Last updated!

31 January 2012

Freebies Doodle Bayi Tomey-Tomey

salam blogger dan salam sejahtera kat korang semua..
hmm apit dah lama pulak x buat freebies doodle kat korang kan..
rindu leww teww..hihi..sapa la nak rindu kan...
ada berita gembira nak gtaw kat korang nie..nak tahu tak?
apit bakal menimang anak saudara yang baru taw..
tahun nie dua orang kakak apit ngandung..wah..semakin ramai..
nanti raya lagi abes lah duit aku nampak gayanya..hihi..
sempena kegembiraan nie, apit siapkan doodle baby comel kat korang
ada macam2 pampers tue ha..korang pilih jer..peace..







kalau korang suka, korang amik lah ye..cara nak amik?
korang right click, Copy URL Image dan bukak tab baru k..
hmm kalau tak suka doodle nie, korang tengok lah doodle yg len
kalau korang tak suka semua, korang tekan Ctrl+W..tadaa..
okay korang..babai..assalamualaikum..

30 January 2012

Blog Aku Hampir Kena Hacked! Bahaya Phishing!!

salam blogger dan salam sejahtera kat korang. Terkejut tak dengan tajuk entry nie? hmm itu lah, apit lagi terkejut dengan tajuk kali nie. Ceritanya camnie, apit macam biasa lah nak Log In blog kan, tapi kali nie lain macam sikit, tetiba jer Antivirus Kapersky apit dapat detect somenthing wrong. Pelik gak lah kan. Tak pernah-pernah jadi camtue, pastue usha lah kenapa Antivirus nie detect virus kan..rupanya bukan virus okay, tapi PHISING URL!! korang tengok lah gambar bawah nie.


memang terus pangkah lah. Terkejut wey. Kalau lah apit abaikan benda tue then tekan "Click here if you believe that the web page was blocked in error" memang si hacker tue dapat tahu lah Username dan Password belog fizgraphic nie. Huh jangan lah Mr. Hacker. Penat aku bangunkan belog picisan nie, senang jer ko nak hack ye. No no no. Nanti mak marah ha. hihi. Kalau korang nak tahu apa tu Phising, korang baca maklumat bawah nie. sumber dari www.myhackersarehere.com

Phishing merupakan percubaan untuk melakukan jenayah penipuan dengan mendapatkan maklumat sensitif, seperti username, password dan butiran kad kredit, dengan muncul sebagai entiti yang dipercayai dalam sebuah komunikasi elektronik. Bank online, eBay, PayPal dan lain-lain adalah target umum seorang penggodam. Phishing biasanya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera dan sering mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran di sebuah website. Phishing adalah contoh dari teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk menipu pengguna. Percubaan untuk menangani peningkatan jumlah insiden phishing termasuklah melalui perundangan, latihan kepada pengguna, kesedaran masyarakat, dan langkah-langkah teknikal. 

Percubaan phishing yang terbaru telah menyasarkan pelanggan bank dan perkhidmatan pembayaran dalam talian. laman jejaring sosial seperti Orkut juga merupakan target phishing.

E-mel palsu adalah alat yang paling banyak digunakan untuk melakukan serangan phishing. Dalam banyak kes kita mendapat e-mel palsu yang tampaknya telah datang dari laman yang dipercayai. di sini seorang penggodam boleh meminta pengguna untuk mengesahkan username dan password dengan membalas ke alamat e-mel yang diberikan.
TEKNIK SERANGAN PHISHING
1. Pautan Manipulasi

Sebahagian besar kaedah phishing menggunakan beberapa bentuk penipuan teknikal yang direka untuk membuat link dalam e-mel yang kelihatan seperti milik beberapa pertubuhan yang dipercayai atau organisasi palsu. URL yang salah ejaannya atau penggunaan subdomain adalah trik umum digunakan oleh phisher, seperti contoh URL dibawah:

www.micosoft.com
www.mircosoft.com
www.verify-microsoft.com
dan bukannya www.microsoft.com

2. Filter Evasion

Phisher telah menggunakan gambar (bukan teks) yang membuatkan ia lebih sukar untuk anti-phishing mengesan teks yang umum digunakan dalam e-mel phishing. Ini adalah alasan Gmail atau Yahoo akan mematikan gambar secara default untuk emel yang masuk.
Bagaimanakah rupa serangan phishing/scam?
Apabila kaedah penipuan menjadi lebih canggih, begitu jugalah mesej e-mel dan tetingkap pop up yang telah dicipta. Mereka sering memasukkan logo rasmi dari organisasi nyata dan maklumat pengenalan lain yang diambil secara terus dari laman web yang sah. Ini adalah contoh bagaimana e-mel phishing kelihatan:


Contoh mesej phishing, termasuk alamat URL palsu yang dihubungkan ke sebuah laman web scam/penipuan.
Untuk membuat e-mel phising tampak lebih asli, para phisher/scammer akan meletakkan:

1. Sebuah link dalamnya yang dihubungkan ke laman web yang sah,
2. Tetapi sebenarnya membawa anda ke sebuah laman web phising
3. Atau mungkin pop-up yang tampak persis seperti laman rasmi.

Laman-laman tiruan juga disebut 'spoofed website'. Setelah anda berada di salah satu laman web palsu tersebut, anda akan menghantar maklumat peribadi kepada para penggodam.
Bagaimana mengenalpasti e-mel palsu?
Berikut adalah beberapa frasa untuk mengesannya, jika anda merasakan mesej e-mel tersebut adalah phishing scam.

"Pengesahan akaun anda."

laman web yang sah tidak akan pernah meminta anda untuk menghantar kata laluan, nama, nombor Jaminan Sosial (Social Security number), atau maklumat peribadi yang lain melalui e-mel.

"Jika anda tidak merespon dalam masa 48 jam, akaun anda akan ditutup."

Mesej ini menyampaikan keadaan terdesak sehingga anda akan memberi respons dengan cepat tanpa berfikir.

"Pelanggan Yang Terhormat."

Emel Phishing biasanya dihantar dalam keadaan tidak mengandungi nama pertama atau terakhir.

"Klik link di bawah untuk mendapatkan akses kepada akaun anda."

mesej berformat HTML boleh mengandungi pautan atau bentuk yang anda boleh mengisi seperti mengisi borang di laman web. pautan yang anda didesak untuk klik mungkin mengandungi semua atau sebahagian daripada nama sebuah syarikat nyata/asli dan biasanya "ditopengkan," bererti bahawa link yang anda lihat tidak membawa anda ke alamat itu tapi di suatu tempat yang berbeza, biasanya laman web scam/palsu.
Perkara penting untuk mempertahankan diri dari serangan phishing adalah:
1. Jangan beranggapan bahawa e-mel dapat disahkan berdasarkan pada alamat e-mel penghantar.
2. Sebuah bank yang dipercayai / organisasi seperti paypal tidak akan pernah meminta anda untuk memberi nama penuh dan password anda di dalam emel paypal.
3. Sebuah email dari organisasi dipercayai tidak akan mengandungi lampiran atau perisian.
4. Mengklik link dalam e-mel adalah cara yang paling tidak selamat untuk masuk ke akaun anda.
hmm apit mintak sangat2 kepada blogger2 lain supaya lebih peka dengan benda nie eyh. Takot2 korang tak perasan lak Phising nie. Nasib baik apit guna Kapersky Internet Security Antivirus 2012 Original. Thanks Kapersky. Dah 2 tahun berturut-turut pakai Kapersky. Okay lah korang. tue jer nak share. babai. assalamualaikum.

Tonton Drama Korea Percuma di Maaduu.Com

salam blogger dan salam sejahtera kat korang..
korang peminat drama Korea? bosan tunggu kat TV?
malas beli DVD kat kedai? xdak duit nak beli?
apakata korang manfaatkan internet korang tue tonton kt tenet
camna nak tengok drama Korea secara percuma? jom!
TEKAN SINI DULU
1. korang masuk dulu www.maaduu.com
2. then korang kena sign up dulu taw.

3. dah siap isi, korang SUBMIT jer k..
4. Then korang boleh la pilih drama mana yang korang nak.
5. Untuk subtitle Bahasa Melayu, tengok contoh bawah nie..

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENONTON

29 January 2012

Cara Download Subtitle Untuk Movie

salam blogger dan salam sejahtera kat korang..
hari nie nak ajar korang camna nak download subtitle..
korang mesti ada masalah xdak subtitle bila tonton movie kan..
okay senang jer caranya..korang boleh download subtitle..
camna caranya? jom kita tengok sama2 k!
kalau nak download movie kat SINI

1. korang boleh download subtitle di subscene.com
2. korang masukkan tajuk movie yang korang nak kat situ.

3. Then korang pilih la subtitle bahasa apa yang korang nak! KLIK.
4. Pastue korang download lah subtitle tue. Contoh kt bawah.

5. Then tak sampai 3 saat, dah siap download kan. Then korang extract dulu.

6. Sekarang nie korang kena pastikan name bagi file subtitle dan movie sama. Kat bawah nie contoh file x sama, jadi bila korang Play movie, subtitle tak detect taw.

7. Korang rename bagi sama kedua2nya cam kat bawah nie.

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENONTON.

Surat Terbuka Dari Seorang Pelajar Buat Datin Seri Rosmah Mansor. BACA!!

Assalamualaikum Datin Seri.

Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.
KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?


Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

Datin Seri yang saya hormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Tulisan nama nabi Muhammad SAW terbalik!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali 
API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA
Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.
Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Gadis Melayu meminum arak

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!
Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASADatin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.
Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak! 

(edisi Weblog M@RHAEN)
Inilah PENCAK kami! PENCAK ANAK MUDA!
Oleh: Muhammad Muizzuddin - Suara Fata

AKU CUMA SHARE JER..MEMANG BETUL POWN APA YANG DIKATAKAN. SEKIAN.

Tutorial Komputer - Tukar Background Enjin Carian Google

 
salam blogger dan salam sejahtera kat korang..
lama plak x buat tutorial kat korang kan..nmpak gambar atas?
camna korang nak tukar background google korang tue?
apit tukar boh background belog apit kat google apit..hihi
camna nak buat? jom kita belajar jom..peace..

1. Bukak la www.google.com
2. Korang nampak tak kat bawah tue "Change Background Image". Klik.

3. Lepas tue korang pilih la gambar apa yang korang nak.

4. Klik gambar dan tekan Select. Siap!
5. SELAMAT MENCUBA!


28 January 2012

Hadiah Giveway Duit Baharu Dari Sharinginfoz Dah Sampai

salam blogger kat korang dan salam sejahtera
korang ingat lagi tak Giveway yang apit join hari tue?
kan apit pemenang tempat ketiga dari Giveway Duit Baharu tue kan..
tempat ketiga hadiahnya wang baharu peringatan RM1 dan RM5..
so apit dah dapat dah hadiah apit tue..cepat betul sampainya..
serius cantik duit baru kali nie..korang dah tengok lom?
kalau korang belom tengok lagi, ha kat bawah nie ada..jom tengok!

rupanya yang dimakdushkan wang peringatan tue mcm buku..
cantik..ia dikeluarkan dari BANK NEGARA MALAYSIA..
eklusif jugak lah hadiah nie..teruja tol bila posmen datang hantar..
hahaha..terima kasih kepada sharinginfoz atas hadiah nie okay!
memang puas hati sangat2 walaupown tempat ketiga..peace..
kali pertama pegang duit baharu nie..bila nak pegang duit baru RM20 ye
okay korang..thanks sudi baca..babai..assalamualaikum..

27 January 2012

Aik! Duit Sapa RM398 Dalam Akaun Maybank2u Aku Nie..


assalamualaikum dam salam sejahtera kat korang semua. Korang buat apa hari nie kat umah? tak kuar mana2 ke? okay firstly nak wish besday Mak apit hari nie 27hb January 2012. Hepy besday mak. Apit sayang mak sangat2 taw. peace. Okay tengok pada tajuk entry pown korang dah terkejut kan. Eh banyak tue, tapi duit sapa. Haa meh nak story mory kat korang nie. tapi korang kena la tengok SINI dulu baru korang boleh tengok ENTRY SINI. korang dah baca entry tue? bagus..peace..

Okay itu sebenarnya duit dari team says.my yang comel lagi mencomelkan. okay setakat nie says nie paling cepat bayar payment blogger dari pihak pengiklan yang lain. Bukan untuk menjatuhkan mana2 pihak ye, tapi nie nie kajian yang apit testing. Pada 30hb Disember 2011 iaitu tahuun lepas, apit dah cashout kesemua earning dri pihak pengiklan seperti churp-churp, nuffnang, blin dan akhir sekali says. kalau korang tak percaya, korang boleh baca entry tue kat SINI okay. yang says tue bukan RM397 taw, tapi RM399. Apit tak print screen yang RM399. Sekarang di tempat yang pertama syarikat pengiklan yang membayar paling cepat adalah dari says.my. TERBUKTI! korang tengok lah bukti payment yang says dah bayar kat aku nie.. berapa yang apit cashout hari tue? RM399 kan? okay..diorang akan caj RM1 so apit terima kurang RM1 lah..xpe..nie alhamdulillah sangat2 dah kan..
DAFTAR SAYS.MY - SINI
TUTORIAL MENDAFTAR SAYS.MY - SINI
mula2 masa apit baru nak berjinak dengan says nie, kurang nak percaya sikit sebab ia kurang meluas kan dari churp-churp, tapi sekarang nie macam sayang lak kat says nie. tapi churp-churp pown still sayang jugak. hihi. tapi agak kecewa dengan prestasi Nuffnang. Kenapa Nuffnang agak menurun tahun nie. Adakah semua blogger perasan pasal nie atau Encik Nuffnang hanya boikot belog aku jer. Biarlah, maybe xdak rezeki dengan Encik Nuffnang lagi macam dulu. Whatever it is, yang pertama paling cepat sekali bayar adalah says.my. hanya mengambil masa 27 Hari SAHAJA! bukan susah pown korang nak men ngan says.my nie. Rahsianya? Rahsianya korang hanya perlu tengok SINI dan perhati SINI. then masyuklah earning korang tue. SELAMAT MENCUBA ye korang semua. assalamualaikum. peace.