang poyo.
Tiba-tiba DAO muncul memberi komen, 'Ini poyo'
Terus pada masa tu tuan Zaidi tag beliau dan saya dan terus bertanyakan mengenai dakwaan saya.

Tak sangka. woww.. DAO jawab komen tu...
boleh baca di screenshot di bawah




Persoalan:

1) Bukankah dia sendiri yang tentukan dan buat keputusan untuk buat personal coaching atau tidak. Apa yang missinform?
2) Saya seorang sahaja yang dikatakan memberi maklumbalas. Peserta yang lain diam sahaja. Tapi kalau peserta yang lain diam pun, adakah itu bermakna beliau boleh terlupa pada pakej yang perniagaan beliau tawarkan?
3) Ramai orang sanggup bayar lebih kerana personal coaching ini. Tapi sekarang ini, beliau telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan benda lain. Bukankah dalam islam, jual beli adalah atas dasar persetujuan dan saling redha meredhai dengan apa yang dijual dan dibeli. Jika peserta tak setuju dengan penggantian personal coaching ini, bagaimana? Adakah beliau boleh refund balik sebahagian wang yuran seminar ini?

Saya hanya menyampaikan maklumat ini atas fakta dan pengalaman saya sendiri
saya tidak mahu lebih ramai orang lain terpedaya dengan pakej dan promosi kaw-kaw sebegini.

Kalau nak hadir juga seminar Dr Azizan Osman, cukuplah jika hadir seminar free beliau atau beli tiket general seating sahaja/

Saya akan update perkembangan seterusnya selepas saya mendapat berita apa dia 'sesuatu' yang nak diganti tu dari team Dr Azizan.

copy paste : sumber

14 orang komen:

ct cucubi said...

Wow...
org miskin tipu skit2
Org kya tipu byk2
Moga kite x tertipu dan menipu..

Sukma said...

aku memang tak faham terlalu complicated, dengar...jangan percaya supaya tak terkena...ramai yang dah terkena...

anis marissa said...

tlng ajar anis wat doodle or graphic...blh?

Unknown said...

dari dulu lg dh nampak benda2 cmni mcm menipu je. xde maknanya bayar beriban2.. kdg2 dorg ni mcm xleh guna akal. xnampak ke ape yg si polan ni buat takat nak menipu je. byar beribu riban takat nk dpatkan motivasi dlm berbisness. alahai..

ZaridaIshak said...

entah lah... bukan senang nak senang...

Sue Bee said...

sanggup bayar beribu?!!!..byk jumlah tuh..daripada duduk dengar org blabla jual air liur, lagi elok guna duit tu untuk buat modal bisness..

penyisir rambut said...

saya memang folo benda2 ni dari page Say NO to MLM kat FB..banyak info yang menarik pasal benda2 ni...ekceli kalau ikot logik..kalau kita nak berjaya..kena usaha dan modal..kalau motivasi je...usaha takde..modal takde..tak menjadi jugak nak buat bisnes...motivasi???puiiihhh....ari ni dgr...esok lusa lupe la...

Bunda_nora said...

Assalam,bukan ke dengar cerita baru2 ni Dr. Azizan dah letak jawatan dari richworks untuk memperluaskan empayarnya dalam fasa awal meneroka pasaran antarabangsa?

Fifty Six Studio (002234728-D) said...

Patut la berat benar hati kalau ternampak seminar DAO. Pernah sekali esok nak pegi tetiba kesihatan tak mengizinkan masa bangun tido. Mungkin itu petanda Allah nak tunjuk samada benda tu baik atau buruk. LEpas to petang jer dah ok alhamdulillah. Atas dunia mungkin terlepas tapi di akhirat hanya Allah Maha Mengetahui.

Fifty Six Studio (002234728-D) said...

Patutla berat jer kaki ni nak join seminar yang dianjurkan. Pernah sekali dah daftar nak pegi dah nih tetiba kesihatan tak mengizinkan. Mungkin itu petanda dari Allah SWT bahawa perancangan yg dibuat tak memberi faedah yang baik. Pernah sekali tu masa nak pegi tetiba anak menangis nak ikut sedangkan tak pernah pun dia nak ikut. Mungkin DAO boleh lepas di dunia dgn apa yg dia buat tapi di akhirat hanya Allah Yang Maha mengetahui. Sentiasa berdoa semoga kita tidak tergolong dalam golongan penipu dan ditipu.

khairulsyarafi said...

diam diam
ubi berisi..ish3
ada udang di sebalik megi upanyaa..ish3...tak patut2

Cik Nor said...

xthu nak kata apa..huhu

Cik Fie said...

macam2 .

Anonymous said...

seminar dia yg free tu pon bukan byk sgt yg dia share..sbnarnya lebih kepada menjual pakej kursus dia yg harga agak mahal..