18 September 2012

Filem Ikut Sunnah Nabi? Pala Otak Hang!

credit gambar to :  http://www.ehgosip.com
 Umat Islam di dunia heboh tentang trailer filem yang telah menghina Nabi Muhmmad S.A.W dan Islam. Heboh di blog-blog dan di kaca TV sekarang. Sampai aku pown dah create satu doodle khas yang membantah tentang penyiaran filem tersebut. Now! Heboh plak dah filem melayu bangang yang kononnya filem beliau adalah bukan filem 18sx semata-mata tapi filem yang mengikut sunnah nabi. Bangang tak bertempat. Ia menggunakan alasan sunnah nabi untuk menghalalkan yang haram. SYABAS MALAYSIA!
APA KOMEN SI PENGARAH 'BIJAK' NIE? BACA BAWAH!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Shirin yang pernah mengarah drama bersiri popular Ariana Mikhail, menegaskan karya sulungnya itu bukan filem lucah malah mengatakan tiada aksi ranjang. Apa yang dipaparkan katanya, adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Katanya, Mencari Cinta menunjukkan cara bagaimana sepasang suami isteri bersama di bilik tidur mengikut sunnah Nabi dan tidak sangka ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

“Mereka tidak seharusnya melihat karya saya ini pada satu sudut saja sebaliknya tonton dulu filem ini sebelum memberi sebarang pandangan. Apa yang saya paparkan dalam filem ini adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Saya juga terlebih dulu menapis beberapa babak yang dirasakan keterlaluan untuk mengelakkan ada babak kurang manis seperti suami isteri bercumbu kerana sedar ia pasti akan menimbulkan kontroversi. Terus-terang saya katakan, idea menghasilkan filem ini menerusi sunnah Nabi yang mana menyatakan bahawa bersikap romantis dan membahagiakan pasangan dengan belaian mampu mengikat kasih. Lebih penting, apa yang mahu disampaikan menerusi Mencari Cinta adalah suami harus melayan isteri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baca dah apa komen si pengarah filem nie? Waahh bijak betul. Ooo pandai plak ye kaitkan sunnah nabi untuk pelepas diri. Sunnah? Ooo..tue yang orang freehair, tak tutup aurat, berpakaian tapi bertelanjang, camna kira? Kan menutup aurat adalah WAJIB! Lagi sekali aku sebut WAJIB! Jangan nak kaitkan agama ISLAM, ALLAH S.WT. atau Nabi S.AW. laa untuk halalkan apa yang hang buat nie. Ini merosakkan umat Islam lagi adalah. Menjatuhkan lagi maruah umat Islam. Bodoh sorang-sorang cukup la. Jangan nak tambahkan dosa orang ramai. Aku nie tak la pakar agama, aku jahat gak la. Tapi waras lagi la nak fikir alasan hang yang tak logik tue. Cukup Cukup Sudah. BOIKOT! Nantikan freebies untuk aku memboikot filem hang nie. Coming soon. ALLAHUAKBAR!

Daripada Abu Hurairah r.a.:
"Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum (golongan) yang mencari dunia dengan menjual agama, memakai pakaian bulu kambing, lidah mereka lebih manis daripada madu (gula) sedang hati mereka bagaikan serigala. Allah akan berfirman pada mereka : 'Apakah terhadap-Ku mereka memperdaya dengan kebesaran-Ku. Aku bersumpah akan menurunkan kepada mereka fitnah ujian bala sehingga seorang yang berakal tenang akan bingung.'" - Rasulullah S.A.W
Riwayat Abu Laith al-Samarqandi

P/S : Menapis babak suami isteri bercumbu? Dah shooting part bercium la? Ooo..ok!

33 orang komen:

MalizaMah said...

Isyh.. Mcm2 lah skrg ni.. Kena bijak membezakan.

Mrs Velentine said...

alamak..dh mcm ceta lucah dh ni..huhu...cubit2 nuffnang kat cni

YuNO.nYc2X said...

dunia nak kiamat

nursuriani said...

tak der laa kan. kalau ya pun tak payah la nak kaitkan kata sunnah nabi lak. hadoiii apa le. makin pelik2 sekang neh

Farah Deeb said...

:( Stick to TV Al-Hijarah jelah nampaknya... makin teruk dah media kite...
My latest Entry :)
Nak renovate rumah? Camno?

Sally Samsaiman said...

ni yg org kata kurang bijak berlagak pandai...

manusia akhir zaman...nauzubillah...minta Allah pelihara iman kita semua..

o.O said...

errmmm guna alasan tu untuk lepas diri kowt.. kalau betul blndaskan sunnah, mgkin pengarah tu perlu cari hero dan heroin yg memang suami isteri

zazanizam said...

manusia terlampau bijak!

fieda said...

tak tau nak komen apa dah..manusia dh semakin tak bijak berfikir..

hudasharif said...

hopefully mereka sedar n bertaubat segera...

MISS Z BERCELOTEH said...

tak tahu nak cakap apa..
hal2 mcm ne makin byk berlaku dah

http://misszberceloteh.blogspot.com/

Unknown said...

ntah apa apa.. cik ad baca paper sal ni.. ape la manusia sekarang..

Rawkzell said...

Nak buat filem ade unsur blue sebab nak dapat rating tak perlu guna nama sunnah bagai.

The truth is masyarakat kita suke citer camni.

"You cannot save the whole world, you only can save yourself and the people you love"

-meeSUPERGIRL- said...

watafffffffffppp ??? erh . bengap .

Jey said...

cakap je pandai pengarah ni..tak payah la cover2 guna nabi Nabi kalo benda tu dah terang tang2 salah

dariilhamkehati said...

hm , apew la , bg alasan pown bia yang menyakitkan hati jer , alahai , dunia3 !

Aliff Haikal said...

mentaliti yang sangat sewel si pengarah

Unknown said...

Sabo2.. amboi kemain lagi mrah bebenor dier.. ^^

Unknown said...

tu lah..baca komen dia tu.it means dah ade lah shoot adegan tu.. sengal punya org

Syazwani Zunidan said...

astaghfirullahalazim . Dunia media zaman sekarg teruk dah .

Shida Radzuan said...

mcm2 hal haihh..!!

Azee Hana said...

aah kan..betul gak..kalau namanya menapis mesti la dah ade,,tapi ditapis..hm,,musykil disitu..haha

Zul & Azizi said...

Salam...

dijemput untuk join segmen Zul n Azizi Boarding Pets....

[SEGMEN] Mencipta Bisnes Kad ZABP

eja samad said...

dunia akhir zaman~

Unknown said...

Ya Allah, sama-sama kita bendung dgn mencegah dgn ape yg patut.. yang penting hati kena teguh.. jgn sesekali mudah terpedaya.. ya Allah.. selmatkan lah umat2 Islam..!!

Yaya Mohd said...

ntahnyer dier..tu la..xpaham jugak..
pe agknyer dlm pkirn dorng tu..wat cier mcm tu
lagi bleh pla ckap ikt sunh..haish..
ntah haper2 ntah =_='

Anonymous said...

yang pelakon pun ikut je arahan..hmmm

ummuzahidah said...

hmm... ahir zaman..

Unknown said...

kebodohan apakah ini ? -.-

Yasmin Farisya said...

Terlebih tengok cerita English ~

Asiah Fadzli said...

Mmg terbaiklahh abg apit ..! :D

Unknown said...

Inilah dunia akhir zaman ye abg apit.... Mcm2 dah terjdi. Wallahualam.

NJihe.am said...

Sekarang manusia semakin keliru yang mana halal n haram. Semoga kita dijauhkan daripada azab-Nya yang pedih.