Assalamualaikum w.b.t
Kuala Lumpur : Suami syaitan. Itu gelaran yang sesuai buat seorang lelaki berusia 38 tahun yang sanggup melacurkan isterinya sejak 15 tahun lalu hanya kerana malas bekerja.
Lebih mengejutkan lelaki berkenaan turut melacurkan tiga rakan isterinya yang menyewa di rumahnya sejak setahun lalu dan mereka akan dibelasah jika enggan patuh kepada arahannya itu. Kegiatan lelaki terbabit terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi Jumaat lalu dan kini polis dalam usaha menjejakinya.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sonia, 34, berkata dia yang berkahwin atas dasar cinta dengan suaminya 20 tahun lalu tidak menyangka akan dipaksa menjual diri semata- mata untuk menanggung perbelanjaan harian mereka berdua.
“Pada mulanya, suami saya masih bekerja sebagai buruh am namun selepas lima tahun berkahwin, suami berhenti dan selepas menganggur beberapa bulan, suami menyatakan ada peluang kerja di sebuah hotel di kawasan Masjid India.
“Saya menyangka akan bekerja sebagai pekerja am di hotel itu, malangnya selepas tiba di hotel saya dipaksa melayan seorang lelaki dan suami saya menjadi pengawal di luar bilik hotel kerana takut saya melarikan diri,” katanya.
Menurutnya, dia cuba melarikan diri daripada suaminya beberapa kali sejak 15 tahun lalu namun gagal kerana sering dikawal rapi lelaki berkenaan.
“Selepas memperoleh pendapatan lumayan dengan menjual saya, suami menjadi malas untuk bekerja dan kehidupan kami berdua hanya bergantung pada ‘pelanggan’ saya.
“Setiap hari, suami akan menghantar saya ke hotel di kawasan Masjid India atas permintaan pelanggan, mengawal di luar bilik ketika saya melayan lelaki lain dan kemudian merampas wang yang dibayar pelanggan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.
Sonia berkata, dia juga dilarang untuk mengandung oleh suami itu dan akibat tertekan dengan cara hidup bergelumang dosa sejak 15 tahun lalu, dia nekad melarikan diri ketika suaminya sedang tidur.
P/S : Nasihat kepada perempuan2 yang belum berkahwin, hati-hati lah memilih suami. Kekadang waktu bercinta memang semuanya indah. Jangan disebabkan sayang, anda rela dimaki dan dimarah serta dikongkong dengan teruk. Kalau baru bercinta dah buat perangai macam tu, lepas kahwin pasti akan ditumbuk serta ditendang. Sayang anda biarlah bertempat. Guna akal yang diberikan ALLAH SWT.
13 orang komen:
glo punya suami..huhu
glo punya suami..huhu
rejam sampai mati je laki mcm tu.
ke potong 16 . eiii.. pemalas . bodo plak tu!
emo nyee .. hahaha! :D
estagaraga
Masalahnya perangai jahat dia xdiketahui ms awal kawin.cam kes atas,dh 5thn br dia buat perangai...sian pompuan tu
tampo .. jijok2 .. pastu tendang .. then buang !! #_#
evadanial.blogspot.com
Scary ! Kadang2 cinta tak menjamin perkahwinan akan bahagia selamanya.. huhuhu...
Gila punya laki
setuju dengan apa yang apit cakap kat perenggan bawah sekali tu..huhuhu..
sayang biarler berpada.....
Assalamualaikum. masyallah. kasihannya nasib akak dan rakan2 dia. semoga dia dilindungiNya :)
senget punyer suami
astaghfirullah !
Post a Comment