25 December 2012

Kenapa Bilik Akhir Penjara Pudu Dirahsiakan?

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.


Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.


Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,























"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "
"Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca anda sangat mendalam..


50 orang comel komen:

Zizie Zack said...

aiseyman! ketertipuan ni.. haha.. penjara ni ke haa yang dorg wat shooting cerita mantra?

Shad said...

yaaa.... mmg sangat suka membaca,, tambah2 cerita 'benar' yg macam nie..

Unknown said...

-.,-'' --, =,=''

Unknown said...

dulu dah baca dah..... he3....

Anonymous said...

daa exited baca,. jadi ahmad albab laa pulakk., xD nicee nicee., ^^

Syamimi_Tahir said...

hahaha . dah agak dah apit tipu . Dari first baca ayat tu dah thu . Pelik macam mana apit boleh dapat cerita mcm ni . Dari situ dah kantoi . hehe

aliza said...

Kreatif..

Ya ahmad albab, potong betul.. akak tengah teruja nak tauuuuuu...

AyueJean said...

Dulu baca kat fb..
Memang terkena sangat....
Heheheheh.... =P

Aimacomel said...

hahaha, ahmad albab yg punya..
Tapi Penjara Pudu dlu mmg berantu kan?? :p

Mime MF said...

okey fine!!terkena..haha

Mime MF said...

okey fine!!terkena..haha

dEdEQ dE wIshEs said...

HAHAHAHA .. AIYOYO .. KHUSYUK GILERR KOT BACE ..

Chek Atien said...

Zzzz...... xcited den membaca.... adeihhh

Ignorance said...

Adoi , kus semangat baca permulaan , mula naik seram tpi gelak juga akhirnya --

Unknown said...

aisyeh.. kemut kemut muke Cik Anis bace..kusyuk la katekan...at last... -.-'

Unknown said...

KUANG ASEM KO APIT..HAHAHAHA..DGR DADA YG BDEBAR2 KAK BUI BACA..CISSSS

Unknown said...

cerita best tapi tang gua tu dah macam asdfghjkl -,- btw jom join segment hanim :

http://nurhanim-ehier.blogspot.com/2012/12/short-segment-aku-suka-dia-by-hanim-and.html

Unknown said...

hehe..nasib dah penah bace

Azhafizah MN said...

sudah tahu ini cerita..hehehe

Anonymous said...

Alamok....

MisEyz BLurz said...

Diriku tertipu!hahaha

NURUL FILZAH said...

geram nieh :P

ayunidati said...

hikhikhikh... cehhh

Leeza Dayasari said...

Apit!!!!!!!!!!!!! Jeritan satu malaysia dgr!

Unknown said...

daku tertipu! haha

Unknown said...

haha .. tipah tertipu .. ;p

Unknown said...

HAHAHA..dah pernah terkena tp kenpa boleh kena lagi ni..uwaa!!1HAHAH

eksaited baca.ish..dgn muka berkedut2 baca..khusyuk..hahaha

Puteeeeri said...

Atoyy . Senget kaw yer :P
Terkezot aq oii .

CaDLyNN said...

hahaha..terkena. demn!

Busyra Takiyudin said...

huhu.. dah penah baca.. cam seram je mula2 tu.. haha

ady said...

crte lama ni..dh penah baca..hak3

cik lisa said...

alahaaai! kemain feel tadi baca , last last... aduhaiii . Haha

Aliff Haikal said...

kwajaq ! hahahahaha

Miss M said...

like like like. feeling seram bca mula2. smpai nak scroll part gmbar pon takut2. kut ada mende lain kuar kan. hehehehe. at the end ?? haha.

Nadia Johari said...

suspended betul...dush2..

Usy@M^^ said...

penah baca..cite ttp srnk dbace..

Unknown said...

ayooo ... suspenn laa :P haha .. muka dah mcm nak tahu kejadian seterusnya .. last2 .. ahmad albab yang keluar ,,, hhaha ...

Unknown said...

grrrrrrrr -.-'''''' rumah mana rumah? nk datang skrg g ketok pale apit!

sitiinajihah said...

Cisss debar-debar dah bacaaa

EiracayoO said...

wakena beb ! belum baca habis, jantung dah dupp dap dupp dapp... tak berani wooooooo .... pekena pula skg ni jam tepat 1.41am... rasa macam nak mampos aje baca, suspennnnn..ahaha

Anonymous said...

Aiseyman! terkena....aduhyai~~ -_-

admin said...

em, betulke tak ni.?

Nak sponsor takk?

http://www.aingraphic.my/2012/12/pencarian-sponsor-untuk-ga-akan-datang.html

Jom la join Giveaway Ain ye.

http://www.aingraphic.my/2012/12/gempak-giveaway-by-farah-puteri-ain.html

diari farisha said...

MMG MINAT BACE KISAH2 SERAM NI..HIHI

Leeza Zailan said...

Hokalohhh Bace punya laa fokus . Sekali akhir ahmad albab pulak haha tertipu diri ini :3

PALESTINA said...

rasa macam nak telan jaa si apit ni :D haha , kena lagi . ok fine , mengalah :D

aqmalazmi said...

cis.. anyway syarikat aku tengah control projek perobohan penjara tu.. dah 2 kali aku site visit dekat penjara tu.. HAHAHA

Nabila Abdul Aziz said...

elok apit jer yang kena hukum gantung sampai mati kat penjara pudu tu..biar tau rasa =,="

Anonymous said...

sabor ajelah...br nk tahu ape citer.....tup2 kuar ahmad albab yg punya

Anonymous said...

Zzzzzzzz

apoi said...

Haha.mcm cipan.tgah2 kusyuk membace..ahmad albab plak masuk.aduh2.xleh bla.hahahaha.....