24 July 2012

Hampehnya Logo Kemerdekaan Malaysia Ke-55! Patriotik Atau Politik?



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selamat sudah puasa kita hari ke 4. Skang nie heboh pasal logo merdeka tahun nie yang rasa2 nya sangat2 kreatif dan bijaksana. Wahhh! Aku sebagai freeleance designer berasa agak tercabar dengan logo merdeka negara kita tahun nie. Gila kentang hebat wey! Ehh kejap. mesti korang tak sabar kan nak tengok logo merdeka tahun nie. Kejap2, kita usha-usha dulu logo-logo merdeka yang lepas.


Cantik2 kan logo-logo merdeka yang dulu. Kreatif dan patriotik. Semangat jer dulu nak sambut Hari Merdeka negara Malaysia yang sangat ku cintai nie. Chewah! Bersemangat nie..tapi semangat terus hilang start dari logo merdeka telah dijadikan seperti logo parti politik. Ia bermula dengan pemerintahan Najib Razak. Korang tengok lah logo mereka yang start dari pemerintahan Najib pada tahun 2009.


Logo kemerdekaan dari 2009 mula dipolitikkan. Oh yeahh. Tak sabar dah ke nak tengok logo kemerdekaan tahun 2012 nie? Okay2 jangan terkejut taw. Sebab memang superb lah. Terbaik design nie. Sampai aku pown taktaw camna nak design logo nie. Eh logo ke nie? Paham tak maksud logo wahai pencipta benda yang aku taktaw nak pangil apa nie. Yang pasti, tak sesuai dipanggil logo. 

Tadaaaaaaaaaaa...........
Aku bagi sekali dengan maksud2 pecahan "logo" tue sekali.

Nie logo ke menatang apa? Tampal2 jer design? Ish3. teroknya. Macam artwork budak tadika. Kalau lah betul ini dijadikan logo merdeka tahun nie, alahai, aku hanya mampu tepuk dahi saja lah. Berat mata memandang, berat lagi bahu aku nak memikulnya. Apabila imej perayaan kebangsaan merendahkan taraf reka bentuk di Malaysia. Kami menerima seadanya logo merdeka terdahulu. Penuh dengan makna perpaduan, nasionalisma , perpaduan dan kesatuan. Tetapi yang ini, tidak sama sekali seandainya ia benar-benar gambaran logo merdeka negara tahun 2012. Memperlekehkan perayaan kebangsaan dengan imej rekaan yang memalukan.
Bagaimana hendak design Logo Merdeka 2012 di MICROSOFT WORD?
Pakai Microsoft office pun boleh bukan? Sekarang, semua orang boleh menjadi pereka logo, simple. Tidak perlu berfikir atau memerah otak untuk menghasilkan logo.
Bukan ke komputer designer kerajaan beriban2. Software canggih2. Tahap nie jer ke graphic designer kerajaan. Alahai. Memalukan betul graphic designer kat luar sana. Aku sendiri pown malu. Alahai. Malaysia oh tanah airku. Kuang3. Berita dibawah baru diterima tadi.
Lihat sini Juga --> http://bit.ly/T2TynB

Sumber dari : SINI

Contoh Artwork Logo dari salah seorang rakyat Malaysia
Gambar dari SINI

P/S : Tema kemerdekaan tahun nie pown rakyat dah boleh nilai sendiri. Ntah apa2. HARI KEMERDEKAAN adalah untuk rakyat malaysia. Jangan dipolitikkan pasal hari merdeka. Pembangkang ke, Kerajaan ke, semua rakyat malaysia. Mohon sila creatif dan inovatif dalam buat logo merdeka dan pohon sila tukar logo yang baru. Dari rakyat malaysia yang miskin lagi hina. Sekian.

24 orang komen:

NAL said...

Nampak sangat unsur2 politik disitu. Politik Malaysia semakin meruncing. Entah la apa yg akan jdi pd ngr dan rkyt ni.

lemon said...

memang tak best...

Anonymous said...

Ni poster mewarna utk knk2 tadika...tersilap submit kt logo merdeka 2012 la tewwwwe puihhhh

Miss Miso said...

camt0 p0wn de gak ke..???
ish2..mal0 nyer.. @_@

Anonymous said...

harap dptlah tukr logo tu..lgpuN asenya rmai lg org malaysia yg kreatif buat logo..t'utama pd pengkritik2x logo samada dr pihak kerajaan atau pembkg..tlglah bg idea kreatif bt logo jgn hanya tahu MENGKRITIK sje..
spatutnya sama2x lah kita membangun negara ni..

fatin said...

Kenapa tak submit design Apit sendiri? Mana tau dipilih ke , kannn ?

Ain said...

Apela...balik kampung tanam jagung la..senang gile nak buat logo sekarang ni,,dulu gile payah arr nak design !! -,-

mizz_pua said...

nak sambut merdeka pun kena masuk part politik jugak . haih ~

izzati_bloging said...

mana patriotik nye setakat 'janji ditepati' tuh?? hahaha
pikir2 lah sebelum nk buat logo...
ni logo utk berkempen ke utk kemerdekaan?? kuang3x

Anonymous said...

hihihihihi stylo tuh mne ada owg leh wat cmtuh kik3x

Keri said...

itu bukan logo kemerdekaan. itu slogan abam najib.
dah macam poster manifesto pilihan raya. aku cadangkan tambah satu lagi gmbar PM kat celah2 logo yg berserabut tu. baru kelass

Shida Radzuan said...

err...aku kat mna skg nih...tumpang lalu yer..~

Cheida_Mymee said...

Amendalah skg ni.. bukak tb pon rasa menyampah smua iklan politik... hadoiyaiii....

AiniHalim said...

i'm an ex student in graphic design & currently working with gov. in diff. field also disagree and unacceptable with the logo itself. its totally not out of the box.. even a Year 1 kid can do that. Mood frustrated..

Nur Khairul Azizi said...

sana sini pun ada unsur politik...nak masuk merdeka pun dipolitikkan...mungkin otak dah bercelaru takde idea dah...kering seperti tanah yang gersang...hahahaha....buatlah pertandingan mencipta logo merdeka ke....ni tidak asik2 no.1 je yang ditekankan...adoyyyai...

Black said...

nak buat pertandingan melukis logo pun dah tak syok dah pasni . hoho .

jal said...

tak payah layan dengan perangai PM tuh, dia ingat orang Malaysia ni bodoh macam pengikut2 dia ker, pakat ramai2 jangan gunakan logo tu

3no gr33ny said...

err...terkedu tengok (-.-")

terus tak bersemangat nak sambut merdeka..makin lama makin hilang semangat ni dengan mainan politik pihak atasan

Unknown said...

sedih lha dgn msia skarang ni :'(

roziahojijie said...

yg last tu cantikk :D

Ayuni Yusop said...

Yang artwork logo tu cantik.Smart sangat tapi yang logo merdeka tu tak cantik.

Solehah Shamsuddin said...

Erkk biar btl cmni logo nye? Ni bkn logo,ni ssuai dipanggil banner. Burukla! baik suruh apit lukiskan lgi cantik.kan2 apit? :)

Aliff Haikal said...

kesian org2 yg belajar pandai2 dalam bidang mencipta ni . sedihhhh

Anonymous said...

kenapa nak di hebohkan pasal logo je ? tak matang . usah memperlekehkan apa yang ada . buang yang keruh amek yang jernih . :)