30 September 2012

Kurangkan Gula Dalam Minuman Rakyat.. Tambahkan Manis Dalam Senyuman Pemimpin



Assalamualaikum W.B.T

Nie entry pasal bajet 2013 yang dibentangkan oleh najib 28 September 2012 hari jumaat lepas. Pukul 3 lagi aku dah terpacak depan TV untuk dengar apa yang PM kiter nak beri "manisan" untuk rakyat bawahan nie. Apa yang aku dengar dan aku faham n mengikut pendapat dan pandangan aku sebagai rakyat yang semakin beban nak cari duit nie, Bajet 2013 adalah lebih kepada bersifat sementara dan bukan mengikut tempoh masa panjang. Kebanyakkan lah. Aku tak study bab ekonomi. Aku budak Electronic Computer. So aku menulis nie berdasarkan apa yang aku paham lah. Aku nak komplen sikit bab harga gula NAIK! Why not ARAK atau ROKOK yang NAIK harga?? 
INGAT BN INGAT BARANG NAIK

Di antara menarik minat aku untuk ketawa berdekah-dekah di bilik aku ialah PM berkata subsidi gula dikurangkan 20 sen sekilo mulai esok. Kenapa lah tak guna ayat senang paham ja terus "Rakyat ku, harga gula naik 20 sen taw mulai besok" Haa kan senang.. Yang best, sambil berseloroh pulak PM kita berkata subsidi gula nie dikurangkan untuk mengurangkan pesakit kencing manis. Hahahaha. Buat kelakar la u nie PM. I like. Memang la leh elakkan pesakit kencing manis, aku tak nafikan. Tapi gula nie keperluan asas taw dak. Nampak sangat la harga makanan nanti pown akan naik. Nie yang aku katakan bajet @#$%^&*( :-). 


Nie bukan isu penyakit kencing manis berkurang ke bertambah la wey.. kalo xnak kena kencing manis, jaga pemakanan kita.. bukan sokong kerajaan naikkan harga gula.. Bangang tak bertempat. Adoyai. Pelik jugak aku. Ada lagi rupanya spesis nie. Kelakar3.
CARA "MENYELESAIKAN" MASALAH RAKYAT

Tetapi ada jugak sesetengah yang fikir harga gula naik nie bagus. Aku tak faham apa yang ada di pemikiran orang camtue. Pelik sikit. Cer fikir untuk jangkas masa panjang wahai kawan-kawanku semua. Aku bukan nak suruh korang membenci dengan KERAJAAN sekarang nie tapi cer bukak minda, fikir, nilai. Anak-anak muda sekarang celik IT dan bijak2. Jangan jadi pemikiran kolot sangat. 


Rupanya ramai lagi MELAYU yang berfikir DUIT KERAJAAN bagi tue adalah DUIT POKET MEREKA. Woiiiii!!! Bangun dari tidur anda! Tue duit kita semua! Duit kita bayar cukai.. KFC kena cukai, Mcd kena cukai, tengok wayang cukai.. macam-macam cukai. Hasil itu ini semua dari rakyat. Tue duit kita. Bukan duit mereka. Kenapa ye masih tak faham lagi. Aku pelik la pemikiran bebudak melayu sekarang. Sedih :-( Aku syorkan korang lebihkan membaca dan research dari bodoh forever. 


P/S : Syukur kepada ALLAH S.W.T tetapi bukan kepada pemimpin. Sesama manusia ada satu ayat saja iaitu TERIMA KASIH. Sekian.
credit gambar : MalaysianGags


18 orang komen:

Emas Putih said...

hahahahaha. I nak gelak boleh? Join same nak gelak berdekah3. hahaha

FIZGRAPHIC said...

Boleh2. kita gelak beramai2. Kang mesti ada melayu komen :

"Orang melayu bergaduh ngan melayu, bangsa lain tepuk tangan" Hahahaha. salah satu komen bangang gak nie. :-)

Rubikz Key said...

perghh, ayat ganas. hahahaha.

Unknown said...

hahaha.. betul2 . hurm dye masih tak sedar lgi..
lepas tu nak suruh org berkerajaan sendri. ..

apa pun pendapat kita sama.. :D

Anonymous said...

haha..bijaklah abg apit ni buat entry!
i like..:)
pm baca tersedak ape.Hihi

Unknown said...

kerajaan mna ada duit. patut la kwsp tak boleh ambik lg ada ja alasan. dok amik kat situ bg rosmah beli cincin dengan beg baru :3

MalizaMah said...

ayat ganas sih.. hehehe

Unknown said...

HAHAH:..Lepas ni kita minum tnpa gula...insyaallah sihat walafiat..:)

hudasharif said...

suka ayat last skali tuh
syukur pada Allah, bukan pemimpin...rezeki Allah yg beri :)

Emas Putih said...

Hahaha :D OKU- Orang Kuat Umno.

SuparMan SuaRez said...

Betul3x..=,=

Shida Radzuan said...

hidup apit!!

Unknown said...

nk tnya. klu kta nk tulis c yg ada bulat tu mcm mn ? tekan apa kat keybod?

Mawardi yunus said...

entah la bro.. semua yg sokong kerajaan asyik guna ayat sama.. mmg dh xde ayat lain.. sbb tu je diorg thu hahaha

Cik Puan said...

Salute lah ngn apik..Suke sgat entry ne..Betul tu ape yang krjaan tu kasi dgn kite tu sume duit kite.Duit kite bayar cukai.

Cik Puan said...
This comment has been removed by the author.
.Gory. said...

Nak dengar komen aku? Bila kerajaan bagi subsidi gula dulu, ramai la komplen cakap ciput je 20sen, tak terasa. Cakap subsidi selama ni kerajaan bagi tak sampai ke rakyat jelata la. apa la.

Hambik kau. Kena tarik subsidi sekali, baru ternganga semua. Dulu diberi berlagak. Sekarang dah kena tarik baru tau nak maki.

Anonymous said...

kerajaan suke main saiko.. die belajar dari orang puteh XD