20 April 2013

Kenapa Gadis Melayu Sering Menjadi Mangsa Rasuk!



Assalamualaikum w.b.t

Kes ini berlaku di ruang pelajar perempuan membasuh kain di sebuah Asrama Puteri. Kebanyakan yang dirasuk adalah pelajar Melayu dan tidak pernah berlaku kepada pelajar Cina dan India.
Di mana salahnya…

Kita ikuti percakapan antara seorang bomoh dengan jin… Kenapa dia suka merasuk pelajar Melayu saja? Suatu hari seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin-jin yang berlegar-legar di asrama yang merasuk pelajar-pelajar.

Ketika sampai, dia pun membaca mantera. Dia memanggil ketua jin. Lalu ketua jin pun datang dengan menunjukkan wajah yang begitu hodoh dan jijik.Hinggakan ketua bomoh yang berpengalaman pun nak hampir pengsan melihat wajah brutalnya itu.
Tapi ketua bomoh itu menguatkan semangatnya. Lalu ketua bomoh itu bertanya dengan suara yang nyaring dan kuat, menampakkan semangat yang tidak kendur walaupun jin itu menampakkan wajah yang amat mengerikan.

“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah ini hah?

Jawab!!!

Kenapa Gadis Melayu yang menjadi sasaran kau wahai setan yang di rejam..?”

Dengan menarik nafas yang panjang ketua jin pun menjawab..
“Siapa bilang Gadis Melayu tak menawan.. Tak menarik hati, tiada memikat”
“Kalaulah memang, tak mungkin aku tertarik… Kalaulah sungguh, tak mungkin aku merasuk,”
“Aduhai……. Kekekekkkkeeee”

P/S : Sapa terkena sila angkat kaki. Hahaha.


23 orang komen:

Aimacomel said...

hahaha, nasib ler kami ni tak menarik, xde menawan. kahkahkah

Fi said...

Hoho..Terkena den

budakvanilla said...

ish. .nebes giler baca2 mula2. .dh terkena lak. . :D

Cheida_Mymee said...

haip!!! marah ni!! huwawawawa

Adilah Asari said...

kah kah kah..
punya la khusyuk yaya baca..rupa-rupanya hampeh -->terkena<--

Faeytynn Zayn said...

ceh terkena aku..ingatkan ada sebab lain

Unknown said...

terkena . haih -.-

Sukma said...

suspen jer mula-mula tapi lastly akak terkena...siap ko Apit...angkat kaki kejau dak Apit keliling rumah...haha

Siti Farhahnis said...

Comellah lawak abang apit.:)

Unknown said...

Cehh , dah semangat nak tahu tetibe lagu jamal abdillah pulak . Terkono den .

Anis Farhana said...

Rasa macam nak bertumbuk dengan diri sendiri lepas baca entri nie. huhuhu >.<

Zatiey Ismail said...

Hadoi.. Tajuk kemain lagi serious.. haha..

Unknown said...

ishh! seram betul la,,

P#eoniX said...

adehhhh!!!!pon boleh!!!!haishhh!!!

aiman said...

membaca dengan penuh serius.

Nur Nainis said...

Tajuknya memang tak tahan. hehe.

Anonymous said...

wakenabeb! haishh,, terima kasih bnyak2,, punya la khusyuk bace,,adoyaii

Shakirah said...

ceh ! haha

Unknown said...

Hahaha..

dzafirahzain said...

-.- sabor je la... kusyuk aku membaca... Err...

#sbb skolah aku dlu pon mmg byk kli kes hysteria ni~

Cik Fie said...

haha terkena :P

Wani Mohd Zuki said...

kuang..kuang..kuang... XD

Unknown said...

Cheh!