Assalamualaikum w.b.t
WALAUPUN mengambil keputusan untuk bertudung, aktres Lisdawati, tidak keberatan untuk membuka tudung demi tuntutan watak dalam lakonannya.
Meskipun turut dikecam hebat, Lisdawati bagaimanapun menjelaskan bahawa bidang lakonan merupakan punca rezekinya.
"Bertudung memang imej terkini saya, namun saya masih menerima tawaran berlakon yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya.
"Tapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak melakon watak yang memerlukan saya terpaksa pakai baju seksi," kata Lisdawati.
Tegasnya, niat bertudung kekal akan diteruskan jika perniagaannya menjadi sumber pencarian utama pada masa akan datang.
P/S : Kalau bini aku, dah lama kena lempang 2-3 kali.
15 orang comel komen:
betol tu..agak-agak ler bila berkata-kata...menutup aurat nie..bukan perkara main2...huhuhuh
baik tak payah pakai tudung..huhu
Semoga lisdawati istiqamah. hehe jangan lempang dulu, kurung jek .hiks
alahai..kesiannya..kalau dia sedar rezeki itu datang daripada Allah.
kalauu dia melanggar perintah Allah macam mana rezeki tu nak lebih bertambah dan lebih diberkati..
ni la jadiknye bile someone tu taktau ape sebenarnye tujuan bertudung. .. ade yg pakai tudung sebab ikut orang. bile orang pakai, die nak pakai jugak. tapi dalam hati... tuhan je yg tahu niat die,,
doakan jela yang baik2 untuk beliau..
lain kali jgn niat nak pkai tudung,,, tapi niat nak tutup aurat baru betul...org yg niat nk menutup aurat kerana tuntutan agama n perintah Allah, die takkan dgn beraninye anggap perkara mcm ni sbg isu kecil... kejap pakai tudung, kejap x pkai tudung... kalo pakai tudung belum tentu menutup aurat...kalo ckp berlakon tu punca rezeki,, yakinlah Allah lah sebenarnya yang beri kita semua rezeki...tapi buat main hukum Allah hanya kerana memenuhi tuntutan punca rezeki???? sedarlah Allah yg bagi rezeki...kite ni bukan siapa2 kat atas muka bumi ni tanpa rezeki dari Allah..
baik xpayah bertudung, malu aku baca .
suka hati dia ja nak tutup buka tutup buka..hmmm
Hek eleh.. Boleh pulak main ON OFF macam tu.. Dia ingat bertudung ni trend ke? Nak pakai, pakai.. Taknak pakai, buka.. Kepala hotak dia!
emm..niat tu dh ok..tp kalu nak main bukak tutup baik xyah pakai terus baq hang.. ap la... xkan hilang rzki punya kalau pakai tudung.
semoga kita doakan yg terbaik untuknya....
dia special kot neraka jap boleh keluar jap boleh masuk
Takpelah bro..kita kena sentiasa doakan mereka..dia dah ada niat yg baik inshaAllah jika kita berdoa sesama muslim trutama org2 mcm ni dia akan dapat buat juga akhirnya (bertudung litup sepenuh masa)
semoga lisdawati bertaubat :)
Post a Comment