07 August 2012

Shila Amzah Kini Bernekad Untuk Bertudung

Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, penyanyi popular Shila Amzah telah mengambil keputusan untuk memakai tudung. Menurut laporan daripada sebuah blog hiburan tempatan, Shila atau nama sebenarnya Nur Shila Amir Amzah mengakui bahawa dirinya telah 'berhijrah' dan akan terus mengekalkan imej bertudung. 
"Alhamdulillah, Shila jadikan bulan Ramadan ini sebagai permulaan penghijrahan dan insyaAllah Shila akan terus bertudung,"katanya yang memberitahu gambar-gambarnya bertudung yang banyak dimuat naik di laman sosialnya itu adalah imej terkininya dan bukan hanya saja-saja untuk bertudung. 

Penyanyi berusia 22 tahun itu meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila para peminatnya menyokong dan mendoakannya supaya dia terus mengekalkan imej bertudung. Sementara itu, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Sharnaaz Ahmad serta niat untuk berkahwin, penyanyi yang popular dengan lagu 'Tiga Suara' itu mengambil keputusan untuk tidak mahu mengulas lebih lanjut.

Iklan --> TEKAN PLAY
"Macam tak manis pula bila pihak wanita yang bercakapkan pasal ini. Shila rasa soal perkahwinan tu eloklah ditanya pada Sharnaaz,"ujar Shila.
sumber : yahoo.news
P/S : Bagus lah. makin hari makin ramai artis yang berhijrah. Bulan baik nie. :-)

13 orang komen:

Unknown said...

Alhamdullilah..comel2 jer shila pkai tudung..mcm cupcakes..:) semoga berkekalan..amin...:)

NAL said...

bagus lah.. NAL pun a big fan of her..

Nurul Lyana Kz said...

alhamdulillah...

Unknown said...

bagusla :)

ku farah said...

She's more beautiful with hijab..:)

Unknown said...

comel nyek shila hamzah . syg kak shila .

lea zara said...

syukur alhamdulillah :) shila nmpak ayu dan cantik bile pkai tdung..harap berkekalan :)

Unknown said...

syukur alhamdulillah.
harus sokong sesiapa saja yang mahu berhijrah.

Adleena Hamzah said...

syukur alhamdulillah kalau bertudung sebab ingin kan sesuatu yang baik untuk diri sendiri bukan semata-mata ingin penampilan yang cantik ataupun menutup kepala sahaja.. jangan lupa juga tutup aurat kita sebagai perempuan.. -sekadar memberi pandangan tetapi yang mana tidak bersetuju ataupun terase, tidak bermaksud pun cuma kita umat islam harus mengingati orng lain jugak kan.. orng kata akhir zaman ramai wanita memakai tudung tetapi hakikatnya tidak- fikirkan lah :)

Anonymous said...

Aah la cun sangat...tpi pakai selendang n tudung xwajib yang wajib ialah tutup aurat....d phm2la ye...xape ckit2dlu ye dik...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum...
syukur alhamdullilah..

cik Lilis said...

cantik sangat :)

sarah said...

semakin ramai artis yang bertudung..alhamdulillah..mintak2 bertudung dan baju tak ketat yer...sharifah sofia yang seksi tu pun dah bertudung..