Last updated!

18 March 2012

16 Kelebihan Bersujud Dalam Solat

Salam blogger dan salam sejahtera kat korang semua. Hmm masih ramai lagi yang tak tahu kan pelbagai hikmah yang kita dapat ketika sujud semasa menunaikan solat. Kita sebagai umat islam umumnya sepatutnya tahu akan sesuatu yang disuruh oleh ALLAH S.W.T adalah bukan sesuatu perkara yang sia-sia, malah sesuatu yang diciptakan oleh-Nya mempunyai kelebihan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia itu sendiri. Ulama ada jugak kata, sujud ketika kita solat adalah waktu kita paling hampir dengan ALLAH S.W.T dan para ulama menggalakkan kita untuk bersujud dengan lebih lama.

Antara hikmah bersujud adalah melegakan sistem penafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Apabila kita bernafas ketika sujud pula, antara hikmahnya adalah : 

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
4. Melegakan sakit hernia. (burut)
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa
7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh
8. Meringankan bahagian pelvis
9. Memberi dorongan supaya mudah tidur
10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud
11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada
13. Mengurangkan kegemukan
14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
15. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.


Waahh sangat banyak hikmahnya kan ketika kita sujud ketika solat. Kalau nak ikutkan dari segi psikologi pulak, sujud ketika kita solat nie akan membuatkan kita berasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta dan sedikit sebanyak akan menghapuskan sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Buat apa lah kita nak menyombongkan. Kalau dari segi perubatan pulak, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang dapat mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak dan sekaligus menajamkan akal fikiran kita. Masyaallah..betapa hebatnya Pencipta kita. Semoga ini membawa manfaat kepada semua. Sama2 kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. 

p/s : saling memperingati diri sendiri jugak neh.
sumber gambar : nayzak.deviantart

13 orang comel komen:

Haruno Hana 하나 said...

nice sharing Apit :D
thanks!

~ miSs rAkinAh ~ said...

nice info :D

CCICute Design said...

tq apit..nice info.. ^_^

Cik Anis said...

kalo cik anis senggugut, memang cik anis suka sujud dlm tempoh yang agak lama. x sakit sangat .. lebih releks.. tapi kdg2 tu pening la sikit sebab lama sangat sujud, so gurl gurl yg ada masalah cm cik anis, sujud la.. lagi best letak bag hot water sambil sujud tu.. indah sungguh ciptaan ALLAH ni kan..

Syuhada said...

Like :D

NAL said...

Thanks Apit..superb sharing..

Lyssa Faizureen said...

Kena solat 5 waktu ckup + solat sunat + solat jumaat .. Baru mujarab ! kan ? kan ? =,=

sis92 said...

tq 4 sharing..
=)

3no gr33ny said...

wahhh..ni ilmu baru hamba..terima kasih sgt2 =)

EYJA MASLIZA said...

terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu . semoga hidupmu dilimpahi kurnia-Nya , sahabat . :)

YOUsoF said...

Allah Maha Bijaksana.. ;)


Tak ada sesuatu benda atau perkara yang Dia cipta yang tak mendatangkan faedah..

Terima kasih Fiz kongsi ilmunya.

MaYa MustWany said...

dari wuduk hingga ke solat..smua gerakkan de kelebihannya.. ^^

Anonymous said...

solat itu tiang agama walaupun siapa kita, dimana kita berada...
cuba apit cerita pulak pasal solat tapi tempatnya di neraka wil.. kalau tak silap..tu lagi banyak maknanya...