28 April 2011

Hartanah di Negeri Kedah akan Dilelong

salam 1 bloggers..

kawan kawan blog semua sihat ke tidak?? kalau tak sihat makan la ubat tue k..biasa la sekarang ni musim dah tak menentu..kejap hujan kejan panas..pagi panas petang hujan..malam panas tengah pagi hujan..kan..so minum air putih banyak banyak untuk kesihatan badan ok! Jangan pula minum air yang manis manis tiap tiap hari.. Takot umur 30 tahun dah kena operate buang kaki dan tangan akibat kencing manis..mencegah lagi baik dari merawat kan!

kurangkan manis dalam minuman
tambahkan manis dalam senyuman

ok apit berbalik semula kepada tajuk entri ini..ada tak sesiapa yang tahu menahu mengenai lelongan tak kira lah lelong rumah, tanah, kereta, dan sebagainya..ada yang tahu dan ada yang tidak.. Ok pada sesiapa yang yang berminat untuk mencari rumah baru atau rumah yang murah murah di Negeri Kedah tempat kelahiran apit nie boleh la menghadirkan diri ke satu Karnival Lelongan Awam Hartanah yang akan diadakan di Kulim,Kedah..kawan kawan boleh klik banner di bawah nie untuk direct terus ke website diorang..

Bagi sesiapa yang berminat boleh la hadirkan diri pada karnival tersebut..Dan insyaallah apit dapat berjumpa dengan kawan kawan bloggers di situ sebab kemungkinan apit akan hadir pada hari tersebut untuk menembak picture pada hari tersebut..hehe..

Apit hanya mempromosikan karnival ini untuk membantu kawan kawan yang mahu membeli rumah baru di serata negeri kedah ini. Mana la tahu kot kot ada yang berhajat mahu berkahwin dan mahu mempunyai rumah boleh la pergi usha usha pada hari karnival ini ok! Gud Luck!

*Hartanah yang dilelong sangat murah*


7 orang komen:

sud@is said...

kalau kesana nnt boleh la jumpa apit ya.....
hartanah yg dilelong tu yg x dibayar oleh pemunya dan ditarik balik....??

FIZGRAPHIC said...

insyaallah dapat bertemu di sana mudah2an..
ye hartanah yang dilelong semua yg x dibayar oleh owner dan ditarik balik oleh pihak bank..

sebab tue pihak bank buat lelongan dan lelong tersebut murah2 ja dan berpatotan..

Unknown said...

suami orang kedah..
tapi kami beli rumah kat penang..:P

FIZGRAPHIC said...

kak DIANA : hehe..rumah kat penang duk area mana?? mana taw kot2 leh singgah jengok ka..hehe..

Unknown said...

nak singgah bawak la cucoq ka..
buah2 tangan ka..
jangan mai tangan kosong na..
heheh..
akak dok kat simpang Ampat ja..
kat nibung tebai.

FIZGRAPHIC said...

nanak cucoq apa??

1. coq meneram
2. pulut sekaya
3. lepat liat
4. coq badak
5. coq udang

pilih3..hehehe..
oo nibong tebai..hehe..

ieda =.= said...

syieda pun org kedah..^_^