Last updated!

19 September 2011

Tutorial Photoshop - Cara Yang Betul Untuk Mewarna Doodle

salam blogger kat korang semua..
apit nak sambung ajar korang cara nak warna doodle..
korang ingat lagi tak nak lukis doodle muslimah hari tue?
kalau ada yang terlepas..meh sini tengok cara lukis doodle >> KLIK
okay sekarang jom belajar cara nak warna pulak okay..

1. Kalau korang berminat pasal DVD Tutorial Photoshop > KLIK
2. Open Adobe Photoshop > Lukis Doodle Korang..
3. Kalau tak tahu lukis doodle, korang tengok sini >> KLIK
4. Bila dah abes lukis..korang rename layer doodle tue okay! Caranya korang double klik kat layer atau pun korang right click kat layer then pilih properties then rename.


5. Kemudian create layer baru untuk mewarna. Caranya korang klik icon Create New Layer then automatik akan muncul layer baru. Contoh kat bawah nie ha.


6. Kemudian korang tarik layer yang korang buat tadi tue turun letak kat bawah sekali. Caranya korang klik pada layer tue then drag (tarik) turun ke bawah.


7. Kemudian korang rename plak layer yang baru tadi supaya tak terkeliru dengan layer lain. Korang rename lah tudung kalau korang nak warnakan tudung.


8. Now kita nak warnakan. Pilih warna yang korang nak kat kotak warna. Korang tengok contoh kat bawah nie. Kalau dah pilih, klik OK!


9. Korang klik Brush Tool untuk pilih size brush nak warna tudung doodle. Right Click kalau korang nak ejas size brush korng tue. Boleh Kecik boleh besar. Ejas ja.


10. Okay sekarang korang warnakan lah tudung doodle muslimah tue taw.

video

11. Dah tengok video kat atas..ha tue cara nak warnakan. korang cuba pulak okay.
12. Sekarang korang warnakan anak tudung pulak. Langkah yang sama jugak. Korang kena buat layer baru dan rename dan warnakan.


13. Korang warnakan semua okay. Step tetap sama. Korang setiap kali buat layer baru, jangan lupa drag layer baru tue ke bawah sekali. JANGAN LUPA!

SELAMAT MENCUBA!
Nie Freebies Doodle Muslimah Untuk Korang >> KLIK

13 orang comel komen:

~Nana 귀여운~ said...

good tutorial :)

blog-tips-kurus said...

memang 'very good!'
sayangnya, nak lukis pon acik tak reti. huhu!

*Fiz nak buatkan, kan? hehe!

afina rahmat said...

waaaah ! lame cari tuto cmni ! last2 jumpe kat blog apit gak ! hehe thnx a lot apit .sblum ni fina kalerkan tertutup garis hitam nye tu .huhu

miss lovers said...

salam..tutor nak buat mata mcm apit bt 2 xada ke???:-)

Saia Budax Lanun said...

Assalam... apit nie lanun nak tnya sikit nie... camna nak wat mata mcm doodle apit tu...huuhuhuhuh

tomatoo said...

nak lukis pon x reti ni.. camna cara nak lukis bagi kemas n x da menggigil line

Shafizza Hana said...

superb tuto

Lynn said...

Terima kasih.!! Berjaya buat..!! ^_^

zeybubumoshiiyui said...

Oh mudahnya nak mewarna tapi susahnya nak melukis . Tak reti guna pen tool :'(

muhammad asyraf said...

belajar melukis dulu dengan tangan aku yang kuat gigil ini.. thanks bro.. :)

Nurul Ain Atikah said...

hmm, okay boleh guna bucket tool ke?

Cik AmaBEE said...

Cara dia sama ke kalau guna Photoshop cs5 ?

Affieza Roslan said...

terima kasih untuk tutorial nya... :-)