15 August 2011

Mengapa Anda Patut Menyertai program Glitterati Nuffnang

salam blogger kepada semua blogger..
lamanya tak update blog nie..tak sempat nak buat tutorial photoshop..
makin bz skang nie..nak blogwalking pown kejap-kejap ja..
trafic pown merudum jatuh..BE ciput jer running..
tapi nak buat camna..tak sempat nak update n up traffic kan..
tapi apa-apa pown terima kasih kepada Nuffnang kerana still percaya atas blog nie...Terima Kasih Encik Nuffnang!
okay korang tahu apa tue Glitterati Nuffnang?
Kalau tak tahu tue boleh la baca membaca ye..berguna nie..
ini semua adalah maklumat sepenuhnya daripada Nuffnang yang kacak bergaya tue..

Anda akan didaftarkan sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing Nuffnang. Sistem kami akan mendaftar anda sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.
Sekiranya sistem kami dapat mengesan mana-mana blog berdaftar anda mempunyai sebarang iklan atau pautan yang menghubungkan kepada rangkaian pesaing Nuffnang, status keahlian Glitterati anda akan disingkirkan dalam tempoh 4 hari.
Dengan kurangnya bilangan unit iklan dalam sebuah blog, lebih tinggi kadar perkongsian dan kurang persaingan bagi setiap unit iklan untuk bersaing perhatian. Maka dengan itu, lebih tinggi nilai CTR (click-through ratio) dan nilai ruangan iklan dalam sesebuah blog itu.
Ini adalah sebab mengapa di dalam cetakan akhbar sebagai contoh, anda tidak dapat melihat 8 jenis iklan berbeza dalam satu halaman yang sama, kecuali ia berada di dalam halaman klasified yang mana setiap pengiklan hanya membayar jumlah yang kecil. Atas kesan itu, ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% - 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.
Dalam industri pengiklanan seperti industri-industri yang lain, pihak pengiklan biasanya diberikan tempoh pembayaran yang spesifik seperti 60 atau 90 hari. Sebelum ini, Nuffnang menggunakan sumber kewangan dalaman untuk membayar semua ahli Nuffnanger yang terlibat dalam kempen pengiklanan yang bayarannya masih belum diterima. Setelah jumlah bilangan blogger berdaftar meningkat ke suatu tahap, kami tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran kepada semua ahli secara serentak dan terpaksa menghadkan kepada ahli Glitterati Nuffnang sahaja.
Walau bagaimanapun, semua ahli Nuffnanger akan tetap dibayar mengikut tempoh masa berdasarkan jadual program pembayaran di bawah.
Walaupun kempen iklan dapat menjana pendapatan yang stabil, kebanyakan blogger pasti tahu bahawa kempen advertorial dapat menawarkan pendapatan yang lebih tinggi. Bergantung kepada pengiklan, komitmen dan trafik, setiap advertorial dapat menawarkan pendapatan yang lumayan kepada blogger dan kadang-kala produk percuma turut disertakan.
Sebelum ini, peluang kempen advertorial adalah terbuka kepada semua ahli Nuffnanger. Namun disebabkan permintaan yang tinggi dan demi untuk memendekkan senarai blogger yang layak, kini hanya ahli Nuffnang Glitterati yang boleh menyertai kempen advertorial.
Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Dalam aktiviti sebegini, kami mendapati ramai ahli Nuffnanger yang ingin membawa tetamu bersama mereka dan kami juga turut cuba menuruti hasrat mereka dengan sebaik mungkin.
Kami memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kami kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka
Aktiviti peraduan adalah sesuatu yang telah banyak kami anjurkan dalam komuniti Nuffnang dan terdapat banyak ahli blogger telah berjaya memenangi hadiah, daripada hidangan percuma di TGI Friday sehinggalah unit telefon bimbit atau tiket perlancongan percuma ke Gold Coast. Dengan adanya sambutan yang tinggi terhadap peraduan-peraduan sebegini, kami memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% kepada mereka dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.
Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing kami secara tidak langsung.
Sejumlah besar ahli komuniti Nuffnang telah menyertai program eksklusif ini, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kami di Nuffnang ikhlas berharap inisiatif baru ini dapat menunjukkan penghargaan kami ke atas kesetiaan anda.
okay semua dah faham ke belom? kalau tak faham tue buat-buat faham ye..
hihi..apit pown tak tahu sangat pasal Nuffnang nie..
tapi apa pown Nuffnang memang terbaik..mmuuaaahhh!
so korang jangan sia-siakan status korang sebagai ahli Glitterati Nuffnang taw!
okay lah..setakat nie saja..harap Nuffnang bagi BE lagi..
ha besok kena update survey..seminggu sekali..


8 orang komen:

Alif Haris said...

en nuff .. aku mau be lg hehehe :D

Azzam Fadzil said...

huhu meow ta dpt be lg...haha
aduyaiii

nuffnang apit da byk ke ? haha kompem byk..haha

Shida Radzuan said...

nice tips apit..shida flu kuat nih tp BW juga kat blog2 fav hehe :)

Unknown said...

bila lah agaknya nuffnang nak antar check ni..

Unknown said...

apit. . . cmni. shadow yg fya mksudkan tu, mcm klu kita diri, nmpak byg kt sblh kan ? haa. shadoe cm tu lah fya mksudkan. photoshop pnya :)

Unknown said...

x fhm pon..buat2 paham dah la

ct N honey said...

hari tu tak tahu,letaklah iklan lain,apa lagi hilang status, bila dah tahu kebaikkan yang ahli boleh dpt buang terus iklan tersebut...2-3 hari dpt balik status geli-geli

Aisyah Nabilah Alias said...

Sesungguhnya.........................................................





biarlah brterus trg kat sini.......









nma je ada nuffnang tp SATU APA pn xpham.apa yg dia nk sbnaqnya ni......


ishhhishhh...