27 July 2012

Lagu Tema Merdeka 2012 Macam Lagu Politik Jer




Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selesai sudah menunaikan kewajipan berpuasa pada hari ke-7. Syukur dengan rezeki yang ALLAH bagi. Amin. Tak lama lagi kita nak masuk ke bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan bagi negara Malaysia yang tercinta. Tetapi sejak dua menjak nie kecoh kontroversi pasal logo kemerdekaan tahun 2012 nie. Apit dah buat entry pasal Logo Merdeka 2012 sebelum nie. Sekarang heboh pulak di youtube pasal lagu tema Hari Kemerdekaan Tahun 2012. Korang boleh dengar di bawah nie. Dengar setiap lirik2nya.


Macam malam ikut siang
macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji APa? Janji 1Malaysia
Janji Siapa? Janji kita
Janji Apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
BR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

Hari tue kecoh kontroversi pasal slogan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 ‘Janji Ditepati’ yang didakwa hanya untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional (BN) iaitu kerajaan sekarang, kini lagu temanya turut menimbulkan persoalan yang sama. Lagu ‘Janji Ditepati’ yang dimuat naik dalam laman video sosial YouTube mengandungi lirik ‘Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi’ (awalnya berkempen). Lirik lagu 3:35 minit itu turut memuatkan baris ayat ‘Ini janji kita BR1M 1Malaysia’, ‘Kata kita dikota‘, dan ‘Kedai 1Malaysia’.
TEKAN JUGA SINI
Lagu tema merdeka bukan menaikkan semangat patriotik kepada rakyat Malaysia tetapi menjadikan rakyat menyampah dengan lagu tema tahun nie. Hari kemerdekaan adalah hari bagi seluruh rakyat malaysia untuk meraikannya, bukan hanya untuk sebelah parti politik mempromosi atau berkempen untuk parti mereka. Tak kiralah kerajaan atau pembangkang, hari merdeka adalah untuk semua rakyat malaysia. Slogan "Janji Ditepati" sebelum nie pown sudah mendapat reaksi negatif dari rakyat. Ia seperti tema untuk parti politik, dan bukan untuk lagu kemerdekaan.


Lagu Tema Hari Kemerdekaan Dari Arwah Sudirman Haji Arshad Tetap Menjadi Pilihan Hati
p/s : Kecewa dengan sikap segelintir pihak tertinggi yang hanya mementingkan diri sendiri :-(

30 orang komen:

Flavnesz said...

susah bila manusia gila kuasa.. mereka alpa ada yang lebih berkuasa..

Ayuni Yusop said...

Haih.macam-macamlah.Rosak mood nak merdeka macam ni!=.=

Unknown said...

mcm tutttt je lagu ni kot. siyes jelas nak politik. yg tak tahan, kedai 1 msia. nk nyanyi kt assembly mcm tu ke ? mne laungan kmerdekaan ? HAHA. !@#$%^&*() punye najib.

FIZGRAPHIC said...

taw xpa. mementingkan diri saja. :-(

FIZGRAPHIC said...

memang pown. x cukup dengan logo. lagu pown dipolitikkan. spoil.

FIZGRAPHIC said...

xdak lgsg sebut merdeka. malu sungguh la. sedih2.

Syapinknas said...

1 Malaysia hah ..
tapi tak ikut pun konsep 1 Malaysia ..
(=
geram nih .!

Unknown said...

sedih la bila jadi cni..:(

bila logo dan lagu di politikkan.

semuanya atas kepentingan pihak2 tertentu..

macam mana nak bangkit smgt patriotik..

Keri said...

lgsung tak ada kaitan dengan hari Kebangsaan. lagu ni bleh masuk kategori lagu ajaib.
lagu ni rosmah yg buat kot

eyka said...

tak best nye lagu tu...tak ada semangat langsung nak sambut merdeka..kalau pasang lagu sudirman tu,,terasa kehangatan nak merdeka...merdeka2 je lah....nak kaitkan dgn politik dah kenapa...pelik2 lah sekarang ni... (_ _")

MalizaMah said...

hmmm no komen lah kan.....
lagu atau apa2...
yg penting ada smgt patriotik.

3no gr33ny said...

mula2 terkedu..bila baca lirik..bodohnyee...huhu..
bila dah habis dengar lagu..tergelak2 sebab memang bodoh sangat


p/s : siapala kaki ampu yang reka lagu ni??

mizz_pua said...

semua nak 1 Malaysia . tak cukup dengan logo . lagu pun 1 malaysia . nak sambut merdeka ke sambut 1 malaysia ?

shima said...

kesian kat budak sekolah...sbb dorg ada sambutan hari merdeka,mesti terpaksa nyanyi lagu ni

Cheida_Mymee said...

nasib baik dah abih skola law x mesti aku kena nyanyi lagu ni...
hohohohoho lepas ni budak skola dibenarkan mengundi pulak
lalalalalala
APTBla~~~

Unknown said...

haha...untung kedai 1malaysia masuk dlm lagu kemerdekaan. Mesti tahun ni kena nyanyi lgi kat dataran..T_T

Anonymous said...

dapat makan free pun aku tak hingin nak nyanyi lagu ni. brim! trim! kedai 1Malaysia!

Solehah Shamsuddin said...

ishh pe sal liriknya teruk sgt ni? dh la pelik je bunyinya ni...xsdap lsg!

hnsndhrh said...

(12 tahun) Lagu dulu lagi best rentak dia :)~

Black said...

tak kira , nak nyanyi lagu sudirman tu jugak .

aisya natasya said...

cam sial je lagu..haha..sapa penciptanya nie? memperbodohkan diri sendiri jer...

FIZGRAPHIC said...

2 Malaysia dah nie. hihi.

FIZGRAPHIC said...

Lagu merdeka sudirman jugak yang terpahat di hati. Kan3

FIZGRAPHIC said...

Bukan2. Rais Yatim yang x berapa nak yatim tue.

o.O said...

sebenarnya diorg nak wt lagu ni sbagai lagu BN kowt.. tp sbb nk dkt merdeka dn nak berkempen sekali, diorg 2 in 1 la jd kan sbgai lagu merdeka.. errk.. tp ne perkataan merdeka ek.. spatutnya kita citer sal kebebasan dr pnjajah bkn janji2..

Aliff Haikal said...

Puihhhhhhh

lagu sudirman tu lagi awesome !

Jadzwah Adawiyah said...

eeee .. lagu apa ni ? lagu cam sampah .. ni bkan lagu kemerdekaan , ni lagu politik .. dnrng ni dah x mnghargai ke prjuangan , kssusahan orng dlu2 nk dpat kn krmedekaan smpai prgi london .. tp drng buat mcam xda apa2 pula .. bgus xpayah nyanyi la klau lagu mcam ni ..janji d tepati la konon .. sa lgi suka lagu2 kmerdekaan thun 90-an ..

Waniey Zuki said...

Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

macam pa lagi...... ;(

Anonymous said...

Teringin nak dengar pendapat penyokong tegar b.n tentang logo,lagu dan slogan yg tak brape nk merdeka sgt ni

Anonymous said...

Besele...dorang tu dah tahu yg dorang takkan menang sok...kurang2 tu adele kenangan bodo yg ditinggalkan dlm sejarah M'sia sok...