03 June 2011

Tutorial Photoshop - Mencantum Gambar Sendiri Pada Background Misteri

salam bloggers kepada semua..
harap semuanya sihat-sihat saja..
hari ini apit nak ajar lagi satu teknik photoshop..
mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan..
dalam mempelajari ilmu adobe photoshop ini..
apit pon sekarang dalam proses belajar sedikit demi sedikit..
hari ini apit akan buat satu tutorial tentang bagaimana hendak menggabungkan gambar sendiri/kawan-kawan pada background yang berlainan.
kawan-kawan ikut step by step okay!

1. Open Adobe Photoshop..kalau tiada klik sini untuk download..
2. File > Open dan pilih gambar yang mana hendak dijadikan background.. Apit memilih gambar di bawah ini untuk dijadikan background..


3. Selepas itu kita pilih pula gambar yang hendak dicantumkan pada background yang kita sudah pilih tadi. Caraya adalah File > Open seperti di bawah.



4. Contohnya apit memilih gambar apit dan kawan-kawan di bawah ini untuk dicantumkan pada background tadi..kawan-kawan pilih la gambar apa yang nak..


5. Selepas itu, berikan nama pada layer gambar yang dipilih tadi. Pergi ke ruangan layer di sebelah kanan bawah dan double click pada layer tersebut..Contohnya apit rename layer apit sebagai 'Kawan Hafizzi'..


6. Klik pada Add Vector Mask supaya kita dapat melakukan pengubahsuaian di gambar seperti membuang background yang tidak diperlukan. Contoh di bawah ini.


7. Then pilih Brush Tool untuk memadam background gambar tersebut supaya menjadi transparent. Jangan lupa pastikan di bahagian layer anda klik pada kotak putih iaitu Mask pada gambar tersebut. Contoh di bawah okay!


7. Kawan-kawan boleh ubah size brush dengan right click dan pilih jenis size yang kawan-kawan mahukan. Selepas selesai dan berpuas hati memadam background tadi, kawan-kawan perlu cantumkan mask tadi dengan gambar original tadi. Caranya adalah Right Click pada kotak putih tadi dan pilih Apply Layer Mask. Contoh di bawah ini.


8. Then pada gambar yang siap didelete background dan dijadikan transparent, Ctrl+A dan Ctrl+C untuk copy gambar tersebut dan sila Ctrl+V untuk pastekan pada gambar background yang telah kita pilih tadi. Contoh di bawah.


9. Selepas dah tetapkan kedudukan yang sesuai, tekan Enter pada keyboard. Jika ingin menukar balik kedudukan, Ctrl+T iaitu Free Transform.. Dan kawan-kawan boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah tone warna atau menambah tulisan pada gambar tersebut. terpulang kepada kreativiti masing-masing. Bila dah siap semuanya, boleh Save.

Inilah hasilnya daripada apit. bagaimana dengan kawan-kawan pula?

SELAMAT MENCUBA!

Salam by Hafizzi Aziz

31 orang komen:

terataiflowerz said...

waaa nak buat2...dh lama nak blajar photoshop catum2 gambar ni..tq :)

Azhafizah MN said...

terbaekkk!leh buat poster felems pasni..

dina kasyah said...

yezza! thnx apit. bertambah ilmu sy hari ni :)

Hanis Atikah said...

help me a lot bro... best3x.. de Photoshop tp x reti nak guna.. tq 4 de information

FIZGRAPHIC said...

@terataiflowerz : buat2..senang ja kan..cuma perlukan ketelitian yang tinggi..hihi..

FIZGRAPHIC said...

@Azhafizah : haha..poster filem trus..tue pown kalau ada orang perlukan khidmat yang setahun jagung nie..kah3..

FIZGRAPHIC said...

@Edina Kasyah : ilmu cmnie kena kongsi kalau tidak apit akan lupa,,hihi

FIZGRAPHIC said...

@Hanis Atikah : lepas nie rajin2 bertanya..kita share2 ilmu yang ALLAH bg nie..

Niena Muhammad said...

xde sofware..hurmm

fasham said...

marilah join kontest blog saya dan marilah beli brooch di blog saya :
http://fasham87.blogspot.com

Shida Radzuan said...

nice tutor apit ^_^

akubukankau said...

wahh....nak singgah lagi nanti...boley blaja wat photoshop

FIZGRAPHIC said...

@shopping2u : software ada ja kat belog apit..cari ja..

FIZGRAPHIC said...

@shida'R : thanks shida..

FIZGRAPHIC said...

@humirako : singgah tiap2 hari pown xpa..hihi..

Pure Lily said...

cane apit boley tuka background kaler biru?

CahayaPu3 said...

minat nk belajar adobe photoshop nie...tp xthu guna...thanks ajr...=)

FIZGRAPHIC said...

@pure lily : yang tue apit tukar tone kaler..

FIZGRAPHIC said...

@cahayPu3 : welcome..selamat belajar..

halidaRahman said...

dah jadi, tp tak pandai pulak nak mengedit warna ;(

btw, thanks.

Unknown said...

Assalamualaikum....salam ramadhan...sebenarnya org kampung teruja melihat tutorial ni.. yg selama ni org kampung nak belajar..Makaseh adik apit

Unknown said...

panjang amal ibadat adik apit dan murah rejeki..kongsi ilmu..

Nazrin Ibrahim said...

nak tnye nie..knp x boleh nk buat...ssah la..nk potong gamba tu...x bleh :(

Lissa said...

dah tekan ctrl+v.. tapi tak boleh, nnt gamba tu membesar.. tak paste pun :(

lynenotsocute said...

salam apit..nak mintak tlg..mcm mana nak tuka tone warna...plez3x ajar sifu apit

Afiqah mOhammad said...

mcm mana nak masukkan pic yg kita dh siap buang backbround dia n kita nk letak background baru ea??susah betul nk letak background baru..ponin palo den ni haaa..hehehe

ANIES.AYU.AYOI said...

salam apit...nape saya wat x jadi2 jugak ek? sy try nk cantum gambar yg sy da buang background dgn gambar baru. tatau la camana..huhuhu...tolong apit...:(

Detektif Comel said...

abg apit edittone warna cmner.. tolong plizzz

admin said...

nak colour camne tuh?

admin said...

nak colour camne tuh?

ieta said...

tak bleh nak tangkap sbb gmbr2 dlm ni dh ilang... camana ek?