Entry kerunsingan, pelik, muskil, bodoh dan sewaktu dengannya untuk kali nie. Aku nak mintak pendapat korang pasal benda yang aku nak kita pikir sama2. Tadi aku bukak yahoo sebab nak bukak email aku. Kot2 ada sapa2 yang nak bagi duit 100million ke kan. Hahahaha. Saja lawak. Sebelum bukak tue, ada la story-story pasal berita di Malaysia dan luar negara. Then aku ternampak satau berita nie. Penghantar surat dipenjara 50 tahum, 18 sebatan kerana rogol pelajar. Haa okay, aku pon baca laa.....
Then aku terpikir, before nie ada jugak kes rogol remaja bawah umur nie tapi tak kena hukuman. Korang ada yang tak tahu rasanya sebab ada yang kalangan korang nie tak berapa nak layan berita or mungkin media tak siarkan pown berita2 camnie. I dun know why. Berbalik kepada berita posmen yang rogol pelajar tue. Memang patut hukuman dikenakan begitu. Biar rasakan. Ingat nie negara bapak kau nak rogol sesuka hati kan. Itu hukuman di dunia, di sana nanti? TETAPI kan..hukuman dia dah kena.. kenapa ada kes yang sama tapi tak dikenakan hukuman mcm posmen nie? Contohnya :
1. Atlet Boling Tenpin Kebangsaan. Nor Afizal Azizan
Kesalahan yang dia buat adalah merogol gadis bawah umur. Kalau kata bawah umur nie, mesti lah pelajar kan? Betulkan aku kalau silap. Kan ke sama jer kesalahan yang mamat nie buat dengan posmen tadi tue. Tapi adakah dia dikenakan hukuman yang sama dengan posmen tadi? Dia kena ka penjara 50tahun dan 18 sebatan? Tak kena. Hukuman yang dijatuhkan kepada mamat nie ialah mahkamah perintah dia berkelakuan baik selama lima tahun berserta ikat jamin RM25,000 atas kesalahan merogol gadis bawah umur. Wah gila best!! Penjara tak kena, 1 sebatan pown tak kena. Sebab apa dia tak dikenakan hukuman mcm posmen tue? Sebab dia atlet. Dia penting pada negara. Dia leh harumkan nama Malaysia la kononnya ye tuan hakim? Orang berkepentingan dalam negara lah ye? Dibebaskan oleh mahkamah rayuan atas kes rogol bawah umur jugak dengan alasan kononnya "mempunyai masa depan yang baik" Pala otak engkau! Tue budak pompuan jadi mangsa rogol dia tue? Ada pikir tak? Leh trauma tue budak tue. Bodoh betul. Kang ayat maki aku berteraburan lah kat entry nie. Sabar Sabar Sabar.
2. Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik
Nie lagi satu kes yang aku pelik dan sangat pelik. Kes nie kalau aku tak silap dalam tahun 90-an kot. Tahun 1994 kot kalau tak silap. Pandai-pandai lah korang google. Kesalahan yang pak menteri nie buat adalah merogol gadis berumur 15tahun. 15 tahun pown bawah umur jugak kan? Kan? Kan? Tapi apakah hukuman yang diambil pada masa tue? NOTHING! Diulangi. NOTHING! Kenapa? Sebab dia menteri. So sebarang tindakan tidak akan diambil. Boleh jer nak rogol sapa pown. Bestkan jadi menteri. Wakluuuu! Yang peliknya pada waktu tue, seorang mangsa rogol ditahan, dan orang yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. WAHH! Malaysia oh tanah airku. Best! Maklumat lanjut baca sini. Aku google siap2 dah kes nie --> TEKAN
Sebab ada orang yang bodoh tak habes2. Sebab apa aku kata Bodoh? Sebab ada yang mengaku ISLAM, tapi gunakan undang2 The Lord Of The Ring. Hukum HUDUD ialah Hukum ALLAH S.W.T Rilex ja dia main2kan. Hahahaha. Taktaw lah aku.
|
|
|
V
P/S : Nie kalau aku buat entry nie, berkaitan menteri, silap2 aku kena tangkap. Takpa. Jangan takut ngan manusia, takut ngan ALLAH S.W.T. Berani kerana benar, takut kerana salah. :-) Islam adalah agama mendidik. Bukan agama memaksa dan menyusahkan.
34 orang komen:
memang undang2 la ni memang teruk, takkan pasal pangkat ataupun apa pun nak tutup sebelah mata.. takpa lah, kat dunia boleh la dok kira semua tu, kat 'SANA' nanti tak kira pangkat atau pun apa..
x tau nak kata..malaysia mcm dah tunggang terbalik jadinya
setuju dgn enrty ni... hukuman dijatuhkan ikut kepentingan... posmen pun penting jugak ape... sape nak hantar surat2 rasmi kerajaan tuu...
Tu lah.. Kadang-kadang nak jatuhkan hukuman pun memilih orang. Kalau org bawahan, hukuman berat.. Org yg dh ada pangkat, hukuman nya ringan giler!!
Apa la buat entry macam ni. huhh..
undang2 Malaysia memang tak tekal..boleh diubah...huhu..sebab tu semua takut nak buat hukum hudud
ohh..dunia. -___-, kesian budak2 tu. jadi mangsa.
ermmmmmm.......sumting fishy around malaysia..
no idea lah benda2 mcm ni.
haaa tu la pelik la ngn malaysia ni islam dipandang ringan plak,,biarla tuhan yang balas
dunia semata-mata.
kat mana2 pon, slalu kita tgk undang2 buatan manusia nie karut-marut. sbb wujudnya diskriminasi antara orang yg ada pangkat dan darjat ngan orang biasa. di sisi Allah, semua manusia sama ja. mana tgk pangkat segala. terlepas hukuman di dunia x bermakna tak terlepas hukuman di 'sana' nnti. wallahua'lam..
Peh !
@irwan alessa Kalau rakyat bawah, memang kena kaw2 punya hukuman, kalau pangkat besar, ohh takdak kena hukuman..denda duit cukup. Oh malaysia.
@careno Betul tue bro. Posmen xdak, sapa nak hantar kad raya. Hihihi.
@Emas Putih Kenapa? Tak boleh menyuarakan pendapat? Jangan takut sangat ngan pemimpin. Syirik nanti ha. :-)
@Syafa Syafiqah Nie lah Undang-Undang Zoo.
@3no gr33ny Betul tue. Allah S.W.T dah buat hukuman cantik dah. Tapi xmau ikut.
@Nurul Aini Taw xpa. :-(
@BeLLa Yang akan disoal nanti, orang pertama adalah PEMIMPIN.
@bLaCk pEarL Betul tue. Waalahualam.
aduih...macam2 la manusia zaman sekarang ni :(
salam..haha...macamtulah undang2 kalau manusia yg buat,,,..tak adil.. tak pe..kita tunggu mahkamah akhirat..tak ade yang lebih baik penghukum selain ALLAH swt.. biarlah terlepas kat dunia.. kat akhirat t tunggu jelah.. melainkan org tu dah bertaubat dengan sebenar2nya... insyaALLAH ALLAH ampunkan...wallahualam
setuju sangat2...xtawlah ape nak jadi skrg ni...dunia akhir zaman dah... :(
Sokong dengan apit.Walaupun kita duduk kat dalam MALAYSIA yg aman damai,tapi,kes-kes macam ni mana boleh dorang lepas tangan macam tu je.Tak pe,hukuman kt dunia dia tak kene,kat akhirat,mana boleh lari.Yg pasal hudud tu,buat malu kaum je,pakai tudung pulak tu. DUNIA,DUNIA!
setuju!..hukum Allah dipermain2kan..hukum buatan manusia diagung2kan..ni la dunia akhir zaman..
kita tukarr!!!!
Takbirr!!
hehe :)
setuju2.. kalau ada nama jawatan pangkat mmg lepas kat dunia ni malaysia ku tercinta -.- btw share this entri :)
setuju dengan entry ini !
undang2 Allah nanti tahulah nasib kite phewww
berkata-kata memg seng tp nk laksanaknnya amatlah sukar.. ape2 pun hrp hukum hudud dpt dilaksanakn di Malaysia akn dtg..
dont know what to say, takut tersalah cakap :)
suka entry ni..MasyaALLAH, kenapa ada yang cakap camtu tentang hudud, itu hukum Allah, ada dalam Al- Quran..jangan sebarang cakap, takut gugur akidah..mintak dijauhkan..:)
takut nanti bila hukum hudud dah laksanakan pun still manusia lakukan juga salah2 cenggini.. sebenarnya atas diri sendiri, kalau ingat setiap kesalahan yg kita lakukan akan ada balasan diakhirat sana mesti tak jadi lagu nie semua.. macam sebat tulah dah sebat dah tapi esok tulat buat lagi.. ke sebat tak sakit eh. hik3..
Post a Comment